Sebab Isteri, Wujud Facebook Belia Benci Mat Yo

 

Syurga isteri terletak di telapak kaki suami. Itulah kata-kata nasihat yang menjadi pegangan bagi pasangan yang sudah sah bergelar suami isteri.

Ada orang ambil kesempatan dengan mewujudkan laman facebook yang menggunakan nama Belia Benci Mat Yo. Bukan setakat itu saja, ada pihak telah membuat super imposed gambar perkahwinan Mat Yo dengan menggelarkan pasangan ini sebagai pasangan Queen Control. Sungguh hebat imaginasi orang kitakan ?

Apapun, Kak Ton bukannya nak cakap lebih-lebih tentang insiden berkenaan. Cuma Kak Ton nak cuit sikit dengan sikap isteri Mat Yo iaitu Siti Aisya Adam. Memandangkan Mat Yo tu seorang yang dikenali, Aisya patutnya mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Yang menjadi kesnya sekarang ini, dek kerana video berkenaan, Murai Batu dengar imej Mat Yo yang bermain dalam pasukan JDT (Johor Dahrul Takzim) itu dah pun tercalar.

Oleh kerana itu, Kak Ton berharap sangat kepada semua isteri pemain bola sepak yang terkenal agar lebih berhati-hati dalam berkomunikasi dengan sesiapa saja. Ke mana jua anda pergi, anda membawa nama suami anda. Malah, suami anda pula membawa nama negara Malaysia. Yang paling penting, jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

No comments:

Post a Comment