[ Selera Cikgu ] Harapkan cikgu , cikgu makan murid ?!

 

Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.

Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.

Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.

Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih.Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara.


Sejarah ajaran Zoroastrianisme di mana ia dicuri oleh Islam ?!


 

Apabila satu ketika dahulu lagu ' Tanya Sama Itu Hud Hud ' nyanyian M.Nasir yang membawa irama padang pasir menjadi siulan anak anak muda tetapi hingga ke hari ini masyarakat Islam tidak dapat menjawab adakah golongan yang anda anuti tergolong pada yang satu kerana hanya satu golongan sahaja yang akan masuk ke syurga dan selainnya adalah anutan yang salah.

Begitu juga tentang sejarah ajaran Zoroastrianisme di mana ia dicuri oleh Islam yang menyamai titian sirat wahal ajaran Zoroastrianisme telah dimulakan 12 ribu tahun yang lalu dan ajaran Islam cuma bermula 1,400 tahun yang lalu.

Sila bentangkan hujah terbaik anda sekiranya anda rasa Islam adalah yang benar melalui perbincangan yang diberikan di atas.

Info tentang ajaran Zoroastrianisme

Ajaran Zoroastrianisme telah berlaku lebih 12 ribu tahun yang lalu yang datang dari Persia. Agama ini mengamal hidup selepas kematian sama seperti umat Islam

Konsep Eskatologi : Kehidupan Setelah Kematian

Dalam pemahaman Zoroastrianisme, setiap orang akan mengalami penghakiman setelah meninggal. Penganut Zoroaster meyakini bahwa ketika seseorang meninggal, ia harus dapat membuktikan dirinya telah melakukan lebih banyak kebaikan daripada kejahatan.

Mereka percaya setiap roh manusia yang telah meninggal harus melewati Jembatan Cinvat yaitu jembatan yang menuju ke sorga.

Jiwa manusia sesudah meninggal akan tetap tinggal selama tiga hari di dalam tubuhnya dan baru pada hari ke empat dibawa menuju penghakiman di Jembatan Cinvat.

Setelah berhasil melewati jembatan ini maka seseorang akan hidup bahagia dengan rahmat Ahura Mazda. Semakin banyak kebaikan yang dibuat seseorang maka akan semakin lebarlah jembatan itu dan sebaliknya, semakin besar kejahatannya maka semakin sempitlah jembatan itu hingga rohnya tidak dapat melewatinya dan jatuh dari Jembatan Cinvat.

Di bawah jembatan inilah terdapat neraka yang penuh api, sebuah tempat yang suram dan penuh kesedihan. Menurut ajaran Zoroastrianisme, dunia akan mengalami pembaruan menuju kesempuranaan dan jiwa-jiwa baik yang masih hidup dan sudah mati akan dibebaskan selamanya dari kuasa jahat. Pembaruan dunia dan kebangkitan kembali seluruh ciptaan disebut Frashokeveti.





[ The Untold Story ] Cerita disebalik Konspirasi PETRONAS


 

Pemimpin Malaysia tidak mempunyai asas undang-undang untuk menyatakan bahawa sumber minyak yang terletak di luar pantai Sabah adalah milik kerajaan persekutuan.

Menurut Ketua STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, pendedahan Tan Sri Majid Khan bahawa minyak hanya terdapat di pantai milik Sabah jelas membuktikan bahawa pemimpin persekutuan dari Malaya “mencuri” minyak dan sumber gas Sabah.

Katanya,mereka sanggup mereka cerita dan memujuk pemimpin Sabah untuk menerima bayaran tunai sebanyak 5 peratus.

“Apabila Tun Datu Mustapha dan Tun Fuad Stephens  enggan menandatangani perjanjian dengan Petronas maka kosnpirasi dibuat supaya berlakunya kemalangan kapal terbang yang dinaiki Fuad pada petang 6 Jun 1976,” dakwa beliau sebagai mengulas cerita terpendam yang dibentangkan oleh Majid Khan pada forum baru-baru ini “The Formation of Malaysia – The Untold Story” yang dianjurkan oleh Persatuan Sabah.

Majid turut menambah bahawa apa yang dikatakan benar atau sah adalah perkara yang lain dan ia terpulang kepada rakyat Sabah hadir untuk membawa perkara itu ke mahkamah untuk menentukan kesahihan itu.

