Bunuh diri kerana kos sara hidup meningkat


Tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat, siapa yang prihatin ? Namun, bertindak untuk bunuh diri adalah salah. Banyak cara untuk minta bantuan. Nampaknya, rakyat sudah rasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga ada yang ingin bunuh diri. Tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira. Tahun 2014 adalah tahun sangsara rakyat bila semuanya mahal meningkat.

Nampaknya kenaikan berantai pada tahun 2014 hampir tidak boleh dielakkan lagi, ia umpama hadiah bom jangka daripada kerajaan kepada rakyat yang mengundi mereka, menunggu pula pada April 2015, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pula, yang dikatakan menjadi pelengkap untuk menjerut rakyat.

Namun kita juga ternanti nanti untuk sampai ke April 2015 berapa puluh kenaikan akan terjadi lagi yang menunggu masa untuk menghimpit rakyat.Mungkin pada masa GST diperkenalkan rakyat sudah tidak punya apa apa lagi dan kita juga harus ingat antara kesan langsung selepas kenaikan kenaikan berantai ini membawa kepada berlakunya inflasi di negara kita, sekaligus membawa kepada kelembapan ekonomi.

Rakyat tidak memerlukan Ketua Pemuda yang populis, yang menghentam syarikat GLC dalam perhimpunan agung partinya akibat menaikan kadar tarif  elektrik sesuka hati, atau pun ahli parlimen yang menghentam syarikat konsesi akibat menaikkan kadar tol, rakyat tidak memerlukan itu semua, tetapi cukuplah dibuktikan dengan tindakan, andai pemotongan gaji RM10 pun dipandang dingin dan hanya menjadi bahan ketawa mereka, usah bermimpi mahu menjadi hero rakyat !

Rakyat Malaysia boleh menerima sebarang kenaikan yang dibuat atas nama rasionalisasi subsidi andai kerajaan benar benar ikhlas membantu rakyat.Namun rakyat Malaysia tidak boleh melupakan kes jam dinding yang bernilai RM3000 sebiji, ataupun penganjuran konsert  K - POP yang menelan belanja RM1.6 juta, kehilangan asset berjumlah RM1.33 juta oleh PDRM dan pelbagai ketirisan lain menyebabkan rakyat benar benar meragui keikhlasan kerajaan dalam menyelamatkan ekonomi negara.

Cukuplah setiap tahun rakyat Malaysia sudah bernanah telinga apabila kerajaan tanpa gagal berbelanja secara boros dan berlaku ketirisan di merata rata tempat, seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara setiap tahun. Harus diingat jumlah hutang negara semakin meningkat setiap tahun dan belanjawan negara yang sentiasa defisit hampir 15 tahun menunjukkan bahawa kelemahan tadbir urus negara yang sungguh kritikal. Apakah program Transformasi kerajaan yang dicanang canangkan oleh Perdana Menteri mencapai sasaran kalau begini keadaannya.

Apakah Pak Mat yang kerjanya menangkap keli di permatang sawah atau Mak Mah yang saban hari kerjanya menoreh getah atau Muthu yang kerjanya memerah susu lembu setiap hari untuk di jual atau Ah Chong yang kerjanya pengutip kotak kotak mengerti akan program transformasi kerajaan atau tahukah mereka kadar KDNK negara yang meningkat setiap tahun, terkesankah mereka ? bertambah hasil jualan mereka ? tahukah mereka akan erti itu semua ?

Mereka tidak tahu dan mengerti pun, yang mereka kisah dan peduli bagaimana mahu mencari sesuap nasi dan sedikit lauk buat mengisi perut mereka, namun hari demi hari nilai RM10 yang mereka dapat hasil daripada usaha mereka semakin lama semakin menyusut, jika dahulu RM10 dapat mengenyangkan seluruh ahli keluarga mereka, namun pada hari ini dengan RM10 yang sama hanya dapat mengenyangkan satu perut sahaja.Siapakah yang peduli nasib mereka yang semakin hari semakin terjerut ini.

Nampaknya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi tahun tahun suram seperti tahun hadapan,tahun 2014 merupakan tahun sengsara rakyat, nasi sudah menjadi bubur, itulah peribahasa yang sesuai kepada kita semua pilihan raya masih lagi jauh, apa yang mampu dibuat hanyalah bersabar dan nyatakan protes kepada kerajaan dalam himpunan himpunan yang aman.

Walaupun mungkin kesannya sedikit atau sedikit pun tidak terkesan kepada kerajaan jenis ‘pekak badak’ sebegini, tapi sudah cukup untuk memuaskan hati yang sudah geram akibat dikhianati kerajaan yang tidak sampai setahun memerintah.Terima kasih kepada 49% pengundi BN, akibat anda 51% pengundi PR turut menerima bala. erima kasih kepada kerajaan 49% atas rasionalisasi subsidi  ini !

1 comment: