Penyakit ' SELFIE ' melarat di kalangan pemimpin tertinggi

 

Tidak terkecuali, pemimpin tertinggi juga gemar tangkap gambar ' Selfie '. Jadi apa masalahnya ? Tak ada masalah sebenarnya. Saja Pakis Monyet nak kongsi dengan pembaca tentang penyakit yang dinamakan selfie. Selfie itu apa ? Selfie itu bermaksud tangkap gambar tanpa bantuan daripada orang lain.

* Selfie mesti sorang. Kalau lebih dari seorang ? Pakis Monyet tak tahu nak panggil apa. Rasanya  ' Wefie ' kot . . .

NGO Islam mahu ' ban ' penggunaan BM dalam gereja ?


 

Dalam Kristian di Malaysia terdiri dari banyak etnik-etnik yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing, sekiranya sesuatu program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak Gereja dan akan dihadiri oleh pelbagai etnik yang bukan islam di Malaysia bagaimana mereka boleh saling berkomunikasi (berbual) jika mereka asyik menuturkan bahasa etnik masing-masing? Tentunya mereka memilih untuk menggunakan satu bahasa yang boleh dimengertikan oleh semua etnik yang ada di Malaysia.

Menggunakan Bahasa English tidak semestinya dapat menyelasaikan masalah mereka di atas, kerana tidak semua kaum Cina, India, Orang Asli di semananjung, Bumiputera dari Sabah Sarawak dan Etnik Siam di utara semananjung atau kaum Baba Nyonya di Malaka fasih berbahasa English. Satu-satunyanya jalan untuk menyelasaikan masalah mereka itu adalah dengan menggunakan bahasa Malayu yang juga merupakan bahasa rasmi Negara Persekutuan Malaysia.

Sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Malayu itu telah dipaksa untuk dipelajari oleh anak-anak semua etnik yang ada di negara ini asalkan mereka rakyat Malaysia. Dan paksaan untuk mempelajari bahasa Malayu itu jelas kelihatan bermula dari peringkat Pra sekolah lagi sehinggalah ke peringkat Universiti. Malahan salah satu syarat utama untuk mendapat sijil penuh dalam SPM adalah lulus Bahasa Melayu, demikian juga untuk syarat-syarat memohon jawatan atau kenaikan jawatan dalam perkhidmatan awam yang mana memastikan seseorang itu mesti mandapat kepujian atau setidak-tidaknya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malayu. Di peringkat Parlimen pula para wakil rakyat dimestikan fasih berbahasa dan berdebat dalam bahasa Malayu.

Dalam Perlambagaan negara pula telah memperuntukkan bahawa Bahasa Malayu itu adalah bahasa rasmi untuk negara ini yang bermaksud bahasa itu mesti dituturkan oleh segenap lapisan rakyat di negara ini di mana-mana saja termasuk di dalam rumah-rumah ibadat seperti Masjid, Gereja,Kuil dan sebagainya. Sekiranya pihak kerajaan bersetuju dengan cadangan pihak ekstrimis Malayu Islam yg selama ini sudah banyak mempengaruhi pemimpin negara untuk melarang pihak-pihak tertentu menggunakan beberapa perkataan malayu yang berasal dari sebutan arab, Ini akan membawa kepada rasa tidak puas hati etnik-etnik lain yang sudah ditipu untuk mempelajari bahasa malayu selama ini. Sekiranya niat ISMA itu diteruskan oleh kerajaan, ada baiknya kedudukan bahasa Malayu sebagai bahasa rasmi sepertimana yang tercatat dalam Perlambagaan Malaysia digugurkan, ini perlu agar bahasa-bahasa utama dunia yang lain seperti English dapat dijadikan sebagai bahasa pengantaraan pelbagai etnik yang ada di Malaysia.

Guna Binti dan Bin di Sabah dan Sarawak ? Apa yang pelik ?



Guna Binti dan Bin di Sabah dan Sarawak ? Apa yang pelik ? Memang ada yang pelik kerana banyak Melaya yang meracau mengulupur macam cacing kepanasan. Salam Good Friday untuk para penganut Agama Kristian dan salam 1 Malaysia. Walaupun cuti umum sudah berlalu tetapi bahang Good Friday masih ada.Selamat menyambut Good Friday.

Kepada mereka yang mengambil cuti selama satu minggu ( Cuti seminggu ? Biar betul ? Syukurlah dapat cuti seminggu . . . )  sempena Good Friday selamat bercuti. Nikmatilah cuti anda sepuas-puasnya dan jangan lupa jaga diri.

Di Melaya sering mengatakan kenapa perlu sambut Good Friday ? Malaysia negara Islam, kenapa sambut Good Friday amalan kafir laknat dari Israel ? Kepada pembaca dari Melaya tidak perlulah beria-ia mengatakan kepada Pakis Monyet bahawa ' Bukankah Malaysia negara Islam ', hal ini hanya terpakai dalam Persekutuan Tanah Melayu dan tidak ada kaitan dengan Sabah dan Sarawak.

Persekutuan Tanah Melayu dan Negara Persekutuan Malaysia adalah dua perkara yang berbeza.Untuk lebih jelas sila rujuk kembali Perkara pertama tentang Agama rasmi di Sabah dan Sarawak ' Perkara 18/20 Negara Sabah dan Negara Sarawak ' dimana perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu dalam ' Usaha ' memujuk Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju membentuk sebuah Negara Persekutuan yang dipanggil sebagai Malaysia.

