Manusia itu KEJAM !

 

Dimana letaknya belas kasihan ? Jika ia adalah hukuman dan diputuskan oleh undang-undang ia tidak dapat disangkal kerana itu adalah undang-undang yang telah dibincangkan dalam dewan rakyat - ( Parlimen ). Tetapi haruskah undang-undang sebegini dikekalkan ? Tidak adakah hukuman yang lebih hormat daripada hukuman seperti ini ?  Terkutuklah orang yang membunuh manusia dengan kejam ! Tidak ada yang keluar dari mulut penulis selain daripada kata-kata kutukan.

Andai kata orang tersebut bersalah dan harus dihukum dengan hukuman mati, jangan hukum dengan cara yang kejam. Pilih jenis hukuman yang lebih menghormati pesalah. Jika pembunuhan ini bukan arahan dari pihak yang memegang undang-undang semoga mereka yang melakukan pembunuhan tersebut tidak dihingapi oleh damai sejahtera sampai ke hujung senja.

No comments:

Post a Comment