Akhirnya Saiful Bukhari mengaku tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim


Gempar ! Akhirnya Saiful Bukhari mengaku bahawa dia sengaja menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim melalui kes liwat yang gempar beberapa tahun lepas ! Apa buktinya ?

Tajuk bukan main panas. Pengenalan bukan main panas. Inilah manusia zaman sekarang. Sebagai blogger kena ambil sikap positif dengan pendekatan yang mesra pembaca. Jangan suka menipu. Jangan putar belit cerita. Pembaca berhak untuk mengetahui perkara sebenar. 

Jangan memperbodohkan pembaca dengan tajuk yang merangsangkan tetapi hakikatnya cerita yang disampaikan tidak berkualiti atau tidak bersesuaian dengan tajuk cerita. Jangan susahkan orang. Cari makan dengan Blog itu memang boleh. Tetapi halal ke pendapatan blog tersebut ? Anda blogger ? Fikir-fikirkan. Ada sesetengah blog,kena LIKE dulu sebelum baca. Kalau tidak LIKE memang tidak boleh baca. Sebagai blogger yang matang sepatutnya jangan memaksa orang LIKE.







8 comments:

  1. fuh...hampir terkena aku td..huhu..blogger kena hati2 menulis, tak pasal2 nnti kena saman pulak..

    ReplyDelete
  2. saya abaikan je kalau kena like dulu baru leh baca sbb entry macam tu pun sebenarnya entry copy paste gak...dari blog lain pun banyak info2 yang sama

    ReplyDelete
  3. tu yg buat aku tension untuk membaca tu... siap di bagi berapa ribu saat lagi untuk berfikir Like ka tidak.. cisss..

    ReplyDelete
  4. ramai yang dah tak ada etika dalam menulis. berkiblatkan duit je semua tu

    ReplyDelete
  5. ade yg kene tggu smp 9000 saat utk tgk artikel tu kalau xlike....pehtu dh like pon xkuar...geram je...

    ReplyDelete
  6. betul2 .. geram gila kalau jumpa blog mcm ni . terus pangkah , malas nak like .

    ReplyDelete