Kenapa isteri Mat Yo minta maaf dengan rakyat Malaysia ?

 

 

Sebelum ini ada keluarkan kenyataan maaf dari isteri Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Siti Aisya. Antaranya beliau berkata dengan rasa rendah diri, dia minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Selain itu, beliau percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukumnya tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Ternyata permohonan maaf dari Siti Aisya mendapat perhatian ramai. Ada yang mungkin boleh terima permohonan maaf beliau dan ada yang terang-terangan menolaknya. Kenapa pula ada yang enggan menerima permohonan maaf dari Siti Aisya?

Berdasarkan komen-komen yang mereka berikan, ada yang berpendapat Siti Aisya tidak buat apa-apa kesalahan kepada rakyat Malaysia umumnya. Beliau bersalah kepada pengawal keselamatan berkenaan iaitu Pak Azman. Tindakannya yang bertengkar dengan kata-kata yang kurang menyenangkan itu seharusnya disesalkan dan hanya Pak Azman sahaja yang selayaknya boleh memaafkan beliau. Ada juga yang berikan pandangan, Aisya perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan kalau boleh berdepan dengan Pak Azman.
Harap kes Aisya boleh dijadikan pengajaran agar kita bersikap lebih timbang rasa dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira apa pangkat, kuasa dan segalanya yang kita miliki. Jika Aisya benar-benar ikhlas sudah insaf, maka kita sewajarnya memberi peluang kepadanya. Semoga kemelut yang melanda beliau dan Pak Azman selesai dengan cara yang sebaiknya.





No comments:

Post a Comment