Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan insiden Lahad Datu


 

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.

Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.

Pertelingkahan tuntutan kawasan nasional

Dalam konflik yang berlanjutan, Filipina telah menuntut mengenai pendudukan Malaysia ke atas negeri Sabah. Sebab tuntutan ini ialah kerana Wilayah Kesultanan Sulu juga merangkumi bahagian utara timur Borneo yang termasuk dalam Kepulauan Sulu. Kedua-dua perkara mengenai wilayah ini dan status semasa sultan masih tidak dapat diselesaikan. Pada 7 Oktober 2012, Presiden Filipina, iaitu Benigno Aquino telah mengumumkan bahawa rangka kerja perjanjian damai yang melibatkan antara kerajaan Filipina dan Barisan Utama Pembebasan Islam Moro.
 
Bagaimanapun, pewaris Kesultanan Sulu berasa diketepikan dalam perundingan tersebut. Sebagai tindak balas, Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu, beliau telah menetapkan pada 11 November 2012 bahawa kontinjen awam dan tentera harus menuntut hak-hak wilayah di Borneo Utara. Oleh itu, beliau telah melantik saudaranya dan Raja Mudah ("pewaris" atau "putera mahkota"), Agbimuddin Kiram, untuk memimpin kumpulan tersebut.Beberapa bulan selepas 11 Februari 2013, Agbimuddin Kiram dan seramai 100 pengikutnya tiba di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Tuntutan di Mahkamah Antarabangsa

Pada tarikh 23 Oktober 2001, Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Sabah dan semua kawasan kepulauannya adalah dibawah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Antarabangsa juga tidak menerima permohonan Kerajaan Filipina untuk masuk campur dalam urusan persengketaan status Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia.Penghakiman ini diambil oleh Mahkamah Antarabangsa setelah meneliti kesemua perkara yang berkaitan dengan pendudukan di negeri Sabah. Ini termasuk faktor geografi dan sejarah kawasan tersebut. Ia juga mengambil kira aspek hak penduduk untuk bersama kerajaan yang mereka pilih. Dan ini telah diakui oleh semua rakyat Sabah bahawa mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.

Permasalah wilayah ini tidak lagi wujud kerana Sabah dengan secara mutlaknya menjadi sebahagian dari negara Malaysia dan segala pentadbiran negeri sudah termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Filipina pernah membuat tuntutan tetapi tidak berbuat secara rasmi setelah beberapa tahun.

Tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu

Jamalul Kiram III bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Ini kerana ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai pewaris takhta Sultan Sulu. Pada tahun 2011, Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang-orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu. Datuk Akjan diiktiraf oleh sebahagian dari orang-orang sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dan juga sebagai waris keturunan Sultan Sulu yang pertama Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1 (yang berasal dari Johor).

Mengikut portal berita Philippines Daily Inquirer, terdapat banyak lagi pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang ke-35. Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah sepupu kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah dilantik oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau merupakan Sultan Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah Kiram (1974-1986) telah diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.

Penglibatan " Sultan-sultan Sulu " dalam politik

Mengikut satu laporan yang dibuat oleh Manila Times, penglibatan terhadap politik akan menjadikan tuntutan kepada takhta oleh individu-individu tersebut terbatal. Ini mengikut sistem kerajaan Sulu yang dipegang oleh kesemua penuntut takhta. Jika mana-mana penuntut takhta Sulu terlibat dalam politik, maka tuntutan mereka terhadap takhta akan terbatal.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan kesemua penuntut takhta telah secara langsung melibatkan diri dalam politik Filipina dan Malaysia. Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad adalah seorang ahli UMNO Sabah (telah keluar parti apabila kerakyatannya ditarik oleh kerajaan Malaysia), manakala Muedzul-lail pula pernah bertanding pada tahun 1997 di kawasan Barangay Kagawad dan kalah. Jamalul Kiram (yang menjadi pencetus krisis Lahad Datu) pula pernah bertanding pilihanraya atas tiket parti Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada tahun 2007 namun kalah.

Sekatan

Polis Malaysia telah mengepung jalan utama di Lahad Datu yang melalui ladang kelapa sawit sehingga ke Kampung Tanduo, di mana lelaki bersenjata tersebut berada. Polis Marin juga meronda perairan berdekatan. Agensi-agensi keselamatan juga telah menyekat kemasukan warga dari Selatan Filipina.

Motif kedatangan

Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.

The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan autonomi kepada Sabah.Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini. Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.
 
Namun begitu untuk menafikan pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menyatakan bahawa ini adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat.Tian Chua telah dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar atau orang lain.

Pemberontak Sulu tidak akan berganjak

Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu mengatakan bahawa sekiranya Malaysia ingin berunding, mereka hendaklah berunding terus dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, secara terus. Ini adalah kerana arahan yang diterima oleh Agbimuddin Kiram adalah daripada abangnya. Beliau juga menyatakan bahawa akan terus berada di Lahad Datu dan hanya akan berundur sekiranya dipanggil semula oleh abangnya.

