Ibrahim Ali harus dilarang masuk ke Sabah

 

Dalam apa keadaan sekalipun, Ibrahim Ali haruslah dilarang masuk ke Sabah sebagaimana Tian Chua dan Dato' Ambiga Sreenevasan dilarang masuk ke Sabah. PERKASA mempersoalkan cubaan desakan beberapa individu dari Sabah untuk menyekat Ibrahim Ali untuk datang ke Sabah. Kenapa PERKASA cuba mempersoalkan tindakan menyekat Ibrahim Ali untuk datang di Sabah dan tidak mempersoalkan tindakan Ibrahim Ali yang kurang sensetif ?

Berikut adalah kenyataan PERKASA : 

Tidak kurang dua kali setahun Ibrahim ke Sabah sejak 2009. Adakah berlaku apa-apa yang tidak diingini di Sabah ? Adakah beliau mengajak ahli Perkasa Sabah membakar Bible ? Membuat huru-hara ?

Ini adalah kenyataan PERKASA yang sombong lagi tidak sedar diri. Rakyat Negara Sabah harus faham bahawa setiap kenyataan yang keluar dari mulut Ibrahim Ali di tanah Semananjung adalah memberi impak negatif kepada masyarakat seluruh Malaysia. Perlu di ingat bahawa Ibrahim Ali juga telah banyak menyumbang kepada sifat benci membenci di kalangan masyarakat Malaysia. Jangan cuba lebarkan sayap untuk menanam sifat kurang ajar di kalangan masyarakat Sabah yang ternyata bertoleransi serta rasional yang tinggi berbanding dengan Semananjung.

Cubaan untuk mengharamkan Ibrahim Ali untuk masuk ke Sabah seharusnya jangan dipandang serong atau negatif. Pemimpin Sabah hanya mahu membuat yang terbaik kepada masyarakat untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian semua kaum terpelihara. Rata-rata rakyat Sabah juga tidak suka dengan Ibrahim Ali dalam membangkitkan isu Kalimah Allah.

Sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional Sabah tidak mengharamkan Ibrahim Ali untuk masuk ke Sabah atas dasar politik, rakyat Sabah seharusnya bawa batu tunggu di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu untuk merajam Ibrahim Ali untuk memperlihatkan bahawa masyarakat Sabah tidak suka akan kedatangan Ibrahim Ali.








No comments:

Post a Comment