NGO Islam mahu ' ban ' penggunaan BM dalam gereja ?


 

Dalam Kristian di Malaysia terdiri dari banyak etnik-etnik yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing, sekiranya sesuatu program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak Gereja dan akan dihadiri oleh pelbagai etnik yang bukan islam di Malaysia bagaimana mereka boleh saling berkomunikasi (berbual) jika mereka asyik menuturkan bahasa etnik masing-masing? Tentunya mereka memilih untuk menggunakan satu bahasa yang boleh dimengertikan oleh semua etnik yang ada di Malaysia.

Menggunakan Bahasa English tidak semestinya dapat menyelasaikan masalah mereka di atas, kerana tidak semua kaum Cina, India, Orang Asli di semananjung, Bumiputera dari Sabah Sarawak dan Etnik Siam di utara semananjung atau kaum Baba Nyonya di Malaka fasih berbahasa English. Satu-satunyanya jalan untuk menyelasaikan masalah mereka itu adalah dengan menggunakan bahasa Malayu yang juga merupakan bahasa rasmi Negara Persekutuan Malaysia.

Sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Malayu itu telah dipaksa untuk dipelajari oleh anak-anak semua etnik yang ada di negara ini asalkan mereka rakyat Malaysia. Dan paksaan untuk mempelajari bahasa Malayu itu jelas kelihatan bermula dari peringkat Pra sekolah lagi sehinggalah ke peringkat Universiti. Malahan salah satu syarat utama untuk mendapat sijil penuh dalam SPM adalah lulus Bahasa Melayu, demikian juga untuk syarat-syarat memohon jawatan atau kenaikan jawatan dalam perkhidmatan awam yang mana memastikan seseorang itu mesti mandapat kepujian atau setidak-tidaknya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malayu. Di peringkat Parlimen pula para wakil rakyat dimestikan fasih berbahasa dan berdebat dalam bahasa Malayu.

Dalam Perlambagaan negara pula telah memperuntukkan bahawa Bahasa Malayu itu adalah bahasa rasmi untuk negara ini yang bermaksud bahasa itu mesti dituturkan oleh segenap lapisan rakyat di negara ini di mana-mana saja termasuk di dalam rumah-rumah ibadat seperti Masjid, Gereja,Kuil dan sebagainya. Sekiranya pihak kerajaan bersetuju dengan cadangan pihak ekstrimis Malayu Islam yg selama ini sudah banyak mempengaruhi pemimpin negara untuk melarang pihak-pihak tertentu menggunakan beberapa perkataan malayu yang berasal dari sebutan arab, Ini akan membawa kepada rasa tidak puas hati etnik-etnik lain yang sudah ditipu untuk mempelajari bahasa malayu selama ini. Sekiranya niat ISMA itu diteruskan oleh kerajaan, ada baiknya kedudukan bahasa Malayu sebagai bahasa rasmi sepertimana yang tercatat dalam Perlambagaan Malaysia digugurkan, ini perlu agar bahasa-bahasa utama dunia yang lain seperti English dapat dijadikan sebagai bahasa pengantaraan pelbagai etnik yang ada di Malaysia.

No comments:

Post a Comment