Baiklah, berbalik kepada topik utama ' Guna Binti dan Bin di Sabah dan Sarawak ? Apa yang pelik ? ' tetapi sebelum itu Paku Pakis terlebih dahulu memohon maaf kepada sesetengah pembaca kerana isu persoalan ini bukanlah untuk mempertikaikan sesuatu perkara tetapi Pakis Monyet hendak bawa anda semua memahami serta melihat apa sebenar yang ada di Sabah dan Sarawak.

Banyak orang yang keliru tentang isu ini.Disini Pakis Monyet tidak menyalahkan anda kerana isu ini adalah kesilapan besar sistem pendidikkan malaysia semenjak penubuhan Negara Persekutuan Malaysia.

Kenapa Pakis Monyet berkata demikian, ini kerana Pakis Monyet telah melalui sistem Pendidikkan yang banyak mengajar atau mendidik para pelajar hampir 95% sejarah dari Tanah Melayu manakala tentang Sabah dan Sarawak hanya boleh dibahagikan kepada 2.5% saja.

Nampaknya Pakis Monyet sudah tersasar jauh dari topik utama kerana mungkin mengalami sakit Puan bila ditanya bertubi-tubi dengan soalan yang sama setiap hari ( Alahai, bang salah pancut ke ? Dah jauh tersasar bang ! Ehemm, mesti fikir bukan-bukan ? Sah otak kuning . . . .)

Ronny Harun pemain bola sepak pasukan Sarawak yang cukup lincah asal kelahiran Sabah. Selalunya perkara pertama yang ditanya oleh kebanyakkan ' Malayan' ( Warga Melaya kebanyakannya selalu berfikiran kolot macam Datuk Zulkifli Noordin, Dato' Ibrahim Ali dan banyak lagi . . . ) adalah pandangan luaran serta namanya , seperti Ronny Harun yang bertatu dan namanya juga ada mirip ' Kemelayuan ' sehingga ramai yang membuat spekulasi tertentu bahkan ada yang menjadi Uztad ( Bodoh Bin Bengang ) dan Uztadjah ( Kolot Binti Kuno ) dalam kadar segera tanpa membuat semakan biodata pemain tersebut.

Bukan Ronny Harun seorang saja yang kena.Lagi seorang pemain Sarawak iaitu Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan yang juga mengangotai pasukan bola sepak Malaysia pernah diselubungi spekulasi dikatakan ' kafir ' bahkan dituduh sebagai seorang yang telah ' murtad '  mungkin ketika itu hos bolasepak mengulas serta lebih senang memanggilnya sebagai Putera.

 


Pakis Monyet kesian dengan  Putera Nadher Amarhan / Junior Eldstal yang terpaksa membuat pengesahan untuk menjelaskan status agamanya. Malaya memang Melaya. Kolot sangat. Dahlah kolot cara berfikirpun terkebelakang. Sangat kuno.

Agaknya kenapa Putera Nadher Amarhan / Junior Eldstal buat demikian ? Cuba teka ? Yalah, terpaksa buat pengakuan kerana Malaysia memang pelik sikit terutama sekali orang Melaya. Kalau tidak buat kenyataan mesti teruk dihina,dimaki oleh pengikut ajaran dari padang gurun dari Malaya ( Janganlah marah dengan Paku Pakis. Memang betulpun Islam bermula dari padang pasir. Paku Pakis bukan menghina tetapi itulah kenyataan . . . )

Dari Sabah dan Sarawak tidak ada yang mengutuk ke ? Kenapa Melaya saja yang dikutuk ? Orang dari Negara Sabah dan Negara Sarawak memang faham bahawa guna nama atau mirip nama Melayu atau guna ' Bin / Binti ' tidak ada masalah. Dan yang pastinya tidak ada yang mengutuk bukan macam orang Malaya.Di Sabah dan Sarawak guna ' Bin / Binti ' atau nama mirip nama Melayu tidak ada kaitan dengan agama. Guna ' Bin / Binti ' atau nama mirip nama Melayu tidak semestinya beragama Islam.

Berbalik kepada kes Junior Eldstal. Junior Eldstal tidak menggunakan namanya Putera Nadher Amarhan kerana berkemungkinan nanti rakyat ' Malaysia ' khususnya dari Malaya akan keliru ( ? ). Oleh yang demikian Pakis Monyet tidak akan panggil Junior Eldstal sebagai Putera Nadher Amarhan kerana Putera Nadher Amarhan lebih suka dipanggil dengan nama Junior Eldstal.

 
Junior Eldstal / Putera Nadher Amarhan

Guna nama mirip nama Melayu atau guna ' Bin / Binti ' , rasanya orang Sabah dan Sarawak tidak akan melihat ia sebagai satu fenomena pelik. Yang menganggap ia sebagai pelik adalah orang yang kolot lagi kuno terutama sekali yang memperjuangkan ' Ketuanan Melayu ' ( Kaum Melayu saja ke yang ada di Malaysia ? Pakis Monyet memang penat dengan perangai Malaya. Asyik-asyik Ketuanan Melayu. Janganlah anggap Malaysia milik Melayu saja. Malaysia tidak akan wujud jika Sabah dan Sarawak tidak bersetuju membina sebuah Nagara Persekutuan. )

Nasihat dari Pakis Monyet kepada para pembaca dari Melaya, sila bertanya kepada orang Sabah dan Sarawak tentang status agama dan budaya mereka.Jangan terus lempar tomahan dengan maksud menghina hanya gara-gara nama Melayu yang tidak mencerminkan seseorang yang beragama Islam. Jangan terkejut jika anda ada kawan dari Sabah mahupun dari Sarawak yang bernama Melayu dan menggunakan ' Bin / Binti ' dan tiada tanda perkataan Islam dalam ' Kad Pengenalan '. Sila rujuk Perkara  18/20 Sabah dan Sarawak perkara pertama.

