Minda negatif lawan minda positif


Pernahkah kita melihat lelaki dengan lelaki jalan berpegang tangan ? Bukankah itu menampakkan diri kita mempunyai hubungan songsang atau gay ? Bila minda sudah rosak inilah jadinya. Asal saja nampak lelaki dengan lelaki berpegang tangan ketika berjalan terus lempar tomahan yang bukan-bukan. Sesetengah masyarakat akan berfikir negatif. Tidak kurang juga yang berfikir positif dengan minda yang terbuka.Namun sayangnya tidak semua berfikiran positif.

Mulai dari sekarang mari kita sama-sama belajar berfikir positif. Ambil iktibar dari cerita dibawah . . .

“ Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar.

Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay”.

Senyum dan akui kebenarannya. Jika dulu “ Gay ” bermaksud “ Sangat Gembira ” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain.Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.

No comments:

Post a Comment