Guna Binti dan Bin di Sabah dan Sarawak ? Apa yang pelik ?



Guna Binti dan Bin di Sabah dan Sarawak ? Apa yang pelik ? Memang ada yang pelik kerana banyak Melaya yang meracau mengulupur macam cacing kepanasan. Salam Good Friday untuk para penganut Agama Kristian dan salam 1 Malaysia. Walaupun cuti umum sudah berlalu tetapi bahang Good Friday masih ada.Selamat menyambut Good Friday.

Kepada mereka yang mengambil cuti selama satu minggu ( Cuti seminggu ? Biar betul ? Syukurlah dapat cuti seminggu . . . )  sempena Good Friday selamat bercuti. Nikmatilah cuti anda sepuas-puasnya dan jangan lupa jaga diri.

Di Melaya sering mengatakan kenapa perlu sambut Good Friday ? Malaysia negara Islam, kenapa sambut Good Friday amalan kafir laknat dari Israel ? Kepada pembaca dari Melaya tidak perlulah beria-ia mengatakan kepada Pakis Monyet bahawa ' Bukankah Malaysia negara Islam ', hal ini hanya terpakai dalam Persekutuan Tanah Melayu dan tidak ada kaitan dengan Sabah dan Sarawak.

Persekutuan Tanah Melayu dan Negara Persekutuan Malaysia adalah dua perkara yang berbeza.Untuk lebih jelas sila rujuk kembali Perkara pertama tentang Agama rasmi di Sabah dan Sarawak ' Perkara 18/20 Negara Sabah dan Negara Sarawak ' dimana perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu dalam ' Usaha ' memujuk Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju membentuk sebuah Negara Persekutuan yang dipanggil sebagai Malaysia.

Baiklah, berbalik kepada topik utama ' Guna Binti dan Bin di Sabah dan Sarawak ? Apa yang pelik ? ' tetapi sebelum itu Paku Pakis terlebih dahulu memohon maaf kepada sesetengah pembaca kerana isu persoalan ini bukanlah untuk mempertikaikan sesuatu perkara tetapi Pakis Monyet hendak bawa anda semua memahami serta melihat apa sebenar yang ada di Sabah dan Sarawak.

Banyak orang yang keliru tentang isu ini.Disini Pakis Monyet tidak menyalahkan anda kerana isu ini adalah kesilapan besar sistem pendidikkan malaysia semenjak penubuhan Negara Persekutuan Malaysia.

Kenapa Pakis Monyet berkata demikian, ini kerana Pakis Monyet telah melalui sistem Pendidikkan yang banyak mengajar atau mendidik para pelajar hampir 95% sejarah dari Tanah Melayu manakala tentang Sabah dan Sarawak hanya boleh dibahagikan kepada 2.5% saja.

Nampaknya Pakis Monyet sudah tersasar jauh dari topik utama kerana mungkin mengalami sakit Puan bila ditanya bertubi-tubi dengan soalan yang sama setiap hari ( Alahai, bang salah pancut ke ? Dah jauh tersasar bang ! Ehemm, mesti fikir bukan-bukan ? Sah otak kuning . . . .)

Ronny Harun pemain bola sepak pasukan Sarawak yang cukup lincah asal kelahiran Sabah. Selalunya perkara pertama yang ditanya oleh kebanyakkan ' Malayan' ( Warga Melaya kebanyakannya selalu berfikiran kolot macam Datuk Zulkifli Noordin, Dato' Ibrahim Ali dan banyak lagi . . . ) adalah pandangan luaran serta namanya , seperti Ronny Harun yang bertatu dan namanya juga ada mirip ' Kemelayuan ' sehingga ramai yang membuat spekulasi tertentu bahkan ada yang menjadi Uztad ( Bodoh Bin Bengang ) dan Uztadjah ( Kolot Binti Kuno ) dalam kadar segera tanpa membuat semakan biodata pemain tersebut.

Bukan Ronny Harun seorang saja yang kena.Lagi seorang pemain Sarawak iaitu Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan yang juga mengangotai pasukan bola sepak Malaysia pernah diselubungi spekulasi dikatakan ' kafir ' bahkan dituduh sebagai seorang yang telah ' murtad '  mungkin ketika itu hos bolasepak mengulas serta lebih senang memanggilnya sebagai Putera.

 


Pakis Monyet kesian dengan  Putera Nadher Amarhan / Junior Eldstal yang terpaksa membuat pengesahan untuk menjelaskan status agamanya. Malaya memang Melaya. Kolot sangat. Dahlah kolot cara berfikirpun terkebelakang. Sangat kuno.