 

Inilah akibatnya bila ramai orang Melaya yang beranggapan bahawa nama dan pengunaan ' Bin / Binti ' dibangsakan. Paku Pakis ada jiran sebelah rumah terpaksa tukar nama kerana tidak boleh buat surat beranak anak gara-gara nama ibu dan bapa beragama Kristian menggunakan nama mirip Melayu dan ' Bin / Binti ' dalam Kad Pengenalan mereka. Betul-betul sistem Malaysia menyusahkan. Jiran Paku Pakis terpaksa turun naik Mahkamah urus sana sini. 

Nak tahu sejarah ringkas tentang penggunaan ' Bin / Binti ' ? Berikut merupakan sejarah ringkas ' Bin dan Binti.

 

Isu ini memang serius dan menyusahkan. Serius dan menyusahkan ? Berikut merupakan keratan akhbar tempatan yang melaporkan tahap kronik masalah penggunaan ' Bin / Binti ' dalam kalangan bukan orang Melayu / Islam.

 

Siapalah JPN nak halang perkahwinan orang ? Sistem Malaysia memang teruk bukan ? Bin dan Binti bukan hanya untuk Islam saja.

 

Bila masalah ini akan selasai ? Masalah ini masih berlarutan di Sabah. Kalau di Sarawak bagaimana ? Pakis Monyet tidak tahu. Mesti kerja UMNO nak menyusahkan orang Sabah dan Sarawak. Bukannya senang nak turun naik JPN / Mahkamah. Semua menggunakan duit. Terbang duit beribu-riban nak urus masalah remeh-temeh.




Pelajar tahfiz mati gara-gara makan mi segera


 

Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat Kuala Nerang, Kedah meninggal dunia selepas makan mi segera malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mi segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain.

Rakan mangsa, Mohamad Hisham  Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.

Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa bilik itu.

"Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mi segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus, berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Katanya, mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu sejak tiga tahun lalu dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun.

Beliau berkata, allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan sepanjang belajar di sekolah itu beliau tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius.

Ketua Polis Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan maut di Perak


 

Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami kecederaan parah.

Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelummemulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.

Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu.

Rakyat Malaysia setiap hari dapat hadiah ' KEJUTAN '


 

Hampir setiap hari kami, rakyat Malaysia mengalami sindrom kejutan, lutut mengeletar dan badan lemah. Antara saat-saat yang paling ketara ialah ketika:

1. Mahkamah  memutuskan bahawa ‘pembunuh’ Altantuya tidak bersalah dan terlepas dari hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan sebelum ini, Rakyat Malaysia terkejut, lutut mengeletar dan badan lemah kerana sedar pembunuh Altantuya masih bebas hingga kini.

2. Membeli cincin bernilai RM24juta hasil tabungan sejak kecil. Siapa yang tidak akan terkejut mahupun lutut mengeletar dan terasa lemah membaca berita sebegini.

3. Dalam kekalutan politik negara yang cacamerba ini, Menteri Besar Terengganu juga sempat memberikan kejutan apabila mengetuai ekspedisi ke Antartika yang menelan kos sebanyak  RM846,328.26. Lemah lutut!

4. Kejutan yang lebih hebat ialah kapal selam Scorpene yang tidak boleh selam dan kemudian dapat diselamkan. Dan kejutan bertambah parah apabila berlakunya krisis MH370, kapal selam ini tidak dapat digunakan untuk operasi mencari sedangkan Britain menggerakkan kapal selamnya TMS Tireless. Katakan pada kami siapa yang tidak akan terkejut lalu lutut mengeletar dan badan lemah akibat memikirkan sedalam-dalamnya bagaimana sebuah kapal selam ‘second hand’ dibayar sebanyak USD580 juta tersadai tanpa apa-apa faedah kepada negara saat dilanda krisis.

5. Tidak cukup dengan kejutan ini, pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri membuat kenyataan secara langsung bahawa pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi. Rakyat Malaysia terkejut, lutut mengeletar dan terasa lemah untuk menerima hakikat ini. Namun beberapa hari kemudian sepupunya pula membuat kejutan bahawa Perdana Menteri hanya mengatakan hilang dan bukannya terhempas di Lautan Hindi. Hilang di Lautan Hindi? Dibawah Kerajaan Umno BN ini agakanya Lautan Hindi pun mungkin boleh hilang! Namun, ini belum lagi mengambil kira kejutan demi kejutan yang diberikan oleh pasukan tentera, polis dan imigresen dalam mempertahankan kredibiliti mereka. Hampir setiap hari rakyat yang mengikuti siaran langsung sidang media kerajaan dan agensi Malaysia melibatkan operasi mencari MH370 terkejut, lutut mengeletar dan badan lemah mendengar kenyataan dan cara mereka bersoal jawab dengan media antarabangsa.

6. Kes Ibu beragama Hindu yang menjadi mangsa aniaya suami mualaf dan sistem kehakiman syariah dan keengganan Polis untuk membantu mendapatkan kembali anak dibawah jagaan Ibu berkenaan yang diculik oleh bapanya juga mencetuskan kejutan. Lutut mengeletar dan badan lemah apabila Menteri Dalam Negeri mempertahankan keengganan polis bertindak. Islam itu adil. Islam itu syumul. Tapi jika dilihat reaksi Menteri Dalam Negeri dan sikap berdiam diri agensi agama Islam di negara ini maka seolah-olah penculikan itu dihalalkan dalam Islam. Terkejut, lutut mengeletar dan badan lemah memikirkan nasib Islam dibawah regim Umno.

