Latar belakang penubuhan persekutuan Malaysia

Pelarian dari Selatan Filipina telah diberi perlindungan di Sabah. Kuala Lumpur langsung tidak mengambil tindakan untuk menyekat kedatangan pendatang tersebut
 

1961-1963

Cadangan penubuhan Malaysia oleh Perdana Menteri Malaya, allahyarham Tunku Abdul Rahman telah diumumkan pada bula Mei 1961. Ketika itu, sebilangan besar rakyat (North Borneo) terperanjat tentang pengumuman itu di mana mereka tidak pernah menduga atau menyedari tanda-tanda perkembangan politik yang akan membawa ke arah itu. Orang-orang Borneo seperti North Borneo (Sabah), Sarawak dan Brunei telah tertarik dengan bayangan masa depan untuk mencapai kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. Mereka lebih senang dengan adanya pencapaian kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.

Walaupun beberapa cadangan telah dibuat untuk menyatukan kesemua wilayah British Malaya, Singapura, Brunei dan Borneo dalam gabungan, tetapi mereka tidak membayangkan untuk menjadikannya dalam konteks persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah menimbangkan ada baiknya supaya ketiga-tiga wilayah Borneo untuk membuat carta kuasa bersama, dan tidak perlu untuk bersama Malaya dan Singapura hanya untuk perpaduan dan kemajuan. Rakyat di ketiga-tiga wilayah telah lama menganggap dan berpendapat bahawa kuasa jajahan (colony) British akan membawa mereka ke arah kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.

Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, telah menjadi isu hangat dan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat Sabah sehinggalah timbulnya perselisihan faham dan sikap permusuhan. Donald Stephens telah memberi amaran "sekiranya North Borneo bergabung dengan Malaya, maka orang Malaya akan mengambil-alih jawatan-jawatan tertinggi". (News Straits Times, 19 Julai 1961).

Tetapi pada ketika itu juga, cadangan tersebut telah memperhebatkan perkembangan politik di Sabah. Dalam proses pembentukkan negara sejak bulan Mei 1961 dan sehinggalah Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 16hb. September 1963. Buat pertama kalinya rakyat Sabah menganggotai perbincangan politik secara diplomasi dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan.

Kandungan laporan IGC adalah rangka bentuk Malaysia sebagai sebuah negara. Jesteru itu, Sarawak dan Sabah telah menyatakan beberapa perkara penting untuk menjadi anggota Malaysia, iaitu laporan IGC mestilah mengandungi syarat-syarat serta perlindungan yang dikehendaki oleh kedua-dua wilayah tersebut sebelum mencapai persetujuan.

Kebanyakan syarat-syarat yang terkandung dalam "20 Perkara" telah dapat dipenuhi sepertimana yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan mestilah memenuhi segala syarat-syarat tersebut sekiranya kedua-dua wilayah tersebut menganggotai Malaysia.

Pada bulan September 1963, barulah disedari sebenarnya akibat cadangan penubuhan Malaysia. Cadangan Malaysia bukan sahaja menghapuskan penjajahan dari luar tetapi amatlah ketara sekali bahawa betapa hebatnya kemunculan penubuhan parti-parti politik di Sabah. Terdapat lima buah parti politik yang ditubuhkan setakat dalam tahun 1962. Dalam tahun 1961, UNKO telah ditubuhkan dan ianya sebuah parti yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum kadazan dipimpin oleh Donald Stephens. Kemudian parti UNKO telah bergabung dengan Pasok Momogun menjadi UPKO pada bulan Jun, 1964. Pari USNO (United Sabah National Organisation) telah pun ditubuhkan lebih awal pada bulan Disember 1961, yang dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu Harun. Kemudian beberapa lagi parti politk telah ditubuhkan seperti Democratic Party dan United Party yang mana kemudiannya telah diubah menjadi Sabah Chinese Association (SCA).

1963-1967

Untuk menyatukan "kaum melayu" di wilayah Borneo, telah mendorong penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Dengan itulah majoriti kaum melayu diberi jaminan apabila masyarakat melayu lebih ramai daripada masyarakat Cina. Jika sebaliknya, mungkin nisbah kaum dapat diseimbangkan sekirannya Singapura bersama-sama dalam Persekutuan.

Adalah penting bagi wilayah Borneo supaya dapat dipimpin oleh bumiputra islam untuk kesedaran dikalangan kaum masyarakat melayu. Dengan itu, Kuala Lumpur khususnya telah memainkan peranan yang sungguh licin dalam perkembangan politik di Sabah untuk menghasilkan seorang Ketua Menteri beragama islam. Di samping itu,  hubungan peribadi di antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Mustapha semakin erat dan itulah yang mempercepatkan lagi proses tersebut. Apabilah terdapat perselisihan faham di antara Tun Mustapha dengan Ketua Menteri (Donald Stephens), Kuala Lumpur selalu menyelebahi Tun Mustapha.

