Cina Buddha Sembahyang di Surau



 


Lokasi: Tanjung Sutera Resort, Tg Sedili, Kota Tinggi, Johor.Cina Buddha Sembahyang di Surau. Surau jadi Tokong. Syirik di rumah Allah. Mohon siasatan lanjut pihak berkuasa. Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.Tiada lokasi lain untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi. Memandangkan dewan resort ketika itu penuh kerana sedang digunakan,pengendali resort berkenaan membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa.Pihak resort berkenaan hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan.Pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.

No comments:

Post a Comment