7. Kejutan istimewa buat rakyat Sabah apabila perairan Sabah dicerobohi dan penceroboh menculik seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort yang berasal dari Filipina. Lemah badan apabila mengetahui bahawa Esscom yang diberikan peruntukan sebanyak RM200 juta dan peruntukan tambahan RM75 juta dalam Bajet 2014 serta RM11 juta lagi untuk baik pulih 65 pos keselamatan nyata gagal memberikan perlindungan yang sewajarnya.

8. Hampir saban hari setiap seorang rakyat Malaysia diberikan kejutan, buatkan lutut kami mengeletar dan badan lemah. Belum lagi mengambil kira kejutan-kejutan lain seperti pemotongan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, kenaikan kos sara diri. Malah tiada kudrat untuk berbicara tentang cukai GST yang memiskin rakyat ini. Lutut mengeletar dan badan lemah apabila mendengar berita bahawa rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April 2014.

Selama enam dekad hidup di bawah regim Barisan Nasional ini, hampir setiap hari rakyat marhaen lemah badan untuk menerima pelbagai macam kejutan. Agaknya, esok lusa apa pula kejutan yang bakal diberikan oleh pentadbiran Najib Tun Razak ini.

Hancurnya institusi Malaysia ?!

 
Satu ketika dahulu, Malaysia dikenali dengan institusinya – perkhidmatan awam yang memudahkan pembangunan pesat daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem kehakiman baik mengikut Komanwel dan tentera yang mengalahkan pemberontakan komunis.

Hari ini selepas 50 tahun sebagai sebuah negara, dari Perlis ke Sabah apa yang kita lihat adalah kebodohan dan ketidakcekapan, kehancuran kepada institusi Malaysia.

Peguam negara kini menyerahkan kes-kes besar kepada peguam Umno; ketua polis negara (KPN) mengetuai organisasi yang tidak melakukan apa-apa apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan; Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kehilangan kredibiliti dan maruah tentera udara kini hilang.

Jadi kepada siapa rakyat Malaysia boleh mengadu apabila memerlukan?

Kelihatan semuanya tidak boleh diharapkan. Sedih tetapi inilah kebenarannya.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac dengan 239 orang di dalamnya mengesahkan sesuatu yang rakyat Malaysia mengesyaki sejak dahulu lagi. Tiada meritokrasi dan pemikiran dalam perkhidmatan awam.

Pihak berkuasa, daripada menteri ke bawah masih belum menjelaskan apa yang berlaku semasa saat-saat penting selepas MH370 didapati hilang. Laporan televisyen CNN dan BBC semalam menunjukkan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak soalan itu.

Bolehkah sektor penerbangan awam mempercayai DCA untuk melakukan perkara betul dengan serta-merta selepas penerbangan yang hilang daripada skrin radar? Mengapa tidak tentera udara diberitahu mengenai pesawat hilang?

Mengapa tidak pembuat kapal terbang Boeing diberitahu dengan serta-merta? Mengapa tiada kawalan trafik udara bertindak balas terhadap rakan-rakan Vietnam mereka apabila diberitahu tiada hubungan dengan Boeing 777-200ER yang sedang dalam perjalanan ke Beijing?

Mengapa senyap?

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga perlu menjelaskan bagaimana mereka mempertahankan ruang udara negara sepanjang hari. Memang benar kita mempunyai lelaki dan perempuan berpakaian seragam yang berani, tetapi blip misteri bergerak dari timur ke barat langsung tidak dapat dikesan.

Langsung tidak dialu-alukan oleh radio, apa lagi untuk menghantar jet untuk menyemak blip itu. Atau bertanya kepada DCA atau pengawal trafik udara jika mereka turut melihat blip itu.

Apakah TUDM mempunyai jet pejuang yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga? Berapa banyak yang boleh digunakan selain daripada yang sering ditayangkan dalam perbarisan, pertunjukan udara dan perlumbaan F1?

KPN pula memainkan peranan sebagai kaunselor kepada pasangan bercerai daripada menguatkuasakan undang-undang selepas bekas suami menculik anak lelakinya daripada isteri yang mendapat hak penjagaan.

Adakah KPN atau sesiapa sahaja dalam pasukan polis tahu undang-undang dan kesalahan yang dilakukan, atau mereka membuat kesimpulan terdapat konflik dalam undang-undang sivil dan syariah  menyebabkan mereka tidak dapat mengambil tindakan?

Bolehkah sesiapa sahaja menggunakan agama dan melepaskan diri daripada jenayah? Bagaimana orang ramai mahu mempercayai polis untuk menguatkuasakan undang-undang dibuat oleh penggubalnya yang dipilih oleh rakyat?

Di mana peguam negara dalam kes ini? Apakah terlalu penting untuk ke London bagi menyiasat siapa yang mempunyai hak kepada kotak hitam MH370 sebaik sahaja ditemui daripada kekal dalam negara dan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa atau mengambil tindakan kepada lelaki yang menculik anaknya daripada isteri yang mendapat hak penjagaan di sisi undang-undang?

Atau menggunakan khidmat luar peguam Umno – daripada mempertahankan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam semakan undang-undang oleh DAP kepada mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan liwat.

