Perempuan rogol lelaki untuk kumpul ' air mani '

Tiga perempuan Zimbabwe didakwa di mahkamah atas dakwaan serangan seksual dengan  kes merogol ke atas lelaki. Bukan setakat rogol saja, perempuan tersebut juga mengumpul air mani lelaki yang dirogol.  Aktiviti rogol dan kumpul semen itu dilakukan bukanlah sebab perempuan-perempuan tersebut tersangat ketandusan tetapi dipercayai menggunakan air mani yang dikumpul untuk ritual yang tidak diketahui.Kes rogol lelaki ini dilaporkan pertama kalinya seawal dua tahun yang lalu di Zimbabwe. 


 
( Gambar Hiasan )

Tentu anda hairan bagaimana lelaki boleh dipaksa  !  Perempuan-perempuan kaki seks tersebut selalunya mencari mangsa yang menumpang kereta dan akan menyembur ubat anestetik seterusnya memaksa lelaki tersebut untuk melakukan seks tanpa rela dengan ketiga-tiga perempuan tersebut. Ditegaskan sekali lagi, dengan ketiga-tiganya.
 
 
( Gambar Hiasan )

Dan setelah mereka memperolehi air mani yang dikumpul dari kondom itu, mereka akan meninggalkan lelaki yang dirogol oleh mereka dengan keadaan yang tidak sedarkan diri dan berada dalam kesesalan kesengalan. Mangsa rogol mereka itu bukan setakat orang awam biasa, malah askar dan polis yang punya dua "pistol" juga sebahagian daripada mereka pernah menjadi mangsa.
 
Perempuan-perempuan tersebut ditangkap setelah kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan dan polis menjumpai 31 kondom yang telah digunakan di dalam bonet kereta. Banyak betul stok air mani ! Mengikut laporan, kes rogol  yang dilakukan oleh wanita tersebut tidak melibatkan kes pembunuhan. Semua mangsa rogol yang ditinggalkan oleh mereka dalam keadaan selamat tanpa ada apa-apa kecederaan.  So at least lelaki yang dirogol itu tiadalah kerugian apa-apa kecuali air mani mereka saja.
 
 


 

No comments:

Post a Comment