Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Serawak perlu tahu sesuatu tentang Rukun Negara. Dalam Rukun Negara ada tertulis ' Kesetiaan kepada Raja dan Negara '. Buka minda luas-luas dan baca dengan dada yang lapang. Malaysia ditubuhkan atas dasar perkongsian sama taraf. Malaysia terbentuk apabila Negara Sabah , Negara Sarawak, Negara Malaya dan Negara Singapura ( Negara Singapura kemudiannya dibuang dari menyertai Persekutuan Malaysia ) bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Malaysia bukanlah sebuah negara. Malaysia merupakan gabungan tiga negara berkongsi sama taraf dalam kerajaan yang dinamakan kerajaan Persekutuan Malaysia. Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak mempunyai Sultan mahupun Raja. Hanya Negara Malaya saja ada Sultan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, setia dengan Raja mana yang dimaksudkan ? Negara mana yang dimaksudkan ?  Malaysia tidak mempunyai Raja mahupun Sultan. Malaysia bukan negara tetapi Persekutuan Malaysia. Sejak bila Malaysia ada Sultan atau Raja ?

Kita orang biasa tidak ternama tidak terkenal. Namun, Pakis Monyet ingin sekali tegaskan bahawa ada beberapa rakyat yang masih tertanya-tanya bahkan ada yang tidak terfikir langsung tentang ini. Wajarlah, Pakis Monyet berkongsi sedikit maklumat. Pakis Monyet bukan mempersoalkan Rukun Negara tersebut, tetapi rakyat perlu sedar bahawa Malaysia sebenarnya tidak mempunyai Sultan mahupun Raja. Sultan dan Raja hanya terpakai di Negara Malaya.

Rukun Negara sepatutnya ditukar dari perkataan Rukun Negara ke Rukun Malaysia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga harus dilenyapkan atau ditukar terus perkataan ' Kesetiaan kepada Raja dan Negara  ' ke Kesetiaan kepada Pemimpin Malaysia.

Pakis Monyet rasa keliru mengapa perkataan ' Kesetiaan kepada Raja dan Negara ' diserap terus dalam perlembagaan Malaysia tanpa ada tapisan pada masa lalu. Mungkinkah pemimpin yang lalu atau yang terlibat menggubal Rukun Negara terlepas pandang tentang perkara ini atau ?

Pakis Monyet tidak menolak kemunginan bahawa rukun kedua dalam Rukun Negara memang sengaja diketengahkan ( Pemimpin Malaya ambil kesempatan dalam kesempitan ) untuk mempermainkan fikiran anak muda generasi masa depan bahawa Malaysia merupakan Negara. Hakikatnya, Malaysia bukan negara tetapi Persekutuan Malaysia.

Ada berjuta-juta tanya tanya dalam fikiran Pakis Monyet.Kesetiaan kepada Raja dan Negara memang berjaya mempermainkan fikiran rakyat terutama sekali rakyat dari Negara Sabah dan Negara Sarawak. Rakyat dari Borneo telah diperkotak katikkan atau diperbodohkan dengan idea dan fahaman yang salah. Namun, rakyat dari Borneo masih belum terlambat untuk mendidik anak-anak masa depan tentang sejarah  penubuhan Malaysia.

Salahkah Pakis Monyet berfikir begini ? Salahkah Pakis Monyet melontarkan pandangan ? Salahkah Pakis Monyet meluahkan rasa di dada ? Jangan-jangan selepas ini Pakis Monyet akan ditangkap dibawah akta ISA kerana kesalahan menghasut ?! Rakyat Malaysia haruslah diberi kebebasan bersuara dan bukannya dikongkong bukan ? Sekiranya idea dan fikiran Pakis Monyet ternyata salah harap Pakis Monyet dimaafkan.

Sekiranya pandangan dan tafsiran Pakis Monyet ternyata salah, Pakis Monyet harap kepada para pembaca yang arif lagi bijaksana untuk menegur dan memperbetulkan fakta. Pakis Monyet tidak terniat sama sekali menghina kedudukan Sultan mahupun Raja dalam Malaysia. Namun, Pakis Monyet tidak faham dan keliru sangat-sangat kerana menurut apa yang Pakis Monyet tahu, Malaysia bukan negara tetapi Persekutuan Malaysia. 

Sekiranya Malaysia bukan negara, kenapa harus kekalkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam rukun tersebut ? Pada hemat Pakis Monyet perkataan Kesetiaan kepada Raja dan Negara harus digugurkan dari rukun tersebut atau mansuhkan terus Rukun Negara. Gantikan dengan yang lain yang bertepatan dengan status Malaysia.

Jari jemari Pakis Monyet sudah rasa sakit untuk menaip.Rasanya sampai disini saja luahan hati dan pandangan dari Pakis Monyet tentang Rukun Negara yang ke dua. Pada masa akan datang, jika ada kesempatan pasti kita bertemu lagi dalam ruangan ini.Sekali lagi Pakis Monyet minta maaf sekiranya cara fikiran Pakis Monyet ternyata melencong jauh dari realiti.


1 comment:

  1. Pakis Monyet..ada satu lagi yang saya juga tidak faham. Andaikan sebahagian daripada buku-buku sejarah yang ditulis dan diajarkan kepada anak-anak Malaysia (termasuk saya dahulu), Malaya juga bukan merupaka sebuah Negara tetapi Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu yang mana sebilangan daripada anggotanya mempunyai Raja-Raja atau Sultan yang berdaulat tetapi bersetuju untuk dikurangkan kuasa mereka demi untuk bersekutu dalam Tanah Melayu dan menolak Malayan Union yang diusulkan Inggeris pada ketika itu. Apabila sahaja Persekutuan Tanah Melayu ini berjaya dibentuk dan semua Negeri mendapat kemerdekaan pada hari yang sama iaitu 31 Ogos 1957. Walau bagaimana pun, disebabkan banyak masalah yang melibatkan kaum, langkah seterusnya yang dibuat adalah untuk mengimbangi perbezaan kaum maka Negara-Negara yang masih berada dibawah kekuasaan British di Borneo menjadi pilihan utama untuk bergabung dan membentuk satu lagi persekutuan yang lebih besar dan dinamakan sebagai Persekutuan Malaysia. Akhirnya, disebabkan pada masa itu kekurangan pemimpin yang berpelajaran tinggi di Negara-Negara Borneo, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Persekutuan dengan 20 dan 18 perkara yang wajib dituruti/dijaga dalam Persekutuan. Negara Brunei yang mempunyai Sultan yang bijak menolak untuk menyertai persekutuan. Maka pada 19 September 1963, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dengan disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Negara Singapura, State of North Borneo (Sabah) dan Kingdom of Sarawak. Maksud saya, Negara Malaya juga tidak pernah wujud dan hanya ada Persekutuan Tanah Melayu. Terima kasih...Dalam SPM dulu saya hampir kantoi sejarah sebab saya memang tidak minat belajar tentang sejarah Hang Tuah yang lebih kepada hikayat atau Khalifah-Khalifah yang boleh diajarkan melalui Pendidikan Agama Islam.

    ReplyDelete