Maki-hamun pengawal keselamatan, Aisya enggan ulas

 

Penyebaran video yang memaparkan isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo iaitu Shahrul Aisya memaki-hamun seorang pengawal keselamatan semakin mejadi bualan hangat terutamanya dikalangan peminat bola sepak tanah air.Video yang dimuat naik di laman YouTube itu dikecam hebat oleh orang ramai yang rata-ratanya tidak senang dengan tindakan kurang ajar Aisya itu, malah ada juga yang menyuruh Mat Yo menceraikannya.

Menurut pengawal keselamatan itu, Azman Md Nayan, 48, berkata kejadian berlaku pada pukul 11.40 pagi selepas pasangan suami isteri meletakkan kereta Mini Cooper dinaiki di kawansan larangan."Ketika itu, saya tak kenal lelaki itu adalah Mat Yo. Saya minta maaf dan meminta mereka mengubah kereta dan meletakkannya di kawasan dibenarkan.

"Tetapi isterinya merakam wajah saya dengan telefon bimbit sambil mengatakan saya dayus. Saya tepis telefon bimbitnya, menyebabkan isteri Mat Yo keluar dari kereta dan terus menendang celah kangkan saya," Katanya kepada Harian Metro.Sementara itu, Aisya yang diminta mengulas berhubung kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut."Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen."
 

No comments:

Post a Comment