Panas isu berkaitan penipuan klik iklan 8Share dan juga ChurpChurp, sebenarnya bukan dua platform ini sahaja yang dijadikan bahan, malah banyak lagi. Konsep tetap sama, anda tidak boleh paksa orang lain terutama pengunjung blog serta rakan-rakan anda di media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk iklan yang anda kongsikan. Namun, sebagai manusia, tidak menjadi satu kesalahan walau sekelumit andai anda sendiri - yang sememangnya dah tahu - untuk klik perkongsian iklan atau informasi yang diterbitkan.
Anggap sahaja perbuatan anda itu satu sedekah. Anda juga seharusnya prihatin bahawa ramai blogger yang mahu menjana income menerusi iklan di blog mereka. Dengan menggunakan platform 8Share dan juga ChurpChurp, ia satu kaedah dan cara mudah bagi menerima ganjaran setiap klik 20sen.Tak ada salahpun anda klik iklan yang diberikan, malah tiada kerugian bagi pihak anda - kerana bukan anda yang membayar. Anda hanya klik tanpa jejas sedikitpun duit poket yang anda ada.
Cara Betul dan Tips Dapatkan Income Menerusi 8Share dan ChurpChurp
Yang panas dan menjadi isu adalah kerana cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang dianggap kurang telus dan memaksa. Boleh sahaja anda selitkan iklan-iklan tersebut asalkan jangan memperdaya atau menunjukkan bahawa kaedah itu seperti memaksa untuk klik. Ia seharusnya berlaku secara sukarela dan semulajadi.
Sebagai contoh, lihat perbezaan antara kedua ini:
Sebagai contoh, lihat perbezaan antara kedua ini:
- Join segmen ini dengan perlu klik iklan berikut: Klik Iklan 1, Klik Iklan 2
- Dah join segmen, mari lihat promo iklan ini: Jom Lihat Harga Kereta Proton Terbaru Suprima S dan Kontes oleh Digi Menang Hadiah Wang Tunai
Nampak tak perbezaan yang ada dalam dua cara di atas tersebut. Ini dinamakan telus, kerana anda memberitahu pengunjung, pembaca blog anda mengenai apa yang anda kongsikan. Jika mereka berminat, mereka akan klik dan berikan ganjaran 20 sen yang patut anda terima menerusi perkongsian informasi.
Cara 1, anda buta-buta suruh pembaca klik iklan tersebut tanpa fikir samada mereka mahu atau tidak mahu lihat, sebaliknya dengan cara-cara anda dah beritahu awal-awal apa yang bakal mereka akan lihat.Tatacara di atas sama terpakai apabila anda kongsikan iklan tersebut di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.
Contoh Kongsi Iklan 8Share dan ChurpChurp
Tunjukkan pada orang bahawa ia merupakan satu iklan. Dengan guna ayat sendiri, saya cuba mendapatkan perhatian rakan-rakan dalam Facebook untuk klik iklan tersebut bagi menghasilkan ganjaran tunai seperti di bawah ini jika anda ingin pengesahan.
Tips Dapatkan Income 8Share dan ChurpChurp Menerusi Facebook
Nampakkan? Ini cara saya gunakan, tak paksa dan tak mengelirukan sangat. Anda juga boleh cuba gunakan untuk membolehkan perkongsian anda menerima ganjaran yang anda mahukan. Tak susah manapun, hanya dengan satu butang klik dan kongsi.

No comments:
Post a Comment