Tangan putus kerana pulas telinga murid atau ada cerita lain ?


 

Tangan guru di atas ditetak putus kerana kesalahan memulas telinga muridnya.Tinggi harga yang perlu dibayar seorang guru untuk mendidik muridnya. Begitulah cerita yang terseber luas di alam maya sejak kebelakangan ini. Cerita tangan putus ditetak kerana pulas telinga murid adalah tidak benar sama sekali.

Tangan putus ditetak bukan kerana pulas telinga murid seperti yang disiarkan sebelum ini. Kejadian dikatakan berlaku di Kuching kerana tagih hutang. Cerita sebenar disebalik tangan putus ialah, pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.

Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak RM 300 daripada Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah.

Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri.

Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke klinik kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.


No comments:

Post a Comment