‘ Sultan ’ yang suka bertwitter dengan rakyat


Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka merupakan mungkin satu-satunya ‘Sultan’ yang sangat rajin bertwitter dengan ‘rakyat’.

Walaupun rata-rata ramai yang pertikaikan kesahihan beliau sebagai Sultan Melaka, tetapi sekurang-kurangnya beliau mempunyai ramai pengikut Twitter.

Setakat ini beliau mempunyai 7, 277 pengikut Twitter.

Apa yang menarik Sultan Melaka seorang individu yang mengikuti isu semasa termasuk isu kangkung, Pilihan Raya Kecil Kajang dan malah prestasi merudum pasukan bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United pun beliau ikuti.

Apabila pengikut beliau tanya isu-isu berkaitan, beliau mampu menjawab dengan melontarkan pendapat beliau dengan gaya ‘check-mate’ iaitu mematikan hujah orang yang bertanya dengan jawapan beliau yang ‘straight to point’.

Tetapi apa yang sangat menarik sesiapa yang mengikuti Twitter beliau, pasti akan tergelak dan paling kurang tersenyum sendiri. Ini ialah kerana ada pengikut beliau sebenarnya cuba hendak menyindir Sultan Melaka dengan tanya sesuatu soalan yang mengada-ngada, tetapi Sultan Melaka pula mampu menjawab dan mematikan persoalan itu dengan cara humor dan sinis.

Pendek kata sesiapa yang berhajat ingin ‘kenakan’ Sultan Melaka dengan pesanan Twitter elok berfikir dua kali kerana mereka sendiri boleh ‘terkena’ dengan Tweet Sultan Melaka yang lucu tapi sinis.

Dalam salah satu Tweet, Sultan Melaka bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

“Anwar tak nak bertanding di Melaka? Melaka pun banyak isu. Sultan Melaka setuju kalau Anwar MB. Boleh kautim”.

Satu lagi Twitter beliau ialah “Beta nak sambung baca Sulatus Salatin. Rakyat Melaka harus berbangga, sultannya berjuang hingga dipenjara”.

Apa yang menarik ramai pengikut Twitter Sultan Melaka telah mengubahsuai istilah ‘Daulat Tuanku’ sebagai ‘Download Tuanku’ yang seolah-olah seperti menyindir atau menyakat Sultan Melaka.

Pengalaman Sultan Melaka dalam lokap polis dan ulasan Sultan Melaka tentang nasib pasukan bolasepak Manchester United serta pasukan bolasepak negeri Melaka, menjadi perhatian pengikut beliau apabila tweet beliau di re-tweet sebanyak 264 kali.

“Saban malam beta dipenjara. Beta tak sedih. Tapi beta hiba mendengarkan nasib MU semalam. Sabarlah. Melaka United pun begitu nasibnya.

“Rakyat jangan gusar. Beta dah minta utusan beta bisik2 ke telinga Moyes. Season depan insyaallah bersama Melaka United”.

Sultan Melaka juga membidas “kalau kita sendiri tak syok dekat diri kita, macam mana nak yakinkan orang lain untuk syok kat kita? Itu falsafah beta”.

Sebuah Tweet Sultan Melaka yang agak menarik perhatian “Tuanku Permaisuri cuba-cuba nak main mohon clash dengan beta. Beta tunjuk buku akaun BSN beta, settle”.

Menjawab cadangan salah seorang pengikut Tweet beliau Zarith_Stark yang mencadangkan Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Sukan Melaka, Sultan Melaka menjawab “Orang Rembau tu. Luar jajahan”.

Syahiza AbuHasan dalam Tweet beliau bertanya kalau Sultan Melaka diiktiraf oleh Kerajaan Melaka apakah benda pertama nak buat? Sultan Melaka menjawab “Belanja rakyat sirap selasih free flow”.

Melayubuntu bertanya “Tuanku, patik nak apply jadi menteri nikah kawin. Nak hantar resume kat mana? Sultan Melaka menjawab dengan sinis “Jawatan pemalas tu”.

Menjawab pertanyaan Bekas Mufti negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin “kenapa yang nak jadi Sultan sangat? Sultan Melaka menjawab dalam Tweet “Bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta. Nak jadi mufti beta?’.

FadhilZainuddin bertanya “Tuanku pergi mengundi hari tu Tuanku undi siapa? BN/PKR? Sultan Melaka menjawab “Kamu tak faham ka, beta Sultan! Tak perlu”.

Effi Obefiend Tweet “So that explains WHY people supporting the “Sultan of Melaka”. 15 Trillion Dollar allegedly given by Bank Dunia. Siapa percaya BODO”.

Sultan Melaka menjawab Tweet tersebut: “1Obefiend minta no akaun, beta salurkan sejuta dollar sebagai bukti. Cukup?”.

Antara Tweet Sultan Melaka yang menarik dan melucukan ialah seperti berikut:

“Kalau beta pakai jersi Melaka macam Abg Nuar pakai jersi Selangor, okay tak?”.

“Beta nak masuk kerja dah ni. Biarlah beta jadi sultan yang faham denyut nadi rakyat. Beta tak ada elaun”.

“Apalah nasib, jadi sultan tak ada negeri”.

“Dah pukul 2 dah. Beta beradu dulu. Beta ni Sultan yang kena kerja 9 to 5. Kekanda beta di negeri lain tu tak apa.#cemburu”.

“adamIqball bahasa menunjukkan bahasa (bangsa). Eja betul2! Daulat! Bukan download!”.

“Ratusan tahun tanpa Sultan, kini Beta kembali. Inilah rahmat terbesar buat bumi Melaka Darul Islam”.

“Nama Beta Raja Noor Jan Shah. Betalah Sultan Melaka Darul Islam”

No comments:

Post a Comment