Perlembagaan Persekutuan 1963 memperuntukkan bahawa wilayah Sabah sebagai wilayah yang terkandung di dalamnya sebaik sebelum Hari Malaysia pada 16 September 1963 merupakan sempadan antarabangsa 1954.

Petronas telah ditubuhkan pada tahun 1974, empat daripada 19 telaga minyak di Sabah dan Sarawak sudah mengeluarkan kira-kira 99,000 tong sehari.

Sumber petroleum di Sabah termasuk pelesenan dan pungutan royalti sebagai hasil Sabah datang dalam lingkungan Seksyen 24 Ordinan Tanah Sabah (Bab 68) yang telah diluluskan pada tahun 1930, dahulu sebelum pembentukan Malaysia.

Di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara tanah yang termasuk sumber petroleum datang dalam kuasa Senarai Negeri dalam Jadual 9. Permit dan lesen untuk mencari gali untuk lombong, pajakan perlombongan dan sijil juga datang dalam lingkungan Senarai Negeri dalam Jadual 9.

Dr Jeffrey menegaskan bahawa Parlimen Malaysia tidak mempunyai hak menggubal undang-undang perniagaan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 apabila perkara-perkara yang datang dalam lingkungan Senarai Negeri dalam Jadual 9.

“PDA adalah undang-undang perlembagaan tidak bernilai, namun, ia masih digunakan untuk menyedut kira 95% daripada minyak Sabah dan sumber gas sehingga hari ini tanpa bantahan daripada pemimpin-pemimpin BN Sabah,” katanya.

Katanya lagi, Allahyarham Tun Razak tidak mempunyai kuasa undang-undang dan tidak mempunyai bidang kuasa ke atas minyak dan gas di Sabah apabila beliau secara tidak sah dan menyalahi undang-undang yang ditandatangani Perintah Letak Hak pada 27 Mac 1975 pemberian minyak Sabah dan sumber gas kepada Petronas.

“Kehilangan royalti akan menjadi antara 12% hingga 30% jika angka yang diberikan oleh Tengku Razaleigh sebagai kayu pengukur untuk pergi. Royalti 30% kepada RM18 bilion yang dikutip oleh Petronas keseluruhan kepada kerajaan Sabah merupakan tambahan RM5.4 bilion dalam pendapatan tambahan pada tahun 2012 kepada RM3.7 bilion hasil bajet negeri dikumpulkan dalam negara.” tegas beliau.

Tambahnya lagi, seperti yang dinasihatkan oleh Majid, hari ini bola kini berada di kaki rakyat Sabah untuk mengambil isu pemilikan dan perkongsian hasil minyak Sabah dan sumber gas.

“Pemimpin BN Sabah tidak boleh diharapkan untuk meneruskan perkara itu terutama apabila Ketua Menteri telah memberikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin yang lain untuk berdiam diri apabila beliau berkata bahawa tidak ada semakan segera pembayaran minyak dari Petronas,” dakwanya lagi.

Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan insiden Lahad Datu


 

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.

Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.

Pertelingkahan tuntutan kawasan nasional

Dalam konflik yang berlanjutan, Filipina telah menuntut mengenai pendudukan Malaysia ke atas negeri Sabah. Sebab tuntutan ini ialah kerana Wilayah Kesultanan Sulu juga merangkumi bahagian utara timur Borneo yang termasuk dalam Kepulauan Sulu. Kedua-dua perkara mengenai wilayah ini dan status semasa sultan masih tidak dapat diselesaikan. Pada 7 Oktober 2012, Presiden Filipina, iaitu Benigno Aquino telah mengumumkan bahawa rangka kerja perjanjian damai yang melibatkan antara kerajaan Filipina dan Barisan Utama Pembebasan Islam Moro.
 
