Dimana silapnya ? Siapa harus dipersalahkan ? AMAT memalukan !


Heboh gegak gempita satu dunia kerana seorang individu yang  berstatus pendatang tanpa izin, PATI, warga Indonesia, Arshanikum Endeyn, layak menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan dengan menggunakan MyKad palsu kepunyaan individu bernama Hamdan bin Hamid.

Difahamkan, pemilik MyKad disalahgunakan itu beralamat di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah. Jadi tidak hairan jika dia tidak pernah bertugas dan menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kini ternyata, RELA telah dikelirukan oleh pengawal keselamatan pemilik MyKad palsu, Arshanikum Endeyn.

Sebelum ini kita di gemparkan dengan pembongkaran, pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi AmBank di Subang Jaya, Selangor, Laode Ardina Laode Rasila, 35 tahun, memaparkan di laman facebooknya, dia mempunyai akaun bank di Malaysia.

Dalam terma perbankan, Mykad dikenali sebagai Government Multi Purpose Card, GMPC.

Pada tahun 2007, Bank Negara telah mengarahkan semua institusi perbankan di Malaysia menggunakan biometric scanner atau pengimbas cap jari untuk setiap individu ingin membuka akaun bank.

Tujuannya untuk memastikan individu membawa MyKad terbabit, pemilik sebenar dokumen tersebut.

Justeru, rakyat menjadi keliru bagaimanakah Laode Ardina, pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai operasi AmBank Subang dan merompak RM450,000 disahkan menggunakan MyKad PALSU terlepas daripada melalui proses pengimbasan cap jari di bank sehingga melayakkan dia membuka akaun simpanan?

Dimana silapnya ? Dan siapa harus dipersalahkan dan menerima tanggung jawab akan kesilapan yang amat memalukan ini ?

No comments:

Post a Comment