Jiwa RAKYAT Negara Sabah Sarawak harus kembali ke tempat asal

 
Tahukah anda dunia sedang memerhati Sabah dan Sarawak ketika ini. Isu penubuhan Malaysia semakin hari semakin panas diperbincangkan khususnya dilaman sosial. Nampaknya kebenaran yang tersembunyi selama ini akan terungkai satu persatu. Tahniah kepada semua  yang terus memainkan isu ini, kerana isu ini sangat relevan dalam memperjuangkan hak-hak orang Sabah dan Sarawak yang telah dirompak oleh penyamun. 

Kini sudah tiba masanya untuk kita berubah setelah 50 tahun kita tertipu dan teraniaya. Sabah dan Sarawak sememangnya telah berpuluh tahun menaruh harapan untuk maju bersama-sama dalam Malaysia, tapi hakikatnya Malaya cuma menjajah Sabah dan Sarawak dengan alasan penubuhan persekutuan Malaysia. 

Kita rakyat Sabah dan Sarawak sudah banyak bersabar selama ini. Kajian telah menunjukan hampir 70% rakyat Sabah dan Sarawak  marah bila mendapat tahu kebenaran yang status Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara dan bukanlah sebuah negeri yang setaraf seperti negeri-negeri di Malaya. Sudah tiba masanya Sabah dan Sarawak menuntut Putrajaya mengkaji semula kedudukan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia. 

Sudah cukup lama Sabah dan Sarawak dimundurkan dan sudah tiba masanya jiwa Negara Sabah dan Sarawak harus kembali ke tempat asal.

No comments:

Post a Comment