Islam itu bukan Melayu

 Bungsu@Aziz Jaafar
Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar hari ini menggesa kerajaan supaya menggiatkan usaha penyatuan umat Islam di Sabah menerusi pemerkasaan rumpun Melayu yang terbukti berjaya meningkatkan syiar Islam di kalangan pelbagai suku kaum di negeri itu.

Aziz menegaskan perpaduan nasional juga mudah tercapai memandangkan majoriti rakyat Sabah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan ia memberi kelebihan kepada pengembangan syiar Islam di negeri itu.

"Tidak semua orang Sabah mengaku orang Melayu.Untuk melakukan penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu "diMelayukan" sebagai satu rumpun Melayu.

"Jika di Semenanjung Malaysia, orang Melayu terdiri daripada pelbagai suku seperti Jawa, Bugis dan lain-lain semuanya mengaku Melayu," katanya ketika berucap pada Simposium Mendepani Agenda Asing Melayu dalam Krisis Kepimpinan, di sini, hari ini.

Beliau menambah, sebelum Sabah menyertai Malaysia, hanya 36 peratus sahaja rakyatnya beragama Islam namun angka tersebut meningkat dua kali ganda kepada 65 peratus selepas 50 tahun lalu.

Walaupun Sabah terus diancam dengan gerakan Kristianisasi, namun ia tidak menghalang daripada pendakwah Islam menyebar luas ajaran Islam, seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

Tambah beliau, usaha seumpama itu yang pernah digerakkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama, Tun Mustapha Harun sejak 1967 perlu diteruskan kerajaan pusat bagi menjamin kesucian Islam daripada diancam pelbagai gerakan keagamaan lain termasuk Kristianisasi dan Pluralisme.

Katanya, sudah sampai masanya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam memastikan ketuanan Melayu dan kesucian Islam terpelihara.

"Sudah sampai masa kita ketepikan masalah antara parti, kalau kita boleh bersengkongkol dengan bukan Islam dan bangsa asing, apatah lagi Melayu Islam.

"...selepas merdeka, jumlah penganut Islam meningkat kepada 52 peratus, dan ia juga dibawa ke Dewan Undagan Negeri sebelum Islam digazetkan sebagai agama rasmi Sabah," katanya lagi.

Ulasan Penulis 
Ini mufti BODOH. Kenapa mesti jadi Melayu ? Islam itu bukan Melayu.  Cuba pandang pada orang Arab, Dia mahu mengaku Melayukah ? PALUI juga. Biarlah Kadazan muslim,Dusun muslim,Bajau muslim. Jangan cuba membunuh bangsa dan keturunan Orang Sabah mahupun Sarawak. Ada otak ? FIKIR ! Jangan fikir guna kepala  gred Z .

No comments:

Post a Comment