Ikan gergasi terdampar di Kampung Forest, Sandakan, Sabah

 
Ikan gergasi terdampar di Kampung Forest, Sandakan, Sabah petang tadi ( 1/1/2014 ). Menurut sumber, penduduk Kampung Forest agak terkejut dengan terdamparnya Ikan Gergasi tersebut. Para penduduk Kampung Forest juga belum pernah nampak ikan gergasi sebesar itu. Spesis ikan tersebut juga tidak dikenali malah mengundang tanda tanya di kalangan penduduk. 
 
Ikan tersebut sebenarnya adalah ikan yang dikenali sebagai Sunfish atau Mola Mola. Ikan ini mungkin jarang ditemui di perairan Sabah. Tidak salah ikan ini mengundang tanda tanya dikalangan penduduk yang tidak pernah nampak ikan jenis tersebut. Adakah dengan terdamparnya ikan tersebut menandakan bahawa  akan ada sesuatu yang terjadi  ?

No comments:

Post a Comment