Apakah keputusan peguam negara untuk menggunakan khidmat luar merupakan pengesahan dan pengakuan bahawa tiada lagi bakat dalam Pejabat Peguam Negara yang boleh dipercayai untuk membuat kerja?

Dan apakah masih ada bakat dalam perkhidmatan awam, pasukan polis dan tentera?

Malaysia pernah mempunyai perkhidmatan awam dicemburui ramai – daripada menghapuskan kemiskinan dan tindakan afirmatif kepada perindustrian serta badan kehakiman dan pendakwaan yang dihormati.

Mereka berjaya melakukannya pada ketika itu dengan sumber dan tenaga yang lebih sedikit daripada sekarang.

Hari ini, Malaysia mempunyai perkhidmatan awam, pasukan polis, tentera dan pendakwaraya yang lemah. Ini merupakan kehancuran institusi yang membentuk negara menjadi harimau Asia satu ketika dahulu.

Kita mungkin memerlukan satu lagi generasi untuk memperbaiki institusi-institusi ini. Atau ia hanya tinggal harapan seperti mengharapkan satu lagi ping dari Lautan Hindi ?

' Fresh Graduate ' bergelut kos sara hidup tinggi



Majoriti graduan baru yang berpendapatan purata gaji RM2,500 sebulan sedang bergelut untuk hidup, dedah tinjauan syarikat pencari pekerjaan atas talian, Jobstreet.Tinjauan yang dijalankan bulan lepas itu melihat 2,062 graduan baru daripada pelbagai industri yang disoal tentang pendapatan dan perbelanjaan mereka.

Jobstreet melaporkan bahawa 77% responden berkata pendapatan mereka tidak memberi ruang untuk simpanan selepas berbelanja untuk kepentingan asas, dengan 63% responden mengatakan kepentingan tersebut termasuklah kereta dan pinjaman pendidikan, yang menjadi komitmen utama mereka.Disebabkan kenaikan harga minyak, ramai responden mengatakan kos pengangkutan juga termasuk dalam perbelanjaan utama mereka.

Jobstreet melaporkan 63% responden membelanjakan purata RM1,500 gaji mereka untuk kepentingan ini.Untuk menjimatkan kos, hampir separuh graduan baru yang ditinjau berkata mereka tinggal di rumah ibu-bapa mereka, 30% menyewa dengan rakan manakala 20% lagi tinggal bersendirian, lapor Jobstreet.

"87% responden mengaku mereka tiada pendapatan lain selain gaji bulanan mereka."Ini sebabnya graduan baru meminta gaji lebih daripada purata dalam temuramah pekerjaan."Tinjauan tersebut juga mendedahkan 60% responden berkata mereka menjangkakan gaji RM3,500 untuk pekerjaan pertama mereka manakala 30% menjangkakan sebanyak RM6,500 untuk gaji permulaan mereka.

Bagaimanapun, 66% majikan memaklumkan Jobstreet mereka hanya bersedia untuk menawarkan graduan baru gaji permulaan antara RM2,500 dan RM2,800, bergantung kepada kelayakan mereka.Oleh itu, Jobstreet mengatakan ia tidak hairan graduan baru sentiasa mencari pekerjaan baru dengan gaji yang lebih tinggi.

"Ini mewujudkan 'turnover' yang tinggi dalam syarikat berpengalaman yang mengambil graduan baru berkerja, kerana mereka sedang cuba menampung kos sara hidup yang semakin meningkat," kata Jobstreet.Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, Putrajaya mengumumkan beberapa langkah, sebahagian daripada tujuan rasionalisasi subsidi.

Pertamanya harga minyak meningkat, menyebabkan kos barang dan perkhidmatan meningkat.Kemudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Putrajaya akan berhenti memberi subsidi gula, yang meningkatkan lagi harga barang.Tarif elektrik juga meningkat dan rakyat semakin marah apabila Putrajaya mencadangkan peningkatkan kadar tol.

Pada malam tahun baru, beribu rakyat Malaysia yang marah berkumpul di Kuala Lumpur dan berjalan ke arah Dataran Merdeka.Mereka menyuarakan kemarahan mereka dengan kos sara hidup yang meningkat semasa Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai pembaziran dan kebocoran dalam sektor awam.

Ketuanan Melayu pembawa SIAL kepada Sabah dan Sarawak


1.         Kebangsatan Siulan Ketuanan Sialan

SAYA bukan orang politik. Saya juga bukan pemidato terbaik tentang konsep agung mendalam nasionalisme dan masyarakat manusia. Tetapi, andai kata seluruh 1.67 juta penduduk asal North Borneo (Sabahan) berkumpul di suatu dataran yang luas, dan saya diminta untuk memberikan pidato umum, nescaya saya akan menyampaikan suatu paradigma tentang apa itu ‘kebangsatan siulan ketuanan sialan’ yang berhubung dengan serangan paling kejam Malaya kotor terhadap ‘tradisi budaya dan warisan bangsa’ leluhur darah Sabahan.

Perlu ditegaskan, bahawa titik permulaan dari pengembaraan kehidupan muram yang suram warisan bangsa Sabahan dapat ditemui, iaitu semenjak pemecahan pemimpin pendiri negara Sabah dalam erti kata Parti Berjaya pimpinan arwah Tun Fuad Stephens, yang juga merupakan parti politik, yang menjadi proksi kepada Malaya kotor, dapat menggulingkan Parti Usno pimpinan arwah Tun Mustapha Harun pada tahun 1976, dan semenjak dari hari itulah warisan bangsa Sabahan terus diselimuti kebodohan dan diikat oleh kehambaan kepada ketuanan Malaya kotor.

