Kad Pengenalan Khas untuk warga asing !


Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan ,bakal mempunyai pengenalah khas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu dilengkapi teknologi identifikasi Frekuensi Radio ( RFID ), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai seperti Touvh & Go. "Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh Khandker Mosharraf Hossain di sini hari ini.

Beliau berkata jika didapati pekerja tersebut menukar sektor, mereka boleh didenda sehingga RM 12,000, pekerja yang dibawa masuk itu juga telah menjalani proses tapisan bagi memastikan mereka tidak pernah terlibat dengan jenayah. Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai perumahan sementara kepada pekerja berkenaan turut dibincangkan. " Penyediaan tempat tinggal itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja selain memastikan  tidak berlaku masalah asimilasi sosial dengan penduduk tempatan, " katanya. Beliau berkata kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidamatan - BH

Komen dan ulasan penulis

Isu PTI Sabah bila agaknya akan selesai ? Bukan menuduh dan berprasangka buruk terhadap hasrat kerajaan tetapi salahkah penulis sebagai warganegara Malaysia melahirkan gelisah dihati ? Salahkah penulis bersuara sebagai rakyat ? Sejauh mana sistem itu akan berkesan ? Hanya satu dalam fikiran penulis ialah sistem tersebut pasti akan diguna pakai di Sabah. Sekiranya sistem tersebut banyak kekurangan dan masalah yang akan dihadapi pasti ia akan memburukkan lagi situasi menambah masalah isu PTI Sabah yang kini sangat mengelisahkan. Pasti ia akan dimanipulasikan oleh banyak orang yang berkepentingan politik mahupun dengan tujuan tertentu.

Penulis harap kad pengenalan khas tersebut dipertimbangkan dengan sebaik-baik mungkin dengan mengambil kira suara rakyat. Apakah rakyat Sabah khususnya setuju dengan kad pengenalan khas yang yang diperkenalkan ? Adakah kerajaan mampu menjamin ia tidak dapat dimanipulasikan ? Apakah tidak ada kaedah lain selain daripada memperkenalkan kad pengenalan khas tersebut ? Hutang negara sekarang pasti dalam keadaan yang membimbangkan rakyat bukan ? Berapakah kos yang akan dikeluarkan oleh Negara untuk mengurus Kad Pintar tersebut yang berteknologi tinggi yang setaraf dengan Kad Peneganalan ? Sekiranya ia menelan sejumlah kos dana yang tinggi apakah kerajaan masih meneruskan niat untuk meneruskan rancangan mewujudkan Kad Pengenalan Khas tersebut ? Ada lebih baiknya sejumlah kos yang tinggi tersebut diguna pakai untuk pembangunan negara daripada ia dibiarkan mengalir begitu sahaja. Tambahan pula pekerja asing rata-ratanya tidak lama berkerja. Bukankah ia satu pembaziran ?



No comments:

Post a Comment