Dato Siti Nurhaliza hari ini buat ribut dalam cawan

 

Dato Siti Nurhaliza memang profesional. Tidak salah menegur dengan teguran yang membina. Adakah Dato Siti Nurhaliza salah dalam tegurannya ? Tidak ! Dato Siti Nurhaliza kata " Sebagai Menteri Muda dan being look up,rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah,lantang tidak perlu biadap dengan yang lebih tua " 

Tetapi beruk yang satu ini @mohon_clash balas Dato Siti Nurhaliza dengan berkata " @CTNurhaliza11 Kalau sudah orang tua tidak faham bahasa,kena lantang sikit. Oh lupa Akak tidak pernah beratur beli tiket bola @Khairykj ". Nak back up KJ konon.

Memang pedas buat Dato Siti Nurhaliza. Pedas ? Memang pedas kerana ada peminat yang bidas kenyataan Dato Siti Nurhaliza dengan mengatakan lebih kurang begini " Oppss lupa Akak tidak pernah beratur beli tiket bola dekat stadium kan . . . " 

Kenapa Dato Siti Nurhaliza tiba-tiba bidas KJ ? Ceritanya begini, dengar baik-baik lepas itu hadam bagus-bagus,jangan sembelit pula. Dato Siti Nurhaliza tegur KJ kerana perbuatan Khairy Jamaluddin menegur FAM. Ada kemungkinan KJ terkasar bahasa bila menegur FAM. Itu yang Dato Siti Nurhaliza tegur

No comments:

Post a Comment