Agaknya kenapa Putera Nadher Amarhan / Junior Eldstal buat demikian ? Cuba teka ? Yalah, terpaksa buat pengakuan kerana Malaysia memang pelik sikit terutama sekali orang Melaya. Kalau tidak buat kenyataan mesti teruk dihina,dimaki oleh pengikut ajaran dari padang gurun dari Malaya ( Janganlah marah dengan Paku Pakis. Memang betulpun Islam bermula dari padang pasir. Paku Pakis bukan menghina tetapi itulah kenyataan . . . )

Dari Sabah dan Sarawak tidak ada yang mengutuk ke ? Kenapa Melaya saja yang dikutuk ? Orang dari Negara Sabah dan Negara Sarawak memang faham bahawa guna nama atau mirip nama Melayu atau guna ' Bin / Binti ' tidak ada masalah. Dan yang pastinya tidak ada yang mengutuk bukan macam orang Malaya.Di Sabah dan Sarawak guna ' Bin / Binti ' atau nama mirip nama Melayu tidak ada kaitan dengan agama. Guna ' Bin / Binti ' atau nama mirip nama Melayu tidak semestinya beragama Islam.

Berbalik kepada kes Junior Eldstal. Junior Eldstal tidak menggunakan namanya Putera Nadher Amarhan kerana berkemungkinan nanti rakyat ' Malaysia ' khususnya dari Malaya akan keliru ( ? ). Oleh yang demikian Pakis Monyet tidak akan panggil Junior Eldstal sebagai Putera Nadher Amarhan kerana Putera Nadher Amarhan lebih suka dipanggil dengan nama Junior Eldstal.

 
Junior Eldstal / Putera Nadher Amarhan

Guna nama mirip nama Melayu atau guna ' Bin / Binti ' , rasanya orang Sabah dan Sarawak tidak akan melihat ia sebagai satu fenomena pelik. Yang menganggap ia sebagai pelik adalah orang yang kolot lagi kuno terutama sekali yang memperjuangkan ' Ketuanan Melayu ' ( Kaum Melayu saja ke yang ada di Malaysia ? Pakis Monyet memang penat dengan perangai Malaya. Asyik-asyik Ketuanan Melayu. Janganlah anggap Malaysia milik Melayu saja. Malaysia tidak akan wujud jika Sabah dan Sarawak tidak bersetuju membina sebuah Nagara Persekutuan. )

Nasihat dari Pakis Monyet kepada para pembaca dari Melaya, sila bertanya kepada orang Sabah dan Sarawak tentang status agama dan budaya mereka.Jangan terus lempar tomahan dengan maksud menghina hanya gara-gara nama Melayu yang tidak mencerminkan seseorang yang beragama Islam. Jangan terkejut jika anda ada kawan dari Sabah mahupun dari Sarawak yang bernama Melayu dan menggunakan ' Bin / Binti ' dan tiada tanda perkataan Islam dalam ' Kad Pengenalan '. Sila rujuk Perkara  18/20 Sabah dan Sarawak perkara pertama.

 

Inilah akibatnya bila ramai orang Melaya yang beranggapan bahawa nama dan pengunaan ' Bin / Binti ' dibangsakan. Paku Pakis ada jiran sebelah rumah terpaksa tukar nama kerana tidak boleh buat surat beranak anak gara-gara nama ibu dan bapa beragama Kristian menggunakan nama mirip Melayu dan ' Bin / Binti ' dalam Kad Pengenalan mereka. Betul-betul sistem Malaysia menyusahkan. Jiran Paku Pakis terpaksa turun naik Mahkamah urus sana sini. 

Nak tahu sejarah ringkas tentang penggunaan ' Bin / Binti ' ? Berikut merupakan sejarah ringkas ' Bin dan Binti.

 

Isu ini memang serius dan menyusahkan. Serius dan menyusahkan ? Berikut merupakan keratan akhbar tempatan yang melaporkan tahap kronik masalah penggunaan ' Bin / Binti ' dalam kalangan bukan orang Melayu / Islam.

 

Siapalah JPN nak halang perkahwinan orang ? Sistem Malaysia memang teruk bukan ? Bin dan Binti bukan hanya untuk Islam saja.

 

Bila masalah ini akan selasai ? Masalah ini masih berlarutan di Sabah. Kalau di Sarawak bagaimana ? Pakis Monyet tidak tahu. Mesti kerja UMNO nak menyusahkan orang Sabah dan Sarawak. Bukannya senang nak turun naik JPN / Mahkamah. Semua menggunakan duit. Terbang duit beribu-riban nak urus masalah remeh-temeh.




No comments:

Post a Comment