Remaja 13 Tahun menjadi Bapa

 

Bapa Termuda Di Dunia Berumur 13 Tahun? | Tahukah anda siapakah gerangannya manusia yang menjadi bapa pada usia yang sangat muda ini? Dia menjadi bapa tidak lama lalu selepas teman wanitanya, Chantelle Steadman melahirkan bayi mereka, Maisie Roxanne. Alfie menceritakan bagaimana dia dan Chantelle, 15 memutuskan untuk tidak menggugurkan kandungan Chantelle selepas mengetahui gadis itu hamil. Budak pemalu yang suaranya masih belum pecah berkata: “Saya berpendapat adalah bagus untuk mempunyai bayi.

 

Saya tidak memikirkan mengenai sama ada kami mampu atau tidak. Saya pula jarang terima wang saku, Bapa saya kadang-kadang memberi saya 10 paun sahaja.” Alfie yang setinggi 1.2 meter menambah: “Apabila ibu saya mengetahuinya, saya sangka ia akan marah. Kami mahukan bayi itu tetapi bimbang reaksi orang lain, Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi bapa. Tetapi saya yakin akan menjadi bapa yang baik.” Kata Alfie.
 








 

Macam tidak percaya sahaja dengan  budak ini. Kecil-kecil sudah ada tanggungjawab. Bagus juga dapat mematangkan diri. Inilah realiti kehidupan yang dialami oleh sesetengah orang. Sambut Fathers Day ?! Tak ada halangan. Tahniah kepada Alfie dan pasangannya kerana mengambil tindakan yang bijak dengan tidak menggugur kandungan.  Bayi itu tidak berdosa dan berhak untuk hidup. Manusia lain termasuk bakal ibu dan bapa tidak berhak untuk mencabut nyawa dengan cara membunuh mengugurkan kandungan. Gugurkan kandungan tambah dosa kerana yang digugurkan itu adalah nyawa dan hadiah rezeki daripada yang Maha Esa.
















No comments:

Post a Comment