Kereta pelajar UiTM disaman kerana pelekat kereta Nik Aziz ?!

Pelajar UiTM disaman kerana pelekat kereta Nik Aziz

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaman kerana mempunyai pelekat kereta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selain kerana meletakkan kenderaan secara tidak sah.

Insiden ini dipercayai berlaku kepada pelajar UiTM kampus Sri Iskandar, Perak.

Gambar kereta yang dikunci dan surat saman tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu dan mengundang 23,196 tanda suka kepada posting tersebut.

Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.

“Kat mane ye saya boleh beli sticker gambo Tok Guru yg kaler hijau putih tu? Nak beli dua tampal depan belakang.

“This is my car, I can do watever the heck dat i wanna do! (Ini kereta saya, saya boleh buat apa saya suka),” tulis Haanasz Fais di ruangan komen di akaun Facebook Nik Abdul Aziz.

“Ini menunjukkan betapa gentarnya musuh-musuh di luar sana, baru pelekat belum semuka lagi. Mau terkencing tu,” tulis seorang lagi yang bernama Nuri Gold.

Ulasan Penulis 

Pasal stiker Nik Aziz saja nak saman. Apa dah jadi ?! Lain kali tampal stiker Rosmah Mansor Mak Gendut, tengok kena saman atau tak ? Mungkin dapat discount lagi kot makan di Restaurant lima bintang. Betul tak ?! Jangan marah, nanti cepat berkedut. Inilah petanda bahawa kerajaan sekarang sangat takut dengan angkatan belia muda yang semakin hari semakin agresif menentang kerajaan yang banyak buat onar. Sikit-sikit naik harga barang. Jika Najib Razak dah resign nanti, apa gelaran yang sesuai untuknya ? Okay penulis nak cadangkan bahawa beri gelaran Bapa Kenaikan Barang. Boleh tak ?! Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment