Pemandu teksi berusia 68 tahun disamun

      
    
    

Seorang pemandu teksi disamun dua lelaki yang menyamar sebagai penumpang sebelum melarikan kenderaannya dan wang tunai RM550 dekat Goh Tong Jaya, Genting Highlands, semalam.Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu teksi berusia 68 tahun itu mengambil dua penumpang itu di Pudu Sentral, Kuala Lumpur untuk ke Genting Highlands.

Seorang suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau.Suspek mengacukan pisau ke leher mangsa sebelum mengarahkan pemandu teksi berhenti dan bertindak merampas kunci kereta.

Suspek turut mengambil beg duit mangsa yang mengandungi kad pengenalan mangsa dan wang tunai RM550.Suspek kemudiannya melarikan teksi dan meninggalkan mangsa sendirian di kawasan berkenaan.Bagaimanapun teksi mangsa telah ditemui ditinggalkan di KM 13.3 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira 10.40 malam tadi.


No comments:

Post a Comment