Bagaimanapun, pewaris Kesultanan Sulu berasa diketepikan dalam perundingan tersebut. Sebagai tindak balas, Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu, beliau telah menetapkan pada 11 November 2012 bahawa kontinjen awam dan tentera harus menuntut hak-hak wilayah di Borneo Utara. Oleh itu, beliau telah melantik saudaranya dan Raja Mudah ("pewaris" atau "putera mahkota"), Agbimuddin Kiram, untuk memimpin kumpulan tersebut.Beberapa bulan selepas 11 Februari 2013, Agbimuddin Kiram dan seramai 100 pengikutnya tiba di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Tuntutan di Mahkamah Antarabangsa

Pada tarikh 23 Oktober 2001, Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Sabah dan semua kawasan kepulauannya adalah dibawah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Antarabangsa juga tidak menerima permohonan Kerajaan Filipina untuk masuk campur dalam urusan persengketaan status Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia.Penghakiman ini diambil oleh Mahkamah Antarabangsa setelah meneliti kesemua perkara yang berkaitan dengan pendudukan di negeri Sabah. Ini termasuk faktor geografi dan sejarah kawasan tersebut. Ia juga mengambil kira aspek hak penduduk untuk bersama kerajaan yang mereka pilih. Dan ini telah diakui oleh semua rakyat Sabah bahawa mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.

Permasalah wilayah ini tidak lagi wujud kerana Sabah dengan secara mutlaknya menjadi sebahagian dari negara Malaysia dan segala pentadbiran negeri sudah termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Filipina pernah membuat tuntutan tetapi tidak berbuat secara rasmi setelah beberapa tahun.

Tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu

Jamalul Kiram III bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Ini kerana ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai pewaris takhta Sultan Sulu. Pada tahun 2011, Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang-orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu. Datuk Akjan diiktiraf oleh sebahagian dari orang-orang sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dan juga sebagai waris keturunan Sultan Sulu yang pertama Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1 (yang berasal dari Johor).

Mengikut portal berita Philippines Daily Inquirer, terdapat banyak lagi pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang ke-35. Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah sepupu kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah dilantik oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau merupakan Sultan Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah Kiram (1974-1986) telah diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.

Penglibatan " Sultan-sultan Sulu " dalam politik

Mengikut satu laporan yang dibuat oleh Manila Times, penglibatan terhadap politik akan menjadikan tuntutan kepada takhta oleh individu-individu tersebut terbatal. Ini mengikut sistem kerajaan Sulu yang dipegang oleh kesemua penuntut takhta. Jika mana-mana penuntut takhta Sulu terlibat dalam politik, maka tuntutan mereka terhadap takhta akan terbatal.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan kesemua penuntut takhta telah secara langsung melibatkan diri dalam politik Filipina dan Malaysia. Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad adalah seorang ahli UMNO Sabah (telah keluar parti apabila kerakyatannya ditarik oleh kerajaan Malaysia), manakala Muedzul-lail pula pernah bertanding pada tahun 1997 di kawasan Barangay Kagawad dan kalah. Jamalul Kiram (yang menjadi pencetus krisis Lahad Datu) pula pernah bertanding pilihanraya atas tiket parti Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada tahun 2007 namun kalah.

Sekatan

Polis Malaysia telah mengepung jalan utama di Lahad Datu yang melalui ladang kelapa sawit sehingga ke Kampung Tanduo, di mana lelaki bersenjata tersebut berada. Polis Marin juga meronda perairan berdekatan. Agensi-agensi keselamatan juga telah menyekat kemasukan warga dari Selatan Filipina.

Motif kedatangan

Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.

The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan autonomi kepada Sabah.Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini. Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.
 
Namun begitu untuk menafikan pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menyatakan bahawa ini adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat.Tian Chua telah dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar atau orang lain.

Pemberontak Sulu tidak akan berganjak

Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu mengatakan bahawa sekiranya Malaysia ingin berunding, mereka hendaklah berunding terus dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, secara terus. Ini adalah kerana arahan yang diterima oleh Agbimuddin Kiram adalah daripada abangnya. Beliau juga menyatakan bahawa akan terus berada di Lahad Datu dan hanya akan berundur sekiranya dipanggil semula oleh abangnya.

Pertempuran 1 Mac

Pada pagi 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban. Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam situasi tersebut.

Serangan Semporna

Pada 3 Mac pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.Enam penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut.Pihak polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini mempunyai kaitan dengan pengikut Kesultanan Sulu.Sebelum ini, pada jam 7 pagi di hari yang sama seorang penceroboh telah dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung tersebut.