Donald Stephens telah menuntut hak samarata untuk bersuara dalam perlaksanaan Kerajaan Persekutuan dan mengasaskan serta mengkaji semula Perjanjian Malaysia. Sejajar dengan haluan Singapura, beliau telah menyokong dasar "Malaysia untuk Rakyat Malaysia" yang mana bertentangan dengan perjuangan perikatan UMNO. Tindakan tersebut telah dianggap sebagai ancaman kepada ketuanan UMNO. Kemudian, Donald Stephens pula ditumpaskan dengan manipulasi politik Kuala Lumpur. Syed Kechik pada ketika itu ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Penerangan dan Penyiaran, Senu Abdul Rahman, telah dipujuk oleh Tun Abdul Razak "Campur tangan" dengan politik Sabah.

Syed Kechik diberi ruangan untuk memainkan peranan sebagai perancang politik dan juga sebagai orang kanan Tun Mustapha supaya senang untuk mencari pengaruh dan memerhati perkembangan politik Sabah. Jelas sekali bahawa beliau adalah ejen kepada UMNO untuk merancang segala keadaan politik Sabah.

1967-1976

Kejayaan KL untuk memperolehi seorang Ketua Menteri beragama Islam iaitu Tun Mustapha menyakinkan cita-cita UMNO untuk mengembangkan politik kaum melayu di "wilayah baru" (termasuk Sarawak).

Di dalam hal penyatuan bumiputra, parti UPKO yang dianggotai oleh kaum Kadazan telah dibubarkan. Kegagalan Donald Stephens adalah disebabkan pengabaian beliau terhadap masyarakat cina dan terlalu menumpukan pembangunan orang-orang tempatan. Beliau langsung tidak terfikir ancaman daripada dominasi kaum melayu. Beliau kemudiannya telah memeluk agama islam dan kemudiannya dihantar sebagai Pesuruhjaya Tinggi.

Pada bulan Ogos 1971 sempena Kongress Kebudayaan Kebangsaan, UMNO telah menyuarakan visi untuk menghayati satu identiti kebangsaan, sebagai contoh; Bahasa melayu akan dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan kebudayaan melayu diserapkan sebagai asas utama dalam cadangan kebudayaan kebangsaan. Ia juga memperkukuhkan visi dominasi kaum melayu mahupun kepercayaan kebudayaan mereka. Tun Mustapha telah didorong untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Malaysia di Sabah. Pada tahun 1971, Artikel 161D dibawah Perlembagaan Persekutuan telah dimansuhkan. Penguatkuasaan tersebut telah menjadikan islam sebagai agama rasmi di Sabah. Nyata sekali bahawa kedua-dua akta tersebut bercanggah dengan apa yang terkandung dalam perlindungan 20 Perkara.

Pelarian Islam dari Selatan Filipina telah diberi perlindungan di Sabah. Kuala Lumpur langsung tidak mengambil tindakan untuk menyekat kedatangan pendatang tersebut.

Sungguhpun Tun Mustapha telah berusaha untuk mengembangkan islam serta menguatkan pengaruh islam di peringkat negeri, beliau juga cuba untuk membantu dasar-dasar luar negara disamping itu beliau juga terlibat sebagai saluran untuk membantu pengganas Moro. Cara pentadbiran serta semangat beliau untuk mengekalkan hak-hak negeri serta niat untuk mengeluarkan Sabah dari Persekutuan akan merugikan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh UMNO.

Cubaan KL untuk menyingkirkan Tun Mustapha dengan menarik balik segala kuasa beliau dan juga menawarkan jawatan di peringkat Kerajaan Pusat.

Akhirnya, Tun Mustapha telah berjaya ditumbangkan oleh Parti Berjaya yang disokong oleh Kerajaan Pusat. Parti Berjaya telah disokong kerana pemimpin-pemimpinnya akan bekerjasama serta mempertimbangkan segala permintaan KL.

1976-1985

Kekukuhan Sabah selama itu adalah dibawah pimpinan Harris Salleh. UMNO yang mempimpin Barisan Nasional telah berpuashati dengan wujudnya hubungan antara Sabah dan KL. Haris telah bersedia untuk mengekalkan hubungan itu asalkan jawatan beliau terjamin.

