Mabuk ke ? Sejak bila Malaysia asalnya milik Tanah Melayu ?


" Negara Malaysia asalnya milik tanah melayu,jadi dengan toleraansi yang ada diberikan juga hak kewarganegaraan kepada migran yang datang dari China dan India "  Sejak bila Malaysia menjadi negara ? Malaysia bukanlah sebuah negara tetapi Persekutuan Malaysia yang dibentuk oleh Persekutuan Tanah Melayu, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura yang kemudiannya dibuang dari menyertai persekutuan yang dinamakan Persekutuan Malaysia.

Negara Malaya juga tidak wujud pada umumnya kerana Malaya merupakan gabungan oleh beberapa tanah jajahan British pada ketika itu untuk menumbangkan Malayan Union. Itulah alasannya mengapa Malaya tidak disebut negara kerana Melaya sendiri merupakan Persekutuan Tanah Melayu. Negara yang berjaya menyertai Persekutuan Malaysia adalah Negara Sabah dan Negara Sarawak saja.

Sejak bila Malaysia menjadi hak Melayu ? Malaysia bukanlah hak Melayu tetapi hak semua bangsa. Apa akan jadi sekiranya Negara Sabah dan Negara Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia ? Boleh bayangkan apa akan jadi dengan Ketuanan Melayu ? Terus terang Pakis Monyet sangat benci dengan cara berfikir segelintir Melayu yang tidak tahu malu. Macam Melayu saja yang ada di Malaysia.

Tidak hairanlah wujud sentimen Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Memang wajar sentimen tersebut bercambah.Berhenti bercakap yang Malaysia hanya milik Melayu dan jangan ketepikan bangsa lain terutama sekali bangsa suku kaum dari Negara Sabah dan Negara Sarawak.Pakis Monyet cuma orang biasa tidak terkenal tidak ternama. Tetapi, Pakis Monyet ingin tegaskan bahawa berhenti dari melemparkan kata-kata kosong yang tidak bermakna yang mengatakan Malaysia adalah milik Melayu.

20 / 18 Perkara Negara Sabah dan Sarawak dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa perkara tersebut adalah rasis. Apa yang rasis sangat ? Perkara 20/18 merupakan modal yang sangat berharga perlu dijaga kerana hanya 20/18 perkara saja yang sehingga kini perlu dipertahankan kerana ia dibentuk untuk melindungi hak-hak Sabah dan Sarawak. Tanpa 20/18 perkara Sabah dan Sarawak sudah lama tersungkur menyembah kaki pembelot dan perompak hasil dari Melaya.

Walaupun ada 20/18 Perkara, kerajaan Persekutuan Malaysia mahu sedaya upaya untuk menghancur menghakis hak-hak Sabah dan Sarawak secara halus. Banyak sudah perkara yang tidak dipatuhi malahan mencabuli Perkara 20/18. Rakyat Sabah dan Sarawak bukannya buta. Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Jangan menyasal jika pada suatu hari nanti kebangkitan semangat dari Sabah dan Sarawak akan menumbangkan Persekutuan Malaysia yang dibina sekian lama.

Mana yang lebih rasis ? 20/18 Perkara atau kontrak sosial yang ada di Malaya ? Pakis Monyet tinggalkan para pembaca untuk menilai sendiri. Negara Sabah dan Negara Sarawak bebas menyertai gagasan Persekutuan Malaysia, Negara Sabah dan Negara Sarawak juga bebas keluar dari Persekutuan Malaysia. Siapa kata Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak boleh keluar dari Persekutuan Malaysia ? Pakis Monyet sangat menyokong penuh 100 % sentimen Sabah Sarawak Keluar Malysia. 

Apa yang Sabah dan Sarawak boleh banggakan sekian lama berada di dalam Malaysia ? Apa yang Malaysia sudah berikan kepada Sabah dan Sarawak ? Sabah dan Sarawak merupakan negara yang kaya dari segi hasil minyak dan gas. Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber alam. Kemana semua hasil tersebut pergi ? Ia disedut oleh kerajaan Persekutuan Malaysia untuk membanggunkan Persekutuan Tanah Melayu.

Amat membimbangkan, amat mengejutkan bahawa negara yang kaya dengan hasil tetapi menjadi miskin dan mundur terkebelakang dari Persekutuan Tanah Melayu.Terus terang Pakis Monyet tidak suka dan benci dengan tindakan serta gerak kerja yang dikemudikan oleh UMNO yang ternyata banyak melencong untuk membelot harta dari Sabah dan Sarawak. Pakis Monyet juga tidak suka dan sangat benci dengan PERKASA dan ISMA yang selalu menabur benih perkauman yang boleh menimbulkan perpecahan dikalangan Malaysia. Jangan bawa sifat rasis PERKASA,UMNO dan ISMA masuk di Sabah dan Sarawak.


Pakis Monyet dengan rendah hati memanggil teman-teman dan para pembaca yang berakal lagi bijaksana untuk menyertai gerakan untuk menghangatkan lagi sentimen Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Adakah Malaysia berani menentang sentimen Sabah Sarawak Keluar Malaysia ? Persekutuan Malaysia tidak akan berani. Mereka akan memilih untuk berdiam diri tidak memberi sebarang komen. Mereka akan komen tetapi tidak banyak.

Semakin Persekutuan Malaysia buka mulut beri komen tentang hak-hak Sabah dan Sarawak semakin ia mengeruhkan lagi keadaan. Itulah alasan yang kukuh mengapa selama ini Persekutuan Malaysia memilih untuk berdiam diri. Mereka sebenarnya takut Pendora's Box mereka terbuka.Rakyat dari Sabah dan Sarawak harus kecoh sepanjang masa memperjuangkan hak-hak yang telah dicabul oleh Persekutuan Malaysia dengan pelbagai cara.

Kalau bukan anak-anak muda zaman sekarang siapa lagi harapan Sabah dan Sarawak untuk mempertahankan kedaulatan Negara Sabah dan Negara Sarawak ? Jangan hanya berharap dengan Persekutuan Tanah Melayu saja dalam hal mendidik anak-anak muda kerana dalam sistem pembelajaran ternyata banyak perkara yang tidak betul terutama sekali dalam subjek Sejarah. 

Banyak cerita dan sejarah yang sepatutnya dimasukkan dalam subjek sejarah tetapi ia tidak dimasukkan. Jadi siapa harapan kita untuk menceritakan cerita-cerita penting yang patut diketahui anak-anak muda masa depan ? Siapa lagi kalau bukan kita anak muda zaman sekarang yang harus bercerita dan menceritakan cerita-cerita penting tersebut kepada anak-anak muda. Kita anak jati Sabah dan Sarawak harus mendidik anak -anak kita tentang sejarah Malaysia.

Didikan tentang sejarah harus bermula dari rumah. Mesti bermula dari ibu bapa. Jangan berharap dan bergantung dengan sistem pendidikan yang banyak sekali memesongkan fikiran anak muda selama ini. Pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak juga harus memainkan peranan untuk membuka minda anak-anak muda untuk melihat  sejarah Malaysia dan masa depan negara.Negara Sabah dan Negara Sarawak mesti pertahankan hak-hak yang berharaga sekali yang termaktub dalam 20/18 Perkara. Perjuangkan hak Negara Sabah dan Negara Sarawak.





No comments:

Post a Comment