Akhirnya pembunuh pegawai Am Bank ditangkap



 

Akhirnya pembunuh pegawai Am Bank ditangkap. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Jangan setakat siasat ! Jangan setakat penjarakan penjenayah tersebut ! Hantar pembunuh tersebut ke tali gantung. Gantung sampai mati. Jangan lupa siasat sampai dapat ( Macam mana dapat IC ). Inilah buktinya Sabah tidak main-main bahawa wujudnya pemberian Kad Pengenalan secara haram kapada PATI. Tidak ada yang lain yang dapat memberikan Kad Penganalan kapada PATI selain daripada Jabatan Pendaftaran Negara atas arahan kerajaan persekutuan dengan tujuan manambah undi mengekalkan kuasa pada masa lalu sehingga kini.

Jika benar kerajaan ambil peduli dan ada komitmen menyelasaikan masalah PATI di Sabah,kerajaan persekutuan harus pandang serius kes seperti ini dimana penjenayah yang menembak pegawai Am Bank mempunyai Kad Pengenalan bahkan boleh mengundi secara sah ( Ada IC mesti dapat mengundi ) Jangan gadaikan maruah negara hanya kerana satu undi dari PATI. Jangan gadaikan maruah negara hanya kerana mahu kekal berkuasa kerana kelak beginilah jadinya dan mungkin lebih teruk lagi dari kejadian ini pada masa akan datang. Kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan harus berhati-hati dalam apa jua tindakan jangan sampai maruah negara menjadi taruhan.

* Demi politik mereka ( Ahli Politik # Bukan semua tetapi mungkin separuh daripada mereka bersifat setan ) sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa

No comments:

Post a Comment