AirAsia berjaya sindir MAS kerana Nasi Lemak yang telanjang



 

Nampaknya nasi lemak telanjang yang diutarakan Chef Wan menarik minat pelbagai pihak.Kalau sebelum ini Chef Wan naik angin dengan nasi lemak telanjang Syarikat Penerbangan Malaysia -MAS kini Air Asia seakan-akan menyindir MAS dengan iklan “Nasi Lemak kami LENGKAP” ditambah dengan slogan sindiran ‘Sejuklah di udara kalau telanjang!’.

“Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia,” kata kenyataan  Air Asia.

Cuma penumpang Air Asia kenalah hulurkan RM 12 dahulu sebelum merasa nasi yang tak telanjang kata AirAsia.Pihak Air Asia berkata tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak tetapi ia terkena "batang hidung" Sistem Penerbangan Malaysia - MAS dengan ayat yang digunakan.

Jadi MAS kena buat sesuatu dengan nasi lemak telanjangnya berbanding dengan nasi lemak tak telanjang Air Asia  yang nampaknya lebih berselera untuk dinikmati.Cuma RM12 yang perlu dikeluarkan untuk merasai nasi lemak Air Asia nun di atas sana.


No comments:

Post a Comment