Ramai yang kurang tahu apa itu CCRIS

Ramai yang kurang tahu apa itu CCRIS dan kesannya bila nama anda direkodkan dalam sistem tersebut. Jom layan cerita dibawah tentang kisah Gergeo Alastair Yakov dan CCRIS

Pada zaman dahulu . . . .

Gergeo Alastair Yakov telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Gergeo Alastair Yakov juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Gergeo Alastair Yakov telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua-dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Gergeo Alastair Yakov ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Selang beberapa tempoh Gergeo Alastair Yakov ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula. Apabila Gergeo Alastair Yakov mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Gergeo Alastair Yakov didalam sistem CCRIS.

Ini bermakna maklumat kredit Gergeo Alastair Yakov bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Gergeo Alastair Yakov mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara. Jika pihak Ambank mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Gergeo Alastair Yakov adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Gergeo Alastair Yakov bergantung pada jumlah yang dipohon.

Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Gergeo Alastair Yakov dengan Maybank telah tertunggak selama dua bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau. Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Gergeo Alastair Yakov ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang-hutang tertunggak tersebut dan selepas tiga bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.

Ini kerana selalunya, tempoh tiga bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CCRIS. Ada juga kes yang mengambil masa berbulan-bulan bagi membersihkan "Bad Record" tersebut. Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa maksud peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti " Gergeo Alastair Yakov " 

Cuma bezanya Gergeo Alastair Yakov sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Gergeo Alastair Yakov ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ribu ringgit. Gergeo Alastair Yakov juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.

Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah tiga tahun (tidak temasuk bunga).Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja.

Bersambung . . .


No comments:

Post a Comment