PKR tidak peduli dengan hak Negara Sabah / Sarawak


Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional terutama sekali UMNO sama saja mempunyai agenda tersendiri untuk merompak hasil dari Negara Sabah dan Negara Sarawak. Memang betul apa yang dikatakan oleh Datuk Dr . Jeffery Kitingan bahawa pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.

Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung.Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak.

Layanan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak boleh dilihat menerusi bantuan banjir daripada persekutuan, baru-baru ini.Di semenanjung, bantuan tunai dan pelbagai lain dicurahkan daripada pelbagai kementerian dan pihak lain sementara Sabah dan Sarawak terima hampir tidak ada apa-apa daripada kerajaan persekutuan.

Selepas 50 tahun dilihat sebagai tidak penting dan menjadi mangsa, Perjanjian Malaysia dan semua janji serta jaminan perlu dilaksanakan dan dipenuhi.Ada peruntukan untuk menyemak perjanjian itu selepas 10 tahun, tetapi selepas 40 tahun berlalu, tiada apa yang dilakukan.Usul untuk membincangkan perkara itu di Parlimen juga ditolak kerana ia dikatakan tidak penting dan tidak mendesak.

Jika selepas 50 tahun, ia masih tidak mendesak, jangan harap rakyat Sabah dan Sarawak akan menunggu 50 tahun lagi untuk ia jadi penting.Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kini berada di penghujungnya dan ramai yang mahu Sabah dan Sarawak memilih keluar daripada Malaysia.

Sentimen mereka kini dipanaskan lagi dengan mereka yang taksub terhadap ultra Melayu dan agama yang asyik berkeras menyatakan Malaysia adalah tanah untuk Melayu dan bangsa lain dihalau keluar.jika Najib serius dengan rancangkan rekonsiliasi nasional, semakan dan pelaksanaan termas dan syarat pembentukan Malaysia perlu disertakan.Jika tidak, seperti Singapura pada 1965, pasti ada perpisahan secara persahabatan untuk negeri di Borneo.

No comments:

Post a Comment