Khairy Jamaluddin tidak setuju dengan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh tentang isu pelaksanaan CCRIS

 


Semalam negara di gemparkan dengan berita Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris. Hari ini melalui akaun twitter miliknya Ketua Pemuda ( Khairy Jamaluddin ) UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah  menyatakan bahawa beliau tidak setuju denga cara demikian seperti apa yang diilhamkan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

No comments:

Post a Comment