6 kali lakukan seks dengan teman lelaki baru dikenali

 

Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan. Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya. Difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah tersebut.

Pelajar tersebut menceritakan bahawa pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks. “Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya. “Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu - Rembau




No comments:

Post a Comment