Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 harus dan mesti dikaji semula

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan mana-mana pihak termasuk ahli Parlimen supaya tidak membangkitkan isu perjanjian penubuhan Malaysia kerana ia boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.

"Sekarang saya hanya memberi amaran supaya mereka mengetahui skop dan batasan supaya jangan salah langkah," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah Bersama Penduduk Kampung Santubong, kira-kira 30km dari sini, hari ini, Wan Junaidi yang merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata sebelum ini beberapa anggota Parlimen turut membangkitkan isu itu dalam sidang  Dewan Rakyat.

Katanya sekiranya cubaan membangkitkan semula isu perjanjian itu tidak ditangani dengan sewajarnya ia boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata belum ada individu dikenakan tindakan tegas kerana  membangkitkan isu supaya perjanjian yang membawa kepada penubuhan Malaysia itu dikaji semula.

Beliau berkata sehingga kini tiada mana-mana individu yang telah dipanggil untuk disiasat berhubung kenyataan mereka yang menyentuh perjanjian-perjanjian 18 Perkara Sarawak dan 20 Perkara Sabah itu.

Dan ini pula komen tindak balas dari pengguna Facebook


 


Apa salahnya jika perjanjian penubuhan Malaysia dikaji semula ? Tidak ada salah. Kerana Sabah dan Sarawak berhak menuntut perjanjian penubuhan Malaysia dikaji semula. Dikatakan bahaya ? Apa yang bahaya ? Mereka yang berkepentingan sahaja yang akan rasa bahaya memandangkan Sabah dan Sarawak telah mula bising kerana banyak yang tidak ditunaikan dalam perjanjian penubuhan Malaysia.

Kesimpulannya . . .

Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 harus dikaji semula !

No comments:

Post a Comment