Antara Hak Asasi Manusia dan Malaysia

 

Kuasa terbesar yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia adalah kuasa memilih. Dalam hidup ini,memilih jalan yang salah mahupun jalan yang betul adalah hak yang telah diberi oleh Tuhan. Memilih jalan yang salah adalah kebencian utama oleh Tuhan tetapi dalam masa yang sama kuasa untuk memilih dan bebas adalah dalam tangan manusia. Apa yang kita tanam, itu yang kita tuai. Tanam padi, padilah yang akan dituai. Kalau tanam lalang,lalanglah juga akan dituai.

" Tidak boleh ada paksaan dalam agama "  ( Q.S 2: 257 ). Di Malaysia sering kecoh dengan masalah murtad. Jika seorang itu tidak lagi percaya dengan agamanya dan menukar agamanya kepada agama pilihannya dan apakah ia salah ? Salah jika mengugut ! Salah jika mengancam ! Namun kebebasan beragama itu ditekankan dalam Al - Quran. Tidak boleh ada paksaan dalam beragama. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.

Hak itu adalah milik setiap individu. Kenapa harus kecoh atas pilihan orang lain ? Hak itu adalah hak asasi manusia. Tidak ada seorangpun yang berkuasa atas cara hidup orang lain melainkan yang empunnya tuan punya badan. Jika dilihat di negara Malaysia kebebasan tukar agama di kalangan umat Islam itu adalah dimusuhi bahkan diancam oleh individu tertentu. Dimanakah kebebasan beragama yang ditekankan oleh Al - Quran ?

Tuntutan Comango itu harus dipertahankan untuk membolehkan Malaysia dipandang sebagai negara yang melindungi hak asasi manusia dari segi kebebasan beragama. Walaupun dikatakan bahawa Malaysia mengamalkan  kebebasan bergama, ia bukan seperti apa yang dikatakan kerana terdapat diskriminasi terhadap golongan Islam yang bakal meninggalkan amalan lamanya sebagai contoh. Kalau terdapat diskriminasi, apakah Malaysia layak dipanggil sebagai negara yang bebas dalam hal bergama ?

Hak asasi manusia harus dihormati. Sekiranya hak asasi manusia tidak dihormati sudah tentu terjadi perpecahan berpanjangan di kalangan masyarakat Malaysia. Tuntutan Comango tersebut seharusnya dipandang positif dan bukannya dipandang serong. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat golongan pemimpin dan rakyat yang tidak setuju atas dasar mempertahankan kepentingan masing-masing. Lalu bagaimana dengan hak asasi manusia ? 

Sebagai manusia yang matang harus berfikir luas dan terbuka dalam mana-mana tuntutan yang melibatkan hak asasi manusia. Adalah sangat mengecewakan bahawa terdapat orginasasi seperti ISMA, Jakim dan Jati sebagai contoh tergamak membunuh hak asasi manusia di Malaysia. Siapa ISMA ? Siapa Jakim ? Siapa Jati ? yang mempersoalkan tuntutan comango dalam hal hak asasi manusia ? Sebagai negara yang berbilang bangsa dan agama, hak asasi manusia itu harus ditegakkan. Malainkan malaysia adalah negara 100 % negara Islam.







No comments:

Post a Comment