Abraham Idjirani, iaitu setiausaha-agung Sultan Kiram III, berkata keganasan bermula ketika polis Malaysia sedang memeriksa rumah seorang pendatang tanpa izin Filipina yang disyaki melindungi penceroboh. Ianya berakhir apabila Imam Maas dan 4 orang anak beliau terbunuh apabila diketahui bahawa mereka sedang melindungi saudara-mara sultan yakni penceroboh di kawasan itu.

Kehadiran lelaki bersenjata di Kunak

Menurut Ketua Polis Negara, Ismail Omar, seramai 10 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tentera penceroboh telah dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak antara Lahad Datu dan Semporna.

Peningkatan anggota keselamatan


Kerajaan Malaysia telah mula menggandakan bilangan polis dan tentera dengan menggerakkan pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja.Selain itu, 7 batalion ATM dari Semenanjung dan 1 batalion PGA dari Sarawak juga telah dihantar bagi meningkatkan kawalan keselamatan


Penghantaran pesawat pejuang dan pengeboman

Pada 5 Mac, Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi.Akhbar Berita Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.Manakala, seorang telah ditembak mati.Sehingga kini, 68 penceroboh telah disahkan terkorban.Manakala, 121 lagi telah ditahan di bawah Akta SOSMA.

Reaksi MNLF

Sebuah laporan ekslusif dari News 5 menunjukkan sebahagian ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sedang menjalani latihan di Jolo, Sulu untuk misi menyelamat warga Filipina di Sabah.Bekas pemimpin MNLF, Nur Misuari menyatakan bahawa ahli MNLF ini tidak mempunyai kaitan atau menyebelahi pihak Pasukan Keselamatan Diraja Sulu.Bagaimanapun, Gabenor Wilayah Sulu, Abdusakur Tan telah menafikan apa-apa laporan yang mengatakan pejuang MNLF dibawah arahan Nur Misuari telah menuju ke Sabah, beliau juga menafikan bahawa 1,000 pejuang MNLF telah menyusup masuk ke negeri ini.Juga, menurut pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Muslimin Sema, mereka menghormati keputusan Sabah yang menyertai Malaysia pada tahun 1963.Beliau juga mengatakan beliau pernah melawat Sabah pada tahun 1973 dan menyaksikan sendiri kegembiraan yang dinikmati oleh rakyat negeri itu dan menambah bahawa beliau juga mempunyai ramai saudara mara di negeri tersebut.

Tiada kaitan dengan MILF

Murad Ibrahim selaku pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang juga merupakan kumpulan pemisah terbesar di Filipina telah menyatakan bahawa MILF tidak terlibat langsung dengan konflik ini. Beliau juga menyebut bahawa isu ini adalah satu perkara yang perlu diselesaikan melalui Kuala Lumpur dan pentadbiran Manila.

Tangkapan

Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, salah satu daripada pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.Lapan pengganas bersenjata Sulu yang ditawan juga ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia.

Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE

Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah.Beberapa minggu selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.

Penggodaman

Perang siber turut tercetus dengan kumpulan penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web beberapa pertubuhan antara satu sama lain bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati berkenaan isu ini.

Protes di kedutaan Malaysia

Seramai 100 rakyat Filipina menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Makati pada 5 Mac 2013. Mereka menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan keganasan di Sabah, manakala sesetengah sokongan yang dinyatakan lagi adalah bagi menyokong perjuangan Kiram. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan trak bomba dikerahkan ke kawasan tersebut. Kedutaan kemudiannya digantung operasi akibat bantahan.

Kekejaman penceroboh

Anggota polis yang terbunuh di kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan yang sangat tragis.Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama ada mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam. Justeru, perlakuan mereka ini juga bertentangan dengan ajaran Islam.

Nasib keluarga anggota PDRM yang terkorban dibela

Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga anggota yang terlibat.

Pembangkang Filipina main peranan

Banyak akhbar pro pembangkang di Filipina sedang mensasarkan kelemahan kepada Presiden Benigno kerana tidak menyokong pendudukan pengganas Sulu di Lahad Datu. Untuk menaikkan kemarahan rakyat Filipina, akhbar-akhbar pro Arroyo ini telah menceritakan kononnya pasukan keselamatan Malaysia telah memukul dan membunuh warga Filipina di Sabah. Namun begitu, tiada bukti sahih bahawa perkara ini sedang berlaku.Bekas Presiden Arroyo nampaknya telah melaksanakan perancangan untuk memalukan pentadbiran Presiden Benigno agar kerajaan Filipina akan dilihat tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat Filipina.

