Sabah dalam BAHAYA



Walaupun berita ini ditulis pada 21 / 02 / 2013 oleh media Filipina tetapi ia masih mengandungi persoalan yang belum terjawab.Keadilan Daily juga melaporkan pada 7 / 03 / 2013 bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu dedah perjanjian beri tanah kepada tentera Sulu.



Adakah sidang media dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menafikan perkara tersebut ? Jawapannya ialah Datuk Seri Najib tidak ada buat sebarang penafian tentang isu tersebut. Kepada rakyat Sabah dan pembaca sekalian, penulis ingin bertanya " Adakah Datuk Seri Najib razak pernah buat sidang media untuk menafikan perkara tersebut ? "

Penulis juga ingin bersama-sama rakyat Sabah dan para pembaca untuk mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman media Filipina tersebut dan juga Keadilan Daily yang dikendalikan oleh Parti Keadilan Rakyat jika berani. Berani kerana benar,takut kerana salah. Adakah Datuk Seri Najib Razak berani ? Kalau tidak silap kerajaan ada berjanji akan mendedahkan dalang pencorobohan Lahad Datu yang melibatkan orang kenamaan. Ada didedahkan ?

Sampai sekarang tidak ada pendedahan yang dibuat. Kerajaan harus buat pendedahan. Dulu TV 3 melaporkan bahawa dalang pencerobohan Lahad Datu akan didedahkan tidak lama lagi, tapi sampai pada masa ini belumpun ada pendedahan yang dibuat. Sepi senyap.

Lagi satu,adakah kertas siasatan dibuka oleh Ketua Polis Negara tentang isu ini ? Setakat cakap-cakap saja tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Dedahkan pada rakyat hasil siasatan tersebut. Rakyat berhak untuk mengetahui hasil siasatan tersebut. Rakyat Sabah juga tidak seharusnya tinggal diam. Isu ini perlu di panaskan setiap hari. Kalau tidak sampai bilapun dalang pencorobohan Lahad Datu tidak dapat ditangkap. 

Isu ini semakin sejuk tidak dibangkitkan. Apakah sebanarnya yang dibuat oleh pemimpin Sabah sehingga perkara separti ini kian sejuk ? Atau pemimpin Sabah tidak kisah tentang perkara ini ?  Kalau pemimpin Sabah tidak bertindak atau berpeluk tubuh saja, rakyat harus  buat bising untuk memaksa kerajaan negeri buat  siasatan sehingga dalang tersebut ditangkap. 

Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan dalam kerja siasatan yang melibatkan pencorobohan kawasan.Ini sangatlah bahaya kepada genarasi akan datang sekiranya tidak ditangani dari sekarang. Kerajaan negara Sabah ( Negara dalam negara @ Equal partner ) harus menubuhkan Private Detective.


No comments:

Post a Comment