Hubungan secara peribadi ganjaran kepada hubungan erat, Berjaya telah mendapat sokongan kewangan serta perlindungan politik daripada Kuala Lumpur. Pada pilihanraya 1981, hampir kesemua barisan pembangkang Sabah yang lebih cenderung kepada Sabah (Pro-Sabah) telah dikalahkan. Kerusi Parlimen di Sabah telah dimenangi oleh Barisan Nasional.

Akibat terlalu banyak terhutang budi kepada pimpinan UMNO, Harris telah terperangkap dengan  menyerahkan kebanyakan hak-hak negeri (seperti ramai pegawai-pegawai daripada semenanjung) dan perkara-perkara seperti Borneonisasi, melonggarkan kuasa Imigresen dengan alasan pengwujudan intigrasi nasional, penyerahan Pulau Labuan dan sebagainya. KL sanggup "Timbul Tenggelam" dengan Berjaya sebagai satu jaminan.

Walaupun wujudnya ketidakpuasan hati di kalangan pengasas-pengasas terhadap kepimpinan Berjaya, namun BN yang dipimpin oleh UMNO sentiasa menyelebelahi Berjaya. Pada pilihanraya umum tahun 1985, keseluruhan anggota serta jentera BN telah diarah supaya membantu Berjaya untuk berkempen. Adalah jelas kelihatan bahawa tindakan yang amat genting untuk memelihara pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod baik dengan KL.

Setelah Berjaya ditumpaskan, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO telah jelas kelihatan untuk memberi sokongan kepada Berjaya-USNO untuk menghancurkan Kerajaan PBS. Berbagai-bagai taktik serta sumbangan pemimpin-pemimpin KL kepada parti-parti pembangkang di Sabah untuk melemahkan Kerajaan PBS.

Selepas pilihanraya umum tahun 1985, ianya jelas mahathir telah menafikan pengesahan Ketua Menteri sebenar di Sabah dengan sifat KL yang tidak merestui Kerajaan PBS pada masa itu. Walaupun rampasan kuasa oleh Tun Mustapha telah berlaku di Istana, mengiktirafkan kemenangan Datuk Pairin sebagai Ketua Menteri yang Sah.

"Formula Sabah" yang dirangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk berkongsi kuasa di antara PBS, USNO dan Berjaya adalah sebagai syarat KL untuk pengiktirafan pemerintahan PBS yang sah. Ianya juga kelihatan sebagai taktik untuk melemahkan kubu kuat PBS dan seterusnya menggunakan kekuasaan "Pecah dan Perintah" (Divide and Rule) untuk kebaikan KL. Tetapi Formula tersebut telah ditolak oleh PBS.

Selepas pilihan raya 1986, KL telah sedar bahawa PBS adalah sebuah parti yang sangat digemari oleh majoriti pengundi di Sabah. Jika terdapat sebarang rancangan untuk menumbangkannya adalah hampa dan tidak berkesan. PBS telah diterima masuk dalam Barisan Nasional bersama-sama dengan USNO. Kemasukan USNO dalam BN adalah sebagai alat untuk mengawasi keikhlasan serta kejujuran PBS. Di samping itu pula, Datuk Pairin juga masih kurang terkenal di kalangan orang-orang besar UMNO.

UMNO telah bercadang untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah pada penghujung tahun 1986 dan awal 1987 apabila disedari bahawa USNO bersendirian tidak akan dapat memperolehi kuasa serta menghidupkan semula dominasi politik Islam di Sabah. Walau bagaimanapun, langkash tersebut adalah sebagai percubaan dan telah dihentikan sebab masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh UMNO serta prosedur pentadbiran, krisis dalaman UMNO dan sebagainya.

UMNO yang memimpin BN telah banyak meragui kerajaan yang dipimpin oleh orang bukan Islam kerana khuatir Sabah akan terlepas daripada genggaman. Oleh itu, terpaksalah UMNO menguatkan gerakannya untuk keseluruhan dalam pandangan politik negara. Setiap gerakan yang dilakukan oleh PBS telah diawasi dan ditimbangkan mengikut kesesuaian serta kehendak UMNO dan BN.

Di bawah pentadbiran Pairin, PBS sering menyuarakan aspirasi rakyat tempatan berdasarkan kepada manifesto pilihanraya yang lebih mementingkan Sabah. Cara itu adalah bertentangan dengan kerajaan Harris Salleh. Pemimpin -pemimpin UMNO kurang senang hati dengan sikap Kerajaan negeri yang selalu mengamalkan kemerdekaan sendiri di mana akan mengugat kepentingan negara.

