Penjelasan Dan Penafian Dari PI Wimax Hanya Berkenaan Insiden Selayang Mall Dan Rempuhan Kereta Tidak Menyelesaikan Isu Pihak P1 Menipu Pelanggan. Betul tak ?
Rupanya konon ini kisah sebenar di sebalik kisah P1 Wimax mengenai kejadian insiden Selayang Mall dan rempuhan kereta. Artikel ini hasil kiriman dari Packet Buddy. P1 Wimax telah mengeluarkan penafian berkenaan kedua-dua kejadian ekoran tersebar di alam siber.
Di alam siber, kejadian tersebut kononnya dilakukan oleh para pengguna PI Wimax yang tak berpuas hati. Namun penjelasan pihak PI Wimax ini konon cuba merungkaikan segalanya.
Di alam siber, kejadian tersebut kononnya dilakukan oleh para pengguna PI Wimax yang tak berpuas hati. Namun penjelasan pihak PI Wimax ini konon cuba merungkaikan segalanya.
Walau apapun pihak P1 hanya menjawab 2 isu perkara di atas yang di anggap fitnah dengan pantas tetapi masih membisu dalam banyak persoalan yang di timbulkan dalam P1 suck. Takkan dalam P1 suck juga fitnah ? setakat 2 isu di atas boleh di putar belit dan orang ramai boleh terima yang kononnya masuk akal tetapi dalam isu P1 suck ? Kenapa tiada tindakan pantas menjawabnya ?!
Kalau tiada angin pokok ada bergoyang tak ? Isu yang ditimbulkan oleh pelangan bukan di sengajakan atau di rancang ,kalau tidak, mana mungkin wujud Group dalam facebook P1 Suck yang banyak mengkritik cara pihak P1 menipu pelanggan ?!
Harap pihak P1 bertanggungjawab dalam hal ini dan tidak melepaskan batuk di tangga dengan menjawab perkara-perkara yang bukan persoalan isu pokok ? Kerana apa Penulis kata jika tidak di selesaikan persoalan isu pokok ? Isu-isu sebegini seperti 2 perkara di atas boleh mendatangkan fitnah kepada pihak P1 andainya isu dakwaan pihak P1 menipu pelanggan dapat menyelesaikan lebih awal 2 isu di atas tadi boleh jadi tidak mendatangkan fitnah. Memanglah orang tengah panas,apa-apa isu yang berkaitan boleh jadi isu yang memanaskan suasana. Jadi jangan salahkan orang yang menyebarkan isu-isu yang di atas tadi.Selesaikan isu pokok dulu di P1 Suck
Sebenarnya Penulis terjebak juga dalam mengeluarkan artikel tersebut justeru itu pihak penulis memohon maaf pada pihak PI Wimax di atas kesilapan mengeluarkan artikel tersebut. Pihak penulis tiada niat secara sengaja untuk memburukkan PI Wimax. Penulis juga berterima kasih kepada Packet Buddy kerana mengirimkan artikel penafian tersebut.
No comments:
Post a Comment