Khidmat guaman percuma jika bini Mat Yo BERKERAS menyaman

 
Malam tadi difahamkan lebih 11 peguam perseorangan (tidak termasuk pakatan peguam) menghubungi Pakcik Azman (Pakcik Guard) untuk memberikan khidmat guaman percuma jika bini Mat Yo BERKERAS menyaman beliau.Tidak kurang peguam yang menyatakan kesediaan untuk turun sebagai peguam pemerhati di mahkamah nanti.Dijangka lebih ramai lagi peguam hebat akan tampil menghulurkan bantuan guaman terbaik secara percuma dan sukarela kepada beliau.

Malah ada seorang hamba Allah ini tawarkan perkhidmatan percuma "pengawal peribadi bersenjata" bagi mengiringi Pakcik Azman ke mahkamah jika perlu.Sokongan rakyat terhadap Pakcik Azman (Pakguard) sangat hebat, ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya.Lihatlah, betapa rakyat negara ini penuh rasa kasih sayang. Kebencian terhadap ORANG KAYA PENINDAS ORANG MISKIN telah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang termampu menentang penindasan. Jika bini Mat Yo masih BERKERAS mahu menyaman, bermakna kamu ISTIHARKAN PENENTANGAN terhadap puluhan ribu rakyat yang sanggup berkorban apa saja termampu untuk lawan penindasan. Maka solidariti untuk Pakcik Azman akan digerakkan dengan lebih hebat lagi."Jika kita bersatu, tiada seinci tanah pun akan jadi tempat berdiri orang kaya penindas di negara ini"

No comments:

Post a Comment