Itu hak Tuhan bukan hak kita untuk menghakimi


 


Kalau sudah tidak puas hati janganlah libatkan seksual orentasi sesorang. Tak baik. Banyak cara lain selesaikan masalah. Lebarkan dan panjangkan pergaduhan semoga dapat pahala. Dapat dosa free siapa tak nak ?  Kalau sesorang itu telah memilih untuk jadi Gay, Straight, Lesbian atau Transgender itu hak sesorang. Kalau bercakap tentang dosa kenapa tidak jaga tepi kain sendiri ? Sakitkan hati orang bukankah ia dosa ? Lagi-lagi kalau tidak betul sesuatu cerita yang dilemparkan terhadap orang yang dimaksudkan. Fitnah namanya. Dosa besar. Fitnah itu lebih berat daripada membunuh.

Orang nak pilih jadi gay itu urusan Tuhan dengan orang yang empunnya tubuh tersebut. Kita boleh nak kata apa ? Kalau ia memang benarpun tolonglah jadi sahabat yang dapat membina peribadi yang sepatutnya. Ini bukannya membina tetapi menambah sakit hati. Biarlah kita sahaja yang tahu. Nak heboh 1 Malaysia buat apa ? Bukankah dalam Islam itu sendiri mengajar untuk menutup aib orang lain ? Okay mohon jangan terasa saya hanya mencarut dalam glora lautan fikiran seorang remaja. Ini adalah kesinambungan cerita yang lalu. 






No comments:

Post a Comment