Suami pukul Isteri depan anak

 


Penjawat awam yang dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membelasah isterinya di dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam pada Isnin lepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang. 

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

No comments:

Post a Comment