Jamalul Kiram yang merupakan ketua pasukan penceroboh Sulu, merupakan salah seorang penyokong Arroyo dan pernah bertanding di dalam parti Arroyo pada tahun 1997. Dan kini tindakannya untuk menyerang Sabah adalah dikatakan diarahkan oleh Arroyo.

Bantuan kepada warga Lahad Datu

Bantuan RM 1000.00 akan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warga yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu. Bantuan juga akan diberikan dalam bentuk pembinaan semula kediaman dan premis perniagaan yang musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh para pengganas di Lahad Datu. Pinjaman kerajaan juga akan diberikan kepada mereka yang mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.

Suruhanjaya Siasatan Diraja pendatang asing Sabah

Prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing Sabah terhenti apabila berlakunya krisis ini.

Reaksi

- Amerika Syarikat – Duta Besar AS ke Filipina, iaitu Harry K. Thomas, Jr. mengatakan bahawa Manila dan Kuala Lumpur dapat bekerjasama mengenai hal ini dengan baik. Beliau juga menambah yang dua kerajaan ini akan duduk bersama dan berbincang, konflik ini boleh diatasi tanpa pertumpahan darah katanya. Selain itu, Amerika Syarikat juga mengalu-alukan Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro pada tahun 2012.

-  Filipina – Setiausaha Jabatan Luar Negeri Filipina, Albert del Rosario meminta jaminan pihak berkuasa Malaysia bahawa hak rakyat Filipina " yang telah menjadi penduduk tetap di Sabah dan yang mungkin di kalangan kumpulan " akan dihormati. Beliau juga menggesa warga Filipina untuk " kembali ke rumah-rumah dan keluarga mereka ".Ia juga menjelaskan bahawa tindakan kumpulan Filipina tersebut tidak dibenarkan oleh kerajaan Filipina.

-   Konsul Besar Indonesia di Kota Kinabalu, Soepeno Sahid, berkata bahawa "Konsulat Jeneral Republik Indonesia telah mengambil berat terhadap situasi dan akan sentiasa mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan di Malaysia". Sehingga kini, terdapat 162 warga Indonesia yang bekerja di Lahad Datu telah dipindahkan enam kilometer dari tapak pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan lelaki bersenjata Sulu. Kesemua 162 warga Indonesia dikatakan berada dalam keadaan selamat menurut Kementerian Luar Indonesia. Kementerian juga telah mengeluarkan amaran kepada pelayar Indonesia agar tidak belayar di kawasan perairan berhampiran Sabah sehingga konflik itu tamat.

Suluflag.jpg -   Kesultanan Sulu – Individu Kesultanan Sulu yang lain:
  • Muedzul Lail Tan Kiram mengutuk tindakan saudaranya dan mengatakan apa yang dituntutnya adalah "takhta yang palsu" ketika dalam siaran akhbar dan wawancara TV Malaysiakini.
  • Fuad Kiram turut menyatakan bantahan beliau mengenai tindakan sepupu pertamanya, Jamalul Kiram III. Beliau berkata mahu mengambil Sabah "dengan cara yang aman dan melaksanakan kewujudan aman dengan orang lain". Beliau juga mendoakan keselamatan orang ramai yang berada di Lahad Datu. 
  • Abdul Rajak Aliuddin juga menentang tuntutan Jamalul Kiram III dan pengikutnya, yang menyatakan bahawa keluarganya sendiri "adalah pemilik sah takhta". Beliau menuntut sebagai Sultan keenam Borneo Utara.
- Malaysia – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa semakin lama pengikut Kiram berada di Sabah, semakin bahaya situasi buat mereka. Beliau berkata kumpulan itu "mesti sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah satu kesalahan yang amat serius dan saya harap mereka akan menerima tawaran untuk meninggalkan tempat ini secara aman secepat mungkin". Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa keselamatan dan kedaulatan negeri akan dilindungi.

- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, telah memanggil semua pihak untuk menamatkan konflik di Sabah. Beliau juga menggesa semua pihak untuk berdialog bagi menyelesaikan keadaan secara aman.