Pertempuran 1 Mac

Pada pagi 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban. Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam situasi tersebut.

Serangan Semporna

Pada 3 Mac pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.Enam penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut.Pihak polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini mempunyai kaitan dengan pengikut Kesultanan Sulu.Sebelum ini, pada jam 7 pagi di hari yang sama seorang penceroboh telah dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung tersebut.

Abraham Idjirani, iaitu setiausaha-agung Sultan Kiram III, berkata keganasan bermula ketika polis Malaysia sedang memeriksa rumah seorang pendatang tanpa izin Filipina yang disyaki melindungi penceroboh. Ianya berakhir apabila Imam Maas dan 4 orang anak beliau terbunuh apabila diketahui bahawa mereka sedang melindungi saudara-mara sultan yakni penceroboh di kawasan itu.

Kehadiran lelaki bersenjata di Kunak

Menurut Ketua Polis Negara, Ismail Omar, seramai 10 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tentera penceroboh telah dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak antara Lahad Datu dan Semporna.

Peningkatan anggota keselamatan


Kerajaan Malaysia telah mula menggandakan bilangan polis dan tentera dengan menggerakkan pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja.Selain itu, 7 batalion ATM dari Semenanjung dan 1 batalion PGA dari Sarawak juga telah dihantar bagi meningkatkan kawalan keselamatan


Penghantaran pesawat pejuang dan pengeboman

Pada 5 Mac, Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi.Akhbar Berita Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.Manakala, seorang telah ditembak mati.Sehingga kini, 68 penceroboh telah disahkan terkorban.Manakala, 121 lagi telah ditahan di bawah Akta SOSMA.

Reaksi MNLF

Sebuah laporan ekslusif dari News 5 menunjukkan sebahagian ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sedang menjalani latihan di Jolo, Sulu untuk misi menyelamat warga Filipina di Sabah.Bekas pemimpin MNLF, Nur Misuari menyatakan bahawa ahli MNLF ini tidak mempunyai kaitan atau menyebelahi pihak Pasukan Keselamatan Diraja Sulu.Bagaimanapun, Gabenor Wilayah Sulu, Abdusakur Tan telah menafikan apa-apa laporan yang mengatakan pejuang MNLF dibawah arahan Nur Misuari telah menuju ke Sabah, beliau juga menafikan bahawa 1,000 pejuang MNLF telah menyusup masuk ke negeri ini.Juga, menurut pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Muslimin Sema, mereka menghormati keputusan Sabah yang menyertai Malaysia pada tahun 1963.Beliau juga mengatakan beliau pernah melawat Sabah pada tahun 1973 dan menyaksikan sendiri kegembiraan yang dinikmati oleh rakyat negeri itu dan menambah bahawa beliau juga mempunyai ramai saudara mara di negeri tersebut.

Tiada kaitan dengan MILF

Murad Ibrahim selaku pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang juga merupakan kumpulan pemisah terbesar di Filipina telah menyatakan bahawa MILF tidak terlibat langsung dengan konflik ini. Beliau juga menyebut bahawa isu ini adalah satu perkara yang perlu diselesaikan melalui Kuala Lumpur dan pentadbiran Manila.

Tangkapan

Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, salah satu daripada pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.Lapan pengganas bersenjata Sulu yang ditawan juga ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia.

Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE

Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah.Beberapa minggu selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.

Penggodaman

Perang siber turut tercetus dengan kumpulan penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web beberapa pertubuhan antara satu sama lain bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati berkenaan isu ini.

Protes di kedutaan Malaysia

Seramai 100 rakyat Filipina menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Makati pada 5 Mac 2013. Mereka menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan keganasan di Sabah, manakala sesetengah sokongan yang dinyatakan lagi adalah bagi menyokong perjuangan Kiram. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan trak bomba dikerahkan ke kawasan tersebut. Kedutaan kemudiannya digantung operasi akibat bantahan.

Kekejaman penceroboh

Anggota polis yang terbunuh di kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan yang sangat tragis.Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama ada mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam. Justeru, perlakuan mereka ini juga bertentangan dengan ajaran Islam.

Nasib keluarga anggota PDRM yang terkorban dibela

Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga anggota yang terlibat.

Pembangkang Filipina main peranan

Banyak akhbar pro pembangkang di Filipina sedang mensasarkan kelemahan kepada Presiden Benigno kerana tidak menyokong pendudukan pengganas Sulu di Lahad Datu. Untuk menaikkan kemarahan rakyat Filipina, akhbar-akhbar pro Arroyo ini telah menceritakan kononnya pasukan keselamatan Malaysia telah memukul dan membunuh warga Filipina di Sabah. Namun begitu, tiada bukti sahih bahawa perkara ini sedang berlaku.Bekas Presiden Arroyo nampaknya telah melaksanakan perancangan untuk memalukan pentadbiran Presiden Benigno agar kerajaan Filipina akan dilihat tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat Filipina.