Sesungguhnya, hanya jika kebodohan dan kehambaan kepada ketuanan Malaya kotor dapat diputuskan, maka arus pengembaraan kehidupan muram yang suram warisan bangsa Sabahan kemungkinan akan berhenti dan berakhir. Kalau tidak, nescaya seluruh generasi warisan bangsa Sabahan di masa yang akan datang, bukan sahaja akan terus dijerut kehidupan dalam kemiskinan yang mengerikan, bahkan bakal menuai badai pemusnahan besar-besaran terhadap tradisi budaya dan warisan bangsa yang menjadi memori leluhur masa silam Sabahan.

Dengan kata lain, segala kuasa politik dan segala hak ekonomi negara Sabah selamanya akan menjadi milik mutlak orang-orang asing yang dicipta menjadi melayu baru, iaitu dari kalangan orang-orang asing pelbagai bangsa; pelbagai negara; dan pelbagai bahasa yang mendadak dijadikan penduduk negara Sabah, angkara IC Projek longkang Malaya kotor. Sesungguhnya, ia begitu amat menyedihkan kerana warisan bangsa Sabahan sedang dalam posisi yang kalah untuk dihapuskan.

2.         Aspirasi Asal Penubuhan Malaysia

Pemusnahan memori leluhur Sabahan diadun dengan seribu juta ungkapan malang, lantaran terdapat Sabahan sendiri yang menekankan perkataan “tiada bukti Sabah sebuah negara” kononnya, dan yang lebih parah lagi, adalah Sabahan sendiri yang tidak mahu mengakui kedaulatan Perjanjian 20 Perkara (20P) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai asas pertama kepada kewujudan Malaysia, yang juga menunjukkan bahawa mereka telah gagal untuk memahami empat aspirasi asal, iaitu matlamat besar penubuhan Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Cobbold:

1.  Bergabung untuk menyekat pengaruh komunis;

2.  Bergabung untuk mengimbangi jumlah penduduk;

3.  Bergabung untuk meningkatkan kemajuan ekonomi; dan

4.  Bergabung untuk mempercepat kemerdekaan Borneo.

Dengan ungkapan lain, bahawa mereka yang tidak mahu mendaulatkan 20P dan MA63, adalah mereka yang tidak berhak untuk memanggil diri mereka sebagai warganegara Sabah dalam Malaysia; sebagai warganegara Sarawak dalam Malaysia; dan sebagai warganegara Malaya dalam Malaysia, yang dibentuk bersama pada 16 September 1963. Oleh itu, hanya Sabahan; hanya Sarawakian; dan hanya Malayan yang serius dan dedikasi dalam usaha mendaulatkan 20P dan MA63 yang layak memanggil diri mereka sebagai Malaysian Society.

Sesungguhnya, perbuatan Sabahan sendiri yang enggan mengakui kedaulatan 20P dan MA63, yang percaya kepada doktrin Malaya kotor, yang kononnya Malaysia itu merdeka pada 31 Ogos 1957, dan lagi kononnya Sabah Sarawak hanya masuk Malaysia untuk menjadi negeri dan wilayah Malaya kotor yang ke-12 dan ke-13 atas nama Malaysia pada 16 September 1963, secara benarnya Sabahan dan Sarawakian yang semacam itu tidak mampu memahami erti tepat konsep nasionalisme dan patriotisme Borneo yang sejati dan murni.

3.         Konsep Nasionalisme dan Patriotisme Borneo

Betapa pengamal politik Sabah dan Sarawak sebenarnya telah gagal untuk memahami, bahawa untuk menjadi nasionalis yang sejati dan murni mestilah melihat masalah penduduk asal Borneo secara terbuka dan jelas dengan kaca mata keazaman patriotisme, iaitu nasionalisme mesti menang untuk melindungi ruang hidup setiap penduduk asal negara Sabah dan negara Sarawak dari pencerobohan kuasa luar.

Justeru, tatkala nasionalisme berfungsi untuk melindungi penduduk asal Borneo dari pencerobohan kuasa luar, maka keazaman patriotisme adalah untuk memenuhi keperluan dalaman penduduk asal Borneo, agar bersatu ke dalam blok yang kuat. Dengan kata lain, setiap warganegara Borneo mestilah mempunyai erti kata, bahawa kewujudannya sendiri berakar umbi dari dalam kewujudan leluhurnya.

Yang demikian, setiap darah Sabahan dan darah Sarawakian mesti bertindak sekarang, bertindak dalam erti kata berjuang dengan jujur, berani dan bijaksana untuk mempertahankan kelangsungan tradisi budaya dan warisan bangsa leluhurnya, untuk mempastikan khazanah leluhurnya dapat dihantar kepada generasi yang akan datang dengan selamat.

Sesungguhnya warga Borneo, iaitu Sabahan dan Sarawakian tidak wajar dibahagikan kepada kebencian dan permusuhan yang malang hanya untuk dimelayukan. Di sinilah peranan konsep nasionalisme dan patriotisme berdiri menentang, iaitu konsep nasionalisme dalam pandangan dunia warga leluhur Borneo mesti dibangun semula dengan tepat.

Dengan ungkapan lain, setiap pergerakan Sabahan dan Sarawakian mesti merampas semula konsep patriotisme demi leluhur Borneo dan bukannya demi ketuanan melayu, di samping mengoyakkan dan seterusnya membuang konsep nasionalisme atas nama melayu baru ciptaan busuk Malaya kotor ke dalam longkang kangkong mereka.