Ulasan penulis


Sayangnya sehingga kini Datuk Seri Najib Razak hanya membisu dalam isu serangan Lahad Datu oleh pencoroboh. Media Filipina Manila Bulletin Publishing Corporation melaporkan bahawa punca pencerobohan oleh tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III adalah Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III. Tentera Sulu mencoroboh Sabah kerana menuntut janji Datuk Seri Najib Razak.

Apakah kandungan perjanjian diantara Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Jamalul Kiram III ?

Rakyat Sabah berhak untuk tahu isi kandungan tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum membuat penafian tentang laporan media Filipina tersebut.

Sikap Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri mengundang persoalan. Adakah Perdana Menteri ada kaitan tentang pencerobohan Lahad Datu ?

Selagi Datuk Seri Najib Razak tidak membuat penafian, kini Datuk Seri Najib Razak adalah ancaman terbesar kepada Sabah. Mungkin pada masa akan datang seluruh tanah sabah akan tergadai ? Kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak buat penafian tentang laporan Media Filipina Manila Bulletin Publishing Corporation sehingga kini ?

[ Kaki Fitnah ] Rahsia disebalik logo Coca Cola adalah Fitnah 100 %

 

Kalau tidak suka minum Coca Cola jangan fitnah. Kenapa penulis katakan semua ini adalah fitnah ? Sebenarnya dalam tulisan Arab  ' Tiada Muhammad, Tiada Mekah ' atau dalam bahasa antarabangsa ' English ' ia berbunyi seperti ini ' No Muhammad, No Mecca ' betul ?

Biar penulis terangkan kenapa ia adalah fitnah semata -semata. Jangan cepat percaya jika tidak tahu apa-apa. Inilah masalah orang yang mudah dan cepat termakan fitnah. Berikut adalah penerangan penulis :

Tiada / No - لا
Muhammad - محمد
Mekah / Mecca - مكة

Kesimpulannya, ' No Muhammad, No Mecca ' dalam bahasa Arab adalah seperti ini لا محمد لا مكة. Sedarkah anda bahawa anda telah percaya dengan kaki fitnah diluar sana. Mereka adalah kaki fitnah. Kerja mereka adalah buat fitnah. Anda faham ? Macam mana penulis tahu tentang semua ini ? Gunalah kemudahan yang ada seperti Google Translate atau Bing Translator. Kalau tidak percaya dengan Google Translate atau Bing Translator apa salahnya guna Kamus Elektronik ? Terjemahan adalah tetap sama.Tidak akan berubah.



[ Gempar ] Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin di tembak mati ?


Pelakon Fasha Sandha dan Dazrin ditembak di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara.

Babak tembak-menembak hanyalah lakonan yang membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, namun ia mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu.

Pengambaran drama itu terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar.Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, semuanya salah faham saja, sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta.

Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar.


Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.

Bila musim sejuk bertukar ulat, bila musim panas jadi tumbuhan


Adakah anda pernah mendengar rumput ulat ? Pernahkah anda membayangkan bagaimana bentuknya ? Tapi itulah nama tumbuhan unik dan menakjubkan yang saat ini hanya boleh hidup di dataran tinggi Qingzhang 3500 meter dari atas permukaan laut. Ajaibnya, rumput ulat yang mempunyai nama latin Cordyceps ini merupakan kombinasi ulat dan rumput.

Selama musim sejuk, cordyceps hidup di dalam tanah seperti ulat, sedangkan di musim panas dia akan keluar dari tanah dan tumbuh menjadi tanaman kecil.

Hal Unik lain adalah cara mendapatkan tumbuhan aneh ini, si pencabut rumput dipercayai tidak akan dapat melihatnya dengan posisi membongkok atau berdiri. Mereka harus merangkak dan merayap perlahan-lahan agar boleh melihat dan mencabutnya. Kerana khasiatnya yang dipercayai boleh mengubati berbagai macam penyakit, seperti buah pinggang, ejakulasi awal dan bahkan kanser, tanaman ini sekarang banyak diburu dan konon menjadi ubat herba termahal di dunia




Pluralisme, tolak ansur budaya dan strategi dakwah


 

Umum mengetahui agama Islam tersebar di rantau Timur Tengah dengan cara yang berbeza berbanding penyebaran Islam di sini. Ini kerana penyebaran Islam di rantau Nusantara ialah menerusi seni dan budaya. Bukan melalui peperangan.