Jamalul Kiram yang merupakan ketua pasukan penceroboh Sulu, merupakan salah seorang penyokong Arroyo dan pernah bertanding di dalam parti Arroyo pada tahun 1997. Dan kini tindakannya untuk menyerang Sabah adalah dikatakan diarahkan oleh Arroyo.

Bantuan kepada warga Lahad Datu

Bantuan RM 1000.00 akan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warga yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu. Bantuan juga akan diberikan dalam bentuk pembinaan semula kediaman dan premis perniagaan yang musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh para pengganas di Lahad Datu. Pinjaman kerajaan juga akan diberikan kepada mereka yang mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.

Suruhanjaya Siasatan Diraja pendatang asing Sabah

Prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing Sabah terhenti apabila berlakunya krisis ini.

Reaksi

- Amerika Syarikat – Duta Besar AS ke Filipina, iaitu Harry K. Thomas, Jr. mengatakan bahawa Manila dan Kuala Lumpur dapat bekerjasama mengenai hal ini dengan baik. Beliau juga menambah yang dua kerajaan ini akan duduk bersama dan berbincang, konflik ini boleh diatasi tanpa pertumpahan darah katanya. Selain itu, Amerika Syarikat juga mengalu-alukan Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro pada tahun 2012.

-  Filipina – Setiausaha Jabatan Luar Negeri Filipina, Albert del Rosario meminta jaminan pihak berkuasa Malaysia bahawa hak rakyat Filipina " yang telah menjadi penduduk tetap di Sabah dan yang mungkin di kalangan kumpulan " akan dihormati. Beliau juga menggesa warga Filipina untuk " kembali ke rumah-rumah dan keluarga mereka ".Ia juga menjelaskan bahawa tindakan kumpulan Filipina tersebut tidak dibenarkan oleh kerajaan Filipina.

-   Konsul Besar Indonesia di Kota Kinabalu, Soepeno Sahid, berkata bahawa "Konsulat Jeneral Republik Indonesia telah mengambil berat terhadap situasi dan akan sentiasa mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan di Malaysia". Sehingga kini, terdapat 162 warga Indonesia yang bekerja di Lahad Datu telah dipindahkan enam kilometer dari tapak pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan lelaki bersenjata Sulu. Kesemua 162 warga Indonesia dikatakan berada dalam keadaan selamat menurut Kementerian Luar Indonesia. Kementerian juga telah mengeluarkan amaran kepada pelayar Indonesia agar tidak belayar di kawasan perairan berhampiran Sabah sehingga konflik itu tamat.

Suluflag.jpg -   Kesultanan Sulu – Individu Kesultanan Sulu yang lain:
  • Muedzul Lail Tan Kiram mengutuk tindakan saudaranya dan mengatakan apa yang dituntutnya adalah "takhta yang palsu" ketika dalam siaran akhbar dan wawancara TV Malaysiakini.
  • Fuad Kiram turut menyatakan bantahan beliau mengenai tindakan sepupu pertamanya, Jamalul Kiram III. Beliau berkata mahu mengambil Sabah "dengan cara yang aman dan melaksanakan kewujudan aman dengan orang lain". Beliau juga mendoakan keselamatan orang ramai yang berada di Lahad Datu. 
  • Abdul Rajak Aliuddin juga menentang tuntutan Jamalul Kiram III dan pengikutnya, yang menyatakan bahawa keluarganya sendiri "adalah pemilik sah takhta". Beliau menuntut sebagai Sultan keenam Borneo Utara.
- Malaysia – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa semakin lama pengikut Kiram berada di Sabah, semakin bahaya situasi buat mereka. Beliau berkata kumpulan itu "mesti sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah satu kesalahan yang amat serius dan saya harap mereka akan menerima tawaran untuk meninggalkan tempat ini secara aman secepat mungkin". Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa keselamatan dan kedaulatan negeri akan dilindungi.

- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, telah memanggil semua pihak untuk menamatkan konflik di Sabah. Beliau juga menggesa semua pihak untuk berdialog bagi menyelesaikan keadaan secara aman.


Ulasan penulis


Sayangnya sehingga kini Datuk Seri Najib Razak hanya membisu dalam isu serangan Lahad Datu oleh pencoroboh. Media Filipina Manila Bulletin Publishing Corporation melaporkan bahawa punca pencerobohan oleh tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III adalah Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III. Tentera Sulu mencoroboh Sabah kerana menuntut janji Datuk Seri Najib Razak.

Apakah kandungan perjanjian diantara Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Jamalul Kiram III ?

Rakyat Sabah berhak untuk tahu isi kandungan tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum membuat penafian tentang laporan media Filipina tersebut.

Sikap Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri mengundang persoalan. Adakah Perdana Menteri ada kaitan tentang pencerobohan Lahad Datu ?

Selagi Datuk Seri Najib Razak tidak membuat penafian, kini Datuk Seri Najib Razak adalah ancaman terbesar kepada Sabah. Mungkin pada masa akan datang seluruh tanah sabah akan tergadai ? Kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak buat penafian tentang laporan Media Filipina Manila Bulletin Publishing Corporation sehingga kini ?

No comments:

Post a Comment