Dapatkan lesen memandu dalam masa yang singkat

Bagaimana Pengalaman Anda?

Anda macam mana? Adakah anda terpaksa naik bas tiap-tiap hari untuk pergi bekerja? Adakah anda terpaksa berlari dan seterusnya berhimpit dengan orang ramai untuk naik keretapi atau Monorail? Bila waktu lepas kerja, keretapi atau bas tentunya penuh dengan bau hangit daripada penumpang-penumpang yang berpeluh. Apakah penyelesaian yang paling baik? Seperti apa yang saya katakan, kalau boleh memandu keretasendiri, itulah yang paling baik. Kalau nak memandu kereta, kena ada lesen kereta kan? Bagaimana hendak memperolehi lesen memandu kereta di Malaysia? 

Langkah Mendapat Lesen Memandu Kereta

Kemungkinan anda masih di sekolah menengah dan sedang mengulang kaji untuk ujian PMR. Mungkin juga anda sedang menunggu keputusan SPM dan anda berhasrat untuk mendapatkan lesen memandu kereta anda.Tahukah anda prosedur atau langkah-langkah untuk mendapatkan lesen memandu kereta? Langkah untuk mendapat lesen memandu andalah ringkas sahaja: 
 
1) Lulus ujian berkomputer undang-undang jalan raya

2) Belajar teknik-teknik memandu kereta daripada seorang instructor dari sekolah atau institut memandu. 

3) Lulus ujian praktikal naik bukit, “side parking”, pusingan 3 penjuru dan jalan raya.

Secara amnya, untuk mendapatkan lesen memandu kereta, anda hanya memerlukan jangka masa satu setengah bulan. Tetapi realitinya, kebanyakan orang mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan lesen memandu mereka. Kebanyakan orang mengambil masa selama 2 bulan, 3 bulan, malah anda yang mengambil masa lebih setengah tahun untuk mendapatkan lesen memandu kereta mereka. Kenapa situasi sedemikian berlaku ? 


Kerana Mereka GAGAL!

Saya pernah bertanya kepada ayah saya soalan ini dan jawapannya memang ringkas….kerana mereka GAGALdalam ujian mereka! Apabila seseorang gagal dalam ujian, samada ujian berkomputer undang-undang, ujian naik bukit, ujian “side parking”, ujian pusingan 3 penjuru atau pun ujian jalan raya, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mengulangi ujian tersebut. Seseorang pengajar kereta terpaksa mengambil masa untuk mengatur ujian “repeat” pelajar-pelajar yang gagal. Proses ini tentu sekali akan memakan kos yang tinggi. Bayangkan jika anda gagal ujian buat kali yang kedua, yang ketiga, atau pun yang keempat, tentunya habis semua wang simpanan anda. Yang lebih teruk, anda masih terpaksa menggunakan bas awam atau keretapi dan berhimpit-himpit dengan orang ramai untuk pergi bekerja setiap hari. 
 

Keseronokan Memandu Kereta

Bayangkan perasaan hati anda bila anda berjaya mendapat lesen memandu percubaan “P” anda. Kini anda boleh pergi ke mana-mana tanpa halangan. Tidak perlu lagi takut panas terik matahari .Hujan lebat usah bimbang lagi .Tidak perlu berhimpit dengan orang ramai untuk naik bas awam, keretapi ataupun Monorail.Kini anda boleh pergi “dating”atau bersuka-ria dengan rakan-rakan anda. Untuk maklumat yang lebih lanjut klik di sini.




No comments:

Post a Comment