Tegasnya, membuang kedua-duanya ke dalam longkang kangkong Malaya kotor dan menggantikannya dengan pandangan dunia warga leluhur Borneo untuk menghasilkan sintesis yang jelas, iaitu patriotisme Borneo yang amanah dan bijaksana dalam menyediakan asas bagi pembinaan semula jati diri tradisi budaya dan warisan bangsa Borneo yang sejati dan murni.

Yang demikian, konsep nasionalisme dan patriotisme sejati dan murni Borneo ini mesti dikembangkan dari sayap-sayap kesedaran Sabahan dan Sarawakian sendiri. Keazaman ini bertujuan untuk menamatkan pemecahan dan menjalinkan semula perpaduan yang mantap di kalangan Sabahan dan Sarawakian, lantaran zahirnya merdeka, tetapi kedaulatan sebenarnya tiada, kemerdekaan yang sedia ada hanya di atas kertas yang telah disembunyikan puluhan tahun untuk tidak disejarahkan.

Justeru, kedaulatan kemerdekaan Sabah dan Sarawak telah terbelah dengan pendarahan dari seribu luka. Dengan kata lain, martabat kedaulatan kemerdekaan Sabah dan Sarawak sedang dibelasah oleh penipuan dan pembohongan regim Malaya kotor ratusan kali, ribuan kali dan puluhan ribu kali. Namun begitu, pengamal politik Sabah dan Sarawak pasca arwah Tun Mustapha dan mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan hanya hebat melaungkan ungkapan bersyukur kepada Malaya kotor yang menjelma dengan muka temboknya kerana berasimilasi menjadi Malaysia.

4.         Setiap Sabahan Dan Sarawakian Mesti Bangkit

Malaya kotor yang merdeka pada 31 Ogos 1957 sering mendendangkan lagu paling sumbang di dunia, yang kononnya Sabah dan Sarawak patut bersyukur kepadanya, kerana kononnya dirinya telah melindungi dan menyelamatkan Sabah dan Sarawak dari penjajahan British, Filipina atau Indonesia melalui penubuhan Malaysia. Lantaran itu, kerajaan Malaya kotor yang bertindak sesuka hati atas nama Malaysia, dengan muka temboknya terus merompak dan merampas segala hasil kekayaan negara Sabah dan negara Sarawak sehingga kedua-keduanya jatuh termiskin dalam Malaysia.

Pada hal, aspirasi asal pembentukan Malaysia terang-terang bermaksud Sabah dan Sarawak yang melindungi dan menyelamatkan kuasa politik Malaya kotor dari rempuhan kaum. Tetapi, Malaya yang dengan muka temboknya telah membalas pengorbanan Sabah dan Sarawak terhadapnya dengan rompakan dan bebanan kemiskinan. Sungguh-sungguhlah Malaya tiada maruah dan amat tidak mengenang budi di atas segala jasa dan pertolongan Sabah dan Sarawak terhadapnya. Berapa kali Sabah dan Sarawak perlu melindungi dan menyelamatkan Malaya kotor?

Menurut bancian di Malaya dan Singapura pada tahun 1960, kedudukan kaum di Malaya dan Singapura memang tidak seimbang. Sebab faktanya jelas, iaitu Melayu Malaya 3.460 juta, ditambah dengan Melayu Singapura 232 ribu, sama dengan 3.6 juta. Sedangkan Cina Malaya 2.552 juta, ditambah dengan Cina Singapura 1.253 juta, sama dengan 3.8 juta. Kalau begitu, sah Melayu Malaya tenggelam. Oleh yang demikian, Malaya datang mengemis dan menyembah Borneo untuk mencapai keseimbangan kaum dalam konteks penubuhan Malaysia.

Tetapi, sekarang Malaya kotor terang-terang telah mengkhianati harapan indah negara Sabah dengan cara mengubah penduduk negara Sabah melalui Program Durian Burok (IC Projek) mereka kepada pendatang haram. Justeru, pada dasarnya Sabahan sebenarnya sudah terlalu lambat bangun untuk menyedari kebangsatan regim Malaya kotor terhadap dirinya. Lantaran itu, dosa-dosa regim Malaya kotor terhadap leluhur dan generasi Sabahan yang akan datang memang tidak akan dapat dimaafkan.

Mengapa begitu? Sebab, pada tahun 1970 penduduk Sabah hanya 648 ribu, manakala Sarawak pula 976 ribu. Menurut Dr. Haji Abdul Rahman Hasan (Chief Statistician, Malaysia) pada Disember 2012, penduduk Sabah berjumlah 3.371 juta, sedangkan Sarawak hanya 2.545 juta. Pada hal, jika pecutan peningkatan penduduk Sabah seimbang dengan pecutan peningkatan penduduk Sarawak dalam erti kata tanpa IC Projek Malaya kotor, maka penduduk Sabah yang sepatutnya hanya 1.671 juta.

Maksudnya, seramai 1.7 juta penduduk di Sabah sekarang ini sebenarnya adalah warga IC Projek regim Malaya kotor. Mana patut regim Malaya kotor buat Sabah begitu? Oleh itu, seluruh Sabahan baru mesti bangkit menyanggah kewajaran kaitan pemberian IC Projek kepada pendatang haram itu dengan aspirasi asal penubuhan Malaysia. Dengan kata lain, pemberian IC Projek itu untuk apa?; pemberian IC Projek itu untuk seimbangkan apa?; dan pemberian IC Projek itu untuk faedah siapa?