Ambil sahaja gerakan dakwah Wali Songo sebagai contoh. Setiap seorang daripada mereka mempunyai bentuk perjuangan budaya yang berbeza. Jika kita menyorot Sunan Ampel anak Maulana Malik Ibrahim, beliau menjadikan slogan Mo Limo  atau “moh main, moh ngombe, moh maling, moh madat, moh madon” sebagai strategi dakwahnya.

Ia adalah seruan untuk tidak berjudi, tidak minum minuman keras, tidak mencuri, tidak menggunakan dadah, dan tidak berzina. Persoalan akhlak ditekankan mengatasi persoalan fikah dan akidah. Ini kerana akhlak itu sendiri dapat menjadi satu dakwah.

Dakwah estetika

Hal yang sama terlihatkan pada Sunan Bonang. Beliau dimaklumi suka berkunjung ke daerah-daerah terpencil di Tuban, Pati, Madura dan Pulau Bawean untuk berdakwah dalam kalangan masyarakat Hindu. Dalam kunjungan beliau yang memakan masa beberapa lama itu Sunan Bonang sangat suka membuka atau menggali sumber air di tempat-tempat yang dikunjungi. Ajaran Sunan Bonang lebih kepada kesufian dengan menekankan falsafah cinta atau ‘isyq.

Untuk mereka yang mendalami subjek kesufian, ajaran Sunan Bonang dapat dihubungkan dengan ajaran Maulana Jalaludin Rumi, penyair dan ahli sufi Parsi yang menetap di Konya, Turki. Hal yang paling menarik, ajaran tersebut disampaikan oleh Sunan Bonang melalui saluran kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bekerjasama dengan murid kesayangannya, Sunan Kalijaga.

Bukan itu sahaja Sunan Bonang juga dikenali sebagai seorang pengarang. Beliau banyak melahirkan karya sastera yang dinamai suluk, atau tembang tamsil. Salah satu yang paling tersohor adalah “Suluk Wijil” yang dikatakan terpengaruh dengan kitab Al Shidiq karya Abu Sa’id Al Khayr. Kalau suluknya ditekuni, pembaca akan mendapati beliau banyak menggunakan perbandingan cermin, bangau atau burung laut. Pendekatan begini turut digunakan oleh ulama silam lain seperti Ibnu Arabi, Fariduddin Attar, Rumi serta Hamzah Fansuri.

Tidak cukup dengan itu, Sunan Bonang telah menjadi komposer yang terkenal dengan menggubah banyak muzik gamelan Jawa yang pada saat itu cukup pekat dengan estetika Hindu.  Gubahan gamelan Sunan Bonang ada unsur zikir yang menggalakkan kecintaan kepada kehidupan alam akhirat.  Tembang yang paling terkenal daripada beliau ialah Tombo Ati.

Luahan kesenian rohani

Lebih istimewa Sunan Bonang juga bermain drama, atau wayang kulit. Selalunya penonton akan khusyuk dengan pementasan beliau. Beliau suka menulis sebuah lakon seraya memasukkan tafsir ayat al-Quran dan ajaran-ajaran Islam. Sebagai contoh, di dalam ajaran Hindu Jawa terdapat sebuah kisah perseteruan Pandawa-Kurawa yang digemari umum, Sunan Bonang mencipta semula kisah tersebut lantas menjadikannya drama peperangan antara nafi atau peniadaan dan ‘itsbat atau peneguhan. Secara tidak disedari, beliau telah mengajar mengenai dua kalimah syahadah, atau prinsip tauhid itu sendiri.

Sunan Drajat atau Raden Qosim turut mengenengahkan seni suluk sebagai saluran berdakwah. Antara suluk petuah yang mengakar dalam diri orang Jawa ialah ajaran ‘berilah tongkat pada si buta, beri makan pada yang lapar, beri pakaian pada yang telanjang’. Sunan Drajat menggunakan aspek akhlak tersebut dengan membanaykkan pertolongan buat anak-anak yatim piatu dan fakir miskin.

