Sabah tersepit dengan isu PTI




 Apapun yang akan terjadi diluar sana tidak ada yang dapat kita lakukan selain daripada doa. Doa itulah yang paling penting.Syukur Malaysia masih dalam keadaan yang aman walaupun sistem demokrasi telah dicabuli dengan banyaknya penipuan oleh parti yang takut kalah. Tambahan pula pengendali Pilihan Raya terbabit dalam isu dakwat kekal yang dikatakan kekal tetapi ternyata ia hanyalah pewarna makanan yang menampung kos yang begitu banyak. Ambil pengajaran dan pandang ke Mesir seketika dan renung-renungkan sejenak. Itulah rakyat yang berjuang mempertahankan demokrasi yang dirampas daripada pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Harap perkara tersebut tidak akan pernah berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Pemimpin Malaysia masa kini dari pihak Kerajaan mahupun Pembangkang  harus jadikan kes yang berlaku di Mesir sebagai pengajaran dan modal untuk berubah kerana sesungguhnya rakyat tidak takut mati demi mempertahankan demokrasi yang dicuri dari tangan rakyat.

Satu ancaman kepada Sabah pada masa kini ialah pendatang tanpa izin yang semakin berlambak di negeri Sabah. Tambahan pula Akjan telah menyatakan bahawa beliau telah bersedia menjadi Sultan Sabah. Satu ancaman yang bahaya ke atas negeri Sabah. Perkara dan kes yang di hadapi oleh Mesir kini tidak mustahil akan terjadi sekiranya Akjan dibiarkan dengan begitu sahaja. Kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan Malaysia haruslah jangan memandang remeh atas kenyataan Akjan yang nampak nyata membawa ancaman ke atas negeri Sabah. Dalam diam Akjan kini mungkin sedang mengatur langkah untuk maju ke depan dengan taktik kotor. Dalam hal ini penulis tidak berbicara tentang demokrasi di Mesir mahupun demokrasi di Malaysia tetapi berbicara tentang perang yang harus dihadapi oleh rakyat negeri Sabah sekiranya tindak tanduk Akjan tidak diperhatikan dengan teliti dari semasa ke semasa. Penulis tidak berharap perang itu terjadi tetapi meramalkan ia pasti akan berlaku sekiranya kerajaan Malaysia berlaku lalai dalam hal ini.

Salahkah penulis melahirkan rasa kebimbangan atas keselamatan negeri Sabah ? Salahkah penulis menuding jari ke atas Akjan memandangkan apa yang telah dilakukannya sebelum ini ?

No comments:

Post a Comment