Kisah hidup Pemuda yang bernama Malaya dan tiga madunya

 

 Kisah hidup Pemuda yang bernama Malaya dan tiga madunya iaitu bernama Singapura, Sabah dan Sarawak kini tidak lagi seakrab seperti dahulu.

Sebelum itu Malaya mempunyai tiga orang isteri iaitu yang ketiga adalah bernama Singapura seorang gadis kerdil dan comel . Pada 16 September 1963 mereka membentuk sebuah keluarga bernama 'Malaysia' .

Tetapi hubungan Malaya dengan Isteri ketiga iaitu Singapura hanya bertahan selama dua tahun iaitu tahun 1963 hingga 1965 sahaja ekoran Singapura telah mengetahui bahawa Malaya tidak menyintainya sepenuhnya dan hanya mempergunakan dia ini kerana Malaya tahu bahawa Singapura adalah seorang gadis yang cerdik akal .

Singapura menasihati madunya yang lain iaitu Sabah dan Sarawak tetapi mungkin kerana pujukkan si Malaya menyebabkan Sabah dan Sarawak yang ketika itu masih mentah lagi terus lena dengan rayuan Malaya.

Sekarang sudah 50 tahun Perkahwinan Malaya dengan Sabah dan Sarawak , pelbagai kontroversi dicetuskan oleh Malaya dan mungkin inilah yang dinamakan 'habis madu sepah dibuang' .

Segala harta pusaka Sabah dan Sarawak telah banyak dilaburkan untuk Malaya membuka perniagaannya seperti Petronas dan sebagainya.

Sekarang Malaya dengan lantang mencemuh untuk menukar segala 'status' Sabah dan Sarawak dan pelbagai hinaan serta cacian juga dileparkan kepada mereka berdua , andai mengetahui Sabah dan Sarawak mempunyai 'harta' maka mereka disayang kembali.

Bagaimana dengan nasib bekas isteri Malaya iaitu Singapura ? Singapura kini tampak lebih berjaya dan membangun dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa 'ganguan' daripada orang lain bahkan Singapura menjadi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaannya sendiri dan menguruskan segalanya lebih 'terlus' dan 'tanpa rasuah' .

Cik Singapura kini lebih selesa dan berjaya berbanding Sabah dan Sarawak.

Umpama menangisi sebuah 'kematian' , Sabah dan Sarawak terus dihina , dipinggir bahkan dipergunakan untuk mengaut keutungan berganda kepada Malaya sedangkan Sabah dan Sarawak terus dibiarkan sehelai sepingan.

16 September adalah bukan lagi tarikh ulangtahun yang mengembirakan kepada Sabah dan Sarawak kerana ianya telah berubah menjadi sebuah tarikh 'berkabung' daripada tarikh perkahwinan.

Sebelum itu , Sabah dan Sarawak telah membuat surat 'akujanji' yang meliputi pelbagai aspek sebanyak 20 Perkara tetapi ternyata ianya seperti melepaskan batuk ditangga .

Keinginan Sarawak serta Sabah untuk bercerai dengan Suami mereka semakin melonjak ekoran terlalu banyak 'parasit' seperti spesis katak dan yang lain menjangkiti Suami mereka Malaya , sering mengabaikan Nafkah yang seharusnya diberi kepada Isteri-Isterinya.

1 comment:

  1. huhu..tau xpe..setelah habis harta sabah sarawak dikorek dari bumi kami itu, kami dihina secukupnya.tapi tak mengapalah..kita tunggu dan lihat je kesudahannya..

    ReplyDelete