Akjan : Saya bersedia menjadi Sultan Sabah


RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sabah berkata pencoroboh Suluk akan menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika beliau dilantik sebagai Sultan. Akjan memberitahu Suruhanjaya Diraja Siasatan ( RCI ) mengenai pendatang di Sabah bahawa Jeneral penceroboh tersebut, Agbimuddin Kiram dari Kesultanan Sulu, telah bertemu beliau sebelum serangan mereka ke atas Sabah.

Apabila Datu Agbi datang - pada bulan Februari jika tak silap saya - dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultannya ( Sabah ). " Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya menjadi Sultan," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Akjan berkata beliau kemudian memaklumkan perjanjian itu kepada pihak polis tetapi mereka tidak memperdulikannya. "Untuk menyelamatkan Sabah, saya bersedia untuk menjadi Sultan tetapi pegawai polis yang saya beritahu tentang perkara ini tidak memaklumkannya kepada pegawai atasannya," kata Akjan.

Ulasan penulis
  1. Dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultan Sabah
  2. Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas sabah jika saya menjadi Sultan
  3. Untuk menyelamatkan Sabah, saya bersedia menjadi Sultan
  4. Pegawai polis yang saya beritahu tentang perkara ini tidak memaklumkannya kepada pegawai atasannya
Kerajaan negeri Sabah tidak perlu tunduk kepada Akjan ! Kerajaan harus lucut kewarganegaraan Akjan dengan segera ! Akjan adalah musuh dalam selimut ! Akjan adalah ancaman kepada Sabah pada masa kini dan akan datang. Akjan adalah tali barut pengganas dalam senyap ! Apakah pengganas Suluk tidak akan menuntut Sabah jika Akjan menjadi Sultan ? Jangan jadi bodoh. Akjan adalah cara mereka untuk menakluki Sabah. Dengan menjadinya Akjan sebagai Sultan sekaligus Sabah telah dirampas bahkan telah menjadi milik Filipina pada masa tersebut. 

Akjan mungkin adalah sebahagian daripada dalang disebalik pencerobohan pengganas Suluk di Sabah ? Oleh kerana geram dengan polis tidak memberitahu tentang perkara tersebut kepada pegawai atasan maka misinya menjadi Sultan sekaligus telah gagal. Misi menjadi Sultan telah gagal ! Bayangkan betapa geramnya sesorang yang telah kemaruk menjadi ' Sultan ' tidak menjadi ? Mesti kemarahannya mengatasi akal warasnya sehingga memberi isyarat kepada pihak pengganas Suluk untuk menyerang Sabah dengan misi merampas Sabah dari Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Saya ( Akjan ) membuat perjanjian dengan mereka ( Pengganas Suluk ) bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya ( Akjan ) menjadi Sultan. Misi menjadi Sultan tidak menjadi ! Kerana dengan gagalnya misi menjadi Sultan maka pengganas Suluk tersebut melancarkan serangan ke atas Sabah. Cuba kita fikir sejenak ! Akjan itu asal usulnya dari mana ? Keturunan apa ? Apa tujuan Akjan mengangkat sumpah untuk menjadi Sultan ? Sekarang Akjan telah terikat dengan janji tersebut. Oleh kerana sudah terikat dengan sumpah janji maka misi akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah jangan hanya diam. Jangan terlepas pandang walaupun ia hanya sebutir pasir kecil. Betapa bahayanya ancaman yang dibawa oleh Akjan dengan kata-kata berikut " Saya bersedia menjadi Sultan ". Tuntutan pengganas Suluk pada masa akan datang mungkin tidak hanya berhenti disini sahaja kerana misi belum tercapai dengan menjadinya Akjan sebagai ' Sultan '.  Sebelum masalah menjadi teruk dan parah Kerajaan Malaysia haruslah menarik status kerakyatan Akjan terlebih dahulu.

Salahkah penulis melahirkan rasa kebimbangan keatas keselamatan negeri Sabah ? Salahkan penulis menuding jari keatas Akjan memandangkan apa yang telah dilakukannya ?

No comments:

Post a Comment