Sesungguhnya kebangsatan siulan ketuanan sialan Malaya kotor dalam menipu, membohongi dan mengkhianati segala pengorbanan dan pertolongan Sabah Sarawak terhadapnya telah memusnahkan segala-galanya; telah merosakkan segala-galanya; telah mengakibatkan Sabah dan Sarawak kehilangan daulat kemerdekaannya; dan telah mengakibatkan nasib Sabah dan Sarawak, khususnya Sabahan terlalu muram, terlalu suram dan terlalu tragis.

Yang demikian, negara Sabah dan negara Sarawak dalam erti kata Sabahan dan Sarawakian amat merindukan kehadiran sebuah kesedaran baru membelah awan, memancarkan cahaya matahari bersinar untuk melihat sesuatu yang indah, agar ada kegembiraan baru dalam harapan baru perpaduan untuk Sabahan dan Sarawakian menjadi kekal.

Tegasnya, Sabahan dan Sarawakian mesti hidup, Sabahan dan Sarawakian akan hidup, akan tetapi hanya jika Sabahan dan Sarawakian mahu, hanya jika Sabahan dan Sarawakian percaya bahawa ia adalah perlu, hanya jika Sabahan dan Sarawakian percaya, bahawa tradisi budaya dan warisan bangsa leluhurnya perlu dijaga dan dipertahankan untuk dihantar kepada generasi yang akan datang dengan selamat.

Sesungguhnya keazaman ini jika dapat dilaksanakan dengan baik dan bijaksana akan memberikan Sabahan dan Sarawakian (Rakyat Borneo) kekuatan baru untuk hidup, agar maruah Borneo Nations tidak dibawa ke lutut doktrin ketuanan Malaya kotor dalam topeng-topeng paling hodoh atas jenama Malaysia - Naspazi's Channel

 

Gereja guna bahasa Melayu promosi muzik Kristian


NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengkritik tindakan sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu dalam promosi penganjuran Muzikal Easter yang ‎mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadiri acara tersebut.

Ketua Isma Cawangan Seremban, Zamani Ibrahim yang membuat pendedahan itu, berkata tindakan itu menimbulkan persoalan apabila pihak gereja bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu untuk menjalankan promosi, malah ia dilakukan secara terbuka melalui sepanduk iklan yang tergantung di luar premis dan di tempat awam.

"Meskipun penganut mana-mana agama selain agama Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing berdasarkan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, persoalan timbul apabila penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam mempromosikan muzikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zamani, tindakan tersebut menimbulkan curiga memandangkan penganut Kristian di negara ini yang terdiri daripada kalangan kaum Cina dan India yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan mereka.

Oleh yang demikian, Zamani menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) membuat pemantauan sepanjang acara Muzikal Easter ini berlangsung.

"Hal ini supaya tidak ada mana-mana individu dalam kalangan umat Islam kita yang turut serta dalam sambutan ini dan juga memantau agar tidak terdapat unsur-unsur mahu pun sebarang bentuk sebaran untuk menyampaikan dakwah mereka kepada yang beragama Islam," katanya.

Menurut kepercayaan penganut Kristian, Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati kebangkitan Tuhan Yesus pada hari ketiga selepas kematiannya, di mana Zamani berkata ia jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Hari Easter atau dikenali sebagai Hari Paskah adalah satu perayaan yang lazimnya disambut pada Hari Jumaat (Good Friday) pada akhir bulan April dan awal bulan Mei yang berbeza-beza setiap tahun kerana dipengaruhi oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani yang merujuk kepada Paschal Full Moon (PFM).

Februari lalu, NGO Islam itu juga  membuat pendedahan mengenai risalah Kristian berbahasa Melayu yang disebarkan di Pinggiran USJ, Subang Jaya, mendakwa ia dilakukan oleh mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka.

Risalah yang bertajuk ‘Semua penderitaan akan berakhir tidak lama lagi’ itu memuatkan mengenai keadaan manusia sekarang adalah serupa dengan apa yang dimuatkan dalam Bible.

“Selain itu, risalah tersebut turut mempersoalkan 'siapakah yang berhak memerintah dan pemerintahan siapakah yang paling baik? Dapatkah manusia hidup lebih bahagia jika Tuhan tidak memerintah mereka? Mengapakah Tuhan tidak membinasakan Adam dan Hawa lalu menciptakan sepasang manusia yang lain?', dan pelbagai lagi yang dinyatakan dan dipersoalkan dalam risalah itu,” kata Isma dalam satu kenyataan.

Isma berkata, berdasarkan maklumat di blog akarimomar.wordpress.com, dimaklumkan bahawa anggota sukarelawan pemantauan sekitar kawasan itu berjaya menahan pasangan warga asing yang berkemungkinan berasal dari Amerika Syarikat bersama seorang pemuda berbangsa Cina.

“Menurut mereka, kumpulan Kristian itu dilihat menyebarkan risalah Kristian dalam bahasa Melayu tetapi membuat helah dengan menyatakan bahawa risalah berkenaan hanya diberikan kepada orang berbangsa Cina dan India.







Kesimpulannya, ISMA dan PERKASA merupakan adik-beradik yang memang bersifat perkauman. Doakan pemimpin ISMA dan PERKASA supaya cepat mati. Apa pasal jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jika halang rakyat guna bahasa Melayu ? Maaf bukan bahasa Melayu tetapi bahasa Malaysia.