Belajar berfikir secara positif


 

Masalah ? Penyakit ? Sudut pandangan mana anda lihat ? Setiap masalah mahupun penyakit itu harus ada. Anda setuju ? Terpulang kepada pembaca untuk berfikir dan memandangnya dari sudut mana. Secara am masalah dan penyakit itu adalah memberi kesan kepada setiap manusia. Ia sangat memberi impak yang ketara kepada siapapun yang bernama manusia. Kalau anda berfikir cara ini anda telah memilih pandangan negatif. Setuju ? Sebagai manusia tidak akan berharap untuk mendapat masalah mahupun penyakit yang sangat menyakitkan. Sekiranya anda telah berfikir dan bersyukur dengan apa yang ada, anda telah memilih sudut pandangan positif. Setuju ?

Okay pada pandangan penulis masalah itu harus ada. Tanpa masalah siapapun manusia tidak akan pernah belajar untuk maju mahupun tidak akan menjadi matang dari segi mental mahupun secara sipiritual. Masalah itu harus ada. Masalah itu tidak akan pernah besar dari apa yang anda boleh lakukan. Manusia sangat kreatif dan harus bijak untuk memecahkan setiap masalah yang ada. Apa guna akal kalau tidak digunakan ? Kalau namanya penyakit tentulah ia menyakitkan dan mungkin akan memberi impak yang sangat ketara kepada sesiapapun yang bergelar manusia sehingga mengundang pandangan negatif dari manusia lainnya. Jangan kecil hati. Penyakit itu sentiasa menjaga anda. Menjaga ? Okay inilah penerangan penulis tentang penyakit.

Kepada siapapun yang beragama harus berfikir positif tentang penyakit. Penyakit itu memang menyakitkan. Namun pada pandangan penulis penyakit itu tidak seharusnya dipandang negatif. Kalau kita berfikir secara positif kita akan dapati penyakit itu sebenarnya menjaga hubungan saudara dengan Tuhan. Dengan adanya penyakit kita akan sentiasa bergantung kepada yang Maha Esa. Bergantung itulah yang sepatutnya harus. Kalau tidak ada ketergantungan dengan Sang Pencipta itu sangat bahaya namanya.

Penulis bukan mengatakan yang tidak berpenyakit itu tidak bergantung dengan Tuhan. Penulis juga tidak mengatakan yang sihat itu harus dan perlu ada penyakit. Tidak. Namun kita harus belajar untuk berfikir positif dan menerima dengan hati yang terbuka. Masalah itu umpama rintangan hidup dan juga ujian dari yang Maha Kuasa. Masalah dan penyakit itu akan segera berlalu. Namun berkat dari ketabahan kita menghadapinya akan menjadi hadiah yang kekal kepada kita semua. Setiap apa yang kita lakukan akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan apa yang kita lakukan. Jangan pernah mengeluh dengan apa kita hadapi. Belajarlah bersyukur kerana dengan syukur yang kita ucapkan dengan ikhlas sangat ampuh untuk menyentuh hati yang anda tidak lihat tetapi wujudnya memang ada. Siapa ? Siapa lagi kalau bukan Tuhan kita masing-masing.

No comments:

Post a Comment