Musuh Islam itu kebanyakannya datang dari Islam itu sendiri



 " Islam akan menguasai dunia ! Golongan kafir akan jatuh dengan sehina-hinanya dan sekeji-keji, maka kerana itu mereka berusaha membantai dan membunuh seluruh tunas-tunas jihad yang bangun di dunia-dunia umat Islam. Ketahuilah golongan jahiliah dan Yahudi nasrani dan Kristian serta musuh-musuh Islam yang lain tidak pernah adil terhadap Islam " - Dipetik dari keratan status FB

Pandangan penulis

Islam pernah berbunuhan sesama sendiri. Kristian juga begitu. Sejarah telah menyaksikan bahawa Kristian dari Rom yang ketika itu dalam rombongan ke Yerusalem melalui Konstantinompel,telah terpesona dengan keindahan Kota itu, lalu berpatah arah dan menyerang saudara mereka sendiri Kristian Byzantum di Kota itu. Separuh dari kota itu telah hancur jadinya. Kristian dan Islam, keduanya ada sejarah hitam berbunuhan sesama sendiri. Tetapi hari ini Kristian mengambil pengajaran dari sejarah itu dan Muslim pula tidak pernah belajar dari sejarah ! Sampai sekarang masih berbunuhan sesama sendiri.

Islam kini

Banyak pemimpin atasan politik mahupun orang kenamaan sampai kepada rakyat biasa yang beragama Islam yang ada di seluruh dunia mengutuk Yahudi Nasrani dan Kristian amnya. Agama telah dijadikan kambing hitam. Kenapa harus mengutuk dan menyalahkan agama lain atas musibah yang terjadi ?! Kenapa tidak kesali perangai sesama Muslim yang tidak sehaluan. Sangat lucu bila ada orang mengatakan bahawa Islam akan menguasai dunia. Bagaimana mungkin ?! Menguasai dunia tidak akan dapat dicapai sampai bila-bila jika budaya saling berbunuhan dan tidak sependapat dijadikan amalan. 

Bekas Perdana Menteri Malaysia  Tun Dr. Mahathir berkata " Mereka melakukan kerja musuh Islam. Mereka melakukan kerja Yahudi, Zionis dan pelbagai musuh Islam lain,” tegasnya ketika berucap. Pada pandangan penulis tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak. Yang harus disalahkan adalah Islam itu sendiri dan orangnya yang menyebut dirinya Muslim. Kenapa penulis berkata demikian ? Para ulama dan pemimpin atasan amnya telah tahu bahawa wujudnya musuh. Kenapa biarkan begitu senang tunas musuh bercambah ? Pemimpin dan ulama semuanya berpendidikan tinggi. Dimana letaknya akal ? Inilah angkatan zaman yang berpendidikan tinggi dan berstatus ulama tetapi berakal cetek.

Islam itu bercelaru. Islam itu jika dilihat dari dalam sangat rapuh. Penulis mengumpamakan Islam itu seperti dahan kayu yang hanya tunggu masanya jatuh. Sudah menjadi parah banyak pula orang akan menuding jari pada musuh. Tugas musuh adalah menyerang. Tugas jabatan pertahanan adalah membuat dinding yang kuat supaya tidak dapat dicoroboh. Sangat salah jika musuh disalahkan. Jabatan pertahanan yang harus dislalahkan kerana gagal membuat persediaan dan rangka pertahanan yang rapi. Mana mungkin sistem pertahanan akan bertahan jika ada pemberontakan didalamnya yang dilakukan oleh Islam itu sendiri ?

Kesimpulan

Musuh Islam itu kebanyakannya datang dari Islam itu sendiri lalu menuding jari pada yang lain. Adakah isu Syiah dan Sunni itu datangnya dari Yahudi Nasrani dan Kristian serta yang lain yang turut digelar musuh ? Tidak ! Ia datang dari cabang Islam itu sendiri. Sekarang apa sudah jadi ? Keduanya saling bermusuhan. Tidak masuk akal jika Yahudi dan yang lainnya turut diheret terbabit dalam hal ini. Isu inilah yang paling ketara bahawa Islam itu berperang dari kalangan sendiri.

Nota :
Hanya pandangan penulis semata-mata dan tidak mewakili mana-mana pihak

No comments:

Post a Comment