Jom ramai-ramai baikot P1 Wimax

Nampaknya, masalah penipuan pelanggan oleh P1 Wimax semakin menjadi-jadi. Pihak P1 seperti enggan mengambil tindakan mententeramkan pengguna mereka yang kini telah pun menubuh satu group di Facebook dengan penyertaan seramai 12,243 pengguna Facebook.

Group Facebook yang menggunakan nama P1 Wimax Sucks itu kini mendapat perhatian orang ramai termasuk wartawan dari Malay Mail. Segala apa ketahian yang dilakukan oleh pihak P1 Wimax akan dibongkarkan tidak lama lagi.

Hari ini, tersebarnya satu gambar di mana cawangan kecil P1 Wimax di Selayang Mall telah diserang oleh penggunanya yang berang dengan tindakan P1 Wimax yang telah menyebabkan dirinya di CTOS walaupun dia telah berhenti melanggan perkhidmatan P1 Wimax.





Tiada cerita yang sahih mengenai kejadian tersebut. Apa yang pasti, kedai agen P1 Wimax berkenaan teruk di serang oleh penggunanya.

Juga didedahkan di sini, P1 Wimax kini menggunakan khidmat orang luar untuk memunggut hutang pengguna yang masih belum diselesaikan. Jawatan pemunggut hutang P1 Wimax itu dibayar dengan upah sebanyak RM7,000 sebulan.  Tidak hairanlah P1 Wimax begitu agresif bertindak mengutip hutang dari pengguna yang tidak bersalah kononnya mereka hanya mengikut undang-undang.



Semakin lama, semakin banyak pendedahan dikongsikan dalam group tersebut. Sehingga pelbagai inisiatif dilakukan oleh mereka yang prihatin termasuk mengajak orang awam memboikot P1 Wimax seperti di bawah :

Juga, pelbagai gambar yang melibatkan P1 Wimax digunakan untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa P1 Wimax sudah tidak lagi relevan untuk dilanggan.









 



Bekas pekerja P1 Wimax mengaku bahawa P1 Wimax tidak baik untuk dijadikan pilihan. Nak tahu kenapa ? Biarlah gambar berbicara. 



 


Apa agaknya yang akan dilakukan oleh P1 Wimax selepas ini ? Rasakan bila pelanggan sudah bersatu. Lain hari kalau tidak mahu syarikat gulung tikar, jangan suka menipu.

 

Kenapa P1 Wimax nak menipu banyak pelanggan ? Ini kerana syarikat tersebut sudah hampir bankrap. Untuk pengetahuan umum, syarikat P1 Wimax dimiliki oleh Green Packet Berhad ( 0082 ). Saham P1 Wimax setakat 5 : 00 PM 10 DEC 2013 merundum jatuh. Sekejap lagi lingkup lah sudah syarikat ini. Untuk gambaran yang lebih jelas, masuk Group ini untuk mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelanggan P1 Wimax.





3 comments:

  1. Sy harap semua penguna p1 berhenti melangan serta baikot syarikat ini, sy salah seorang pelangan p1 , sy sudah tamatkan mengunakan p1 ,tapi bil tetap jalan. SIAP LAH PI

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera, tanpa prejudis, kami mendapati artikel saudara ada mempunyai unsur fitnah dan kesalahan fakta mengenai insiden yang melibatkan syarikat kami.

    Dukacita dinyatakan, sama ada niat anda memuatnaik artikel ini adalah dengan sengaja atau tidak, artikel ini telah memberikan tanggapan negatif terhadap syarikat kami. Untuk fakta sebenar mengenai artikel ini (insiden Selayang & Rempuhan Kereta), sila muat turun maklumat berikut di pautan ini http://bit.ly/penafianp1_2 .

    Kami memohon jasa baik anda agar saudara dapat memadamkan atau membetulkan fakta ini dalam tempoh 48 jam, sekiranya saudara gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara.

    Sekali lagi, kami memohon jasa baik saudara agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan sesuatu berita.

    Sekian terima kasih

    Nota: Sekiranya saudara adalah salah seorang yang terkesan dengan CTOS, saudara boleh merujuk kembali kepada kami melalui http://bit.ly/p1ctosinv untuk siasatan semula.

    ReplyDelete

  3. Apakah isu atau pokok utama ? Cuba jawap ? Jangan hanya melepas batuk ditangga.Walaupun saya bukan pelanggan P1 Wimax tetapi saya sebagai yang waras sangat setuju dengan pendapat penulis blog ini. Cuba jawap dengan jujur atau sekurang-kurangnya nafikan perkara tersebut secepat yang mungkin untuk mengelakkan banyak spekulasi yang mendatang. Jawap isu yang diketengahkan oleh penulis blog ini. Jangan tak jawap pula. Blog : http://ipeliks.blogspot.com/2013/12/insiden-selayang-dan-rempuhan-kereta.html

    ReplyDelete