Setelah mengetahui kekuatan PBS adalah sokongan kuat daripada rakyat, maka berbagai-bagai taktik telah digunakan untuk mencemarkan PBS serta pemimpin-pemimpinnya; pemimpin-pemimpin PBS adalah rasuah, PBS anti-Islam dan anti Persekutuan, PBS hanya mementingkan orang-orang Kadazan/Dusun. Segala rayuan PBS kepada Kerajaan Persekutuan telah diketepikan. Manakala USNO sebagai pembangkang telah diberi layanan untuk memalukan Kerajaan PBS.

Walaupun segala rancangan untuk menumbangkan PBS telah dilakukan, tetapi PBS masih menang untuk penggal ketiga. Kepimpinan UMNO khususnya kurang mendapat perhatian daripada rakyat Sabah. Nyata sekali Mahathir tidak pernah memberi ucapan tahniah kepada Pairin. Manifesto pilihanraya PBS pada 1990 telah jelas sekali menentang kepentingan Kerajaan Persekutuan dengan menyuarakan lebih banyak tuntutan mengenai hak-hak Sabah. Ianya kelihatan sebagai cara untuk mendesak Kuala Lumpur.

UMNO terpaksa mencari jalan untuk mengawal politik Sabah. Dengan kemenangan PBS, peluang itu tipis. Walau bagaimanapun, KL terus menganiaya/mengancam pemimpin-pemimpin PBS dengan menggunakan ACA dan IRD dengan harapan tindakan tersebut dapat melemahkan PBS dan PBS akan tunduk kepada KL.

Tepat pada waktu itu, PBS telah keluar daripada BN (komponen Barisan Nasional) semasa pilihanraya parlimen, Oktober 1990. Keputusan untuk keluar BN tidaklah dilakukan tanpa pandangan serta pertimbangan yang sewajarnya. Iannya telah dilakukan berasaskan kepada aspirasi rakyat Sabah. Dengan serta-merta, UMNO telah mengumumkan tentang cadangannya untuk bertapak di Sabah. Cadangan itu telah dibuat dengan tujuan untuk berhadapan secara langsung dengan PBS dan menggunakan segala kuasa yang ada tanpa melibatkan pihak parti ketiga.

Peristiwa Selepas PBS Keluar Dari BN

Keputusan PBS untuk keluar daripada BN telah menambahkan lagi kemarahan Kerajaan Persekutuan dengan merancang lebih banyak penganiayaan kepada Kerajaan PBS dan pemimpin-pemimpinnya.

Cubaan untuk melemahkan Kerajaan PBS telah menimbulkan beberapa peristiwa seperti berikut:

Pertama, Dr.Maximus Ongkili sebagai Juru Perunding Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah, juga Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Pembangunan Sabah telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ianya telah disusuli dengan penangkapan Ketua Menteri, Datuk Pairin dengan tuduhan rasuah. Sebelum itu, Ketua Menteri telah dilucutkan daripada jawatan sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah dan juga sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tindakan Negeri. Ianya adalah aktiviti yang berhubung dengan Kerajaan Persekutuan dan Jawatan tersebut sepatutnya dipegang oleh Ketua Eksekutif Negeri.

Sebagai percubaan untuk mengkhianati imej Kerajaan negeri dikalangan umum, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bahawa ianya akan mengkaji tentang penyaluran peruntukan pembangunan kepada Negeri Sabah. Ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri Sabah telah diterajui oleh parti pembangkang. Sikap serta tindakan Kerajaan Persekutuan telah jelas kelihatan bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan.

Dalam percubaan untuk melemahkan ekonomi Sabah, Kerajaan Persekutuan telah menggunakan Lembaga Perindustrian Kayu Balak Malaysia (MTIB) untuk menguatkuasakan syarat-syarat mengeksport kayu bergergaji/balak. Pengharaman tersebut telah memberi kesan buruk kepada hasil pendapatan Sabah yang kira-kira 40% kepada hasil Sabah dan merupakan hasil sektor yang terbesar negeri. Kononnya tujuan pengharaman tersebut adalah untuk menghalang kegiatan menghabiskan kayu balak Sabah, tetapi pengharaman tersebut tidak dikenakan kepada negeri-negeri lain yang mengeluarkan balak seperti Sarawak dan Terengganu.

Tindakan tersebut telah melibatkan kerajaan Persekutuan secara langsung untuk campurtangan dalam hak istimewa Kerajaan Negeri seperti Perhutanan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) salah satu syarat Sabah untuk menubuhkan Malaysia.


Untuk menyeksa Kerajaan Negeri, Timbalan Perdanan Menteri, Encik Ghafar Bapa telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menjadi penjamin kepada Negeri Sabah untuk mendapatkan pinjaman dari Luar negeri.

No comments:

Post a Comment