Sementara itu, Sunan Giri yang dipanggil orang Jawa sebagai Raden Paku, atau nama betulnya Muhammad Ainul Yakin turut mengemukakan kesenian sebagai wadah dakwahnya. Sunan Giri adalah Wali Songo yang bukan sahaja berdakwah tetapi ikut terlibat dengan bidang politik, pendidikan dan tentu, kebudayaan. Pondok atau pesantren beliau Giri Kedaton sangat berpengaruh sehingga dilantik menjadi penasihat dan menteri pertahanan Kesultanan Demak.

Hal ini tercatat dalam Babad Demak. Bukan itu sahaja Sunan Giri juga diterima sebagai mufti, untuk seluruh Tanah Jawa kala itu. Anak murid Sunan Giri berdakwah pula di Sulawesi Selatan, namanya Datuk Ribandang. Beliau dinamakan Sultan Abdul Fakih dan juga merupakan seorang seniman yang luar biasa. Bahkan ada permainan kanak-kanak seperti jelungan, jamuran, lir-ilir dan cublak suweng disebut sebagai hasil seni Sunan Giri yang diteruskan oleh beliau.

Dalam pada itu, Sunan Gunung Jati pula menumpukan kerja-kerja kebajikannya sambil berdakwah. Beliau disifatkan sebagai arkitek yang menggamamkan pengikut agama Hindu waktu itu kerana memperkenalkan seni bina yang hebat-hebat. Paling unik sekali beliau juga membangunkan infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan antara wilayah untuk memudahkan orang ramai. Ekoran dari itu, masyarakat Hindu-Jawa pada waktu itu lekas tertawan hati mereka dengan Islam.

Sunan Kudus atau nama betulnya Jaffar Shadiq juga seorang pencipta senibina yang mempesonakan. Kaedah Sunan Kudus mendekati masyarakat setempat yang masih Hindu pada zamannya ialah dengan memanfaatkan lambang-lambang Hindu dan Buddha. Hari ini jika kita mengamati masjid Kudus kita akan menemui bentuk menara, gerbang dan pancuran juga tempat berwudhu yang melambangkan lapan jalan Buddha.

Kompromi budaya, bukan akidah

Jangan cepat melenting dahulu. Ia bukanlah pluralisme agama tetapi merupakan kompromi budaya yang tidak bertentangan dengan Islam.  Kompromi budaya (bukan akidah) adalah satu lagi strategi dakwah yang wajar dikuasai oleh pendakwah hari ini.

Sebagai contoh, pada satu masa Sunan Kudus ingin mengajar tafsir surah al-Baqarah, beliau dengan sengaja memancing masyarakat untuk datang ke masjid dengan menambatkan seekor sapi yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi atau lembu singgah sekejap di luar masjid dan mendengar ceramah agama Sunan Kudus tentang surah Al Baqarah yang bererti sapi betina.

Sunan Kudus dikenali sangat suka bercerita untuk meraih perhatian madh’unya. Menerusi cerita sapi sedemikianlah ramai penganiut Hindu-Jawa memeluk Islam. Sunan Kudus turut hebat sebagai Panglima Perang Kesultanan Demak. Beliau misalnya pernah berperang di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur menentang Adipati Jipang.

Jika Sunan Kudus menggunakan pendekatan ‘cerita’, Sunan Muria pula berdakwah dengan lagu-lagu, mungkin dapat diandaikan sebagai nasyid. Lagu Sinom dan Kinanti yang masyhur dalam kalangan orang Jawa adalah ciptaan beliau. Dan tentu, bapa Sunan Muria iaitu Sunan Kalijaga adalah yang paling terkenal sekali jika kita menyinggung persoalan dakwah dengan kesenian. Beliau menggunakan seni ukir, wayang wong, gamelan, serta seni suara suluk sebagai wahana dakwah. Sunan Kalijaga mencipta busana Baju Takwa, beberapa perayaan seperti sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, dan skrip drama Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota Kraton yang ada di Jogjakarta hari ini turut diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga.

Yang paling mustahak untuk dinyatakan di sini ialah metod dakwah Sunan Kalijaga dan kelapan-lapan wali ini sangat efektif.  Sebahagian besar adipati atau pembesar Hindu di Jawa telah memeluk Islam di tangan Sunan Kalijaga. Antara yang berpengaruh ialah Adipati Padanaran, Kartasura, Kebumen, Banyumas, serta Pajang.

Hari ini, segala strategi dakwah dengan kompromi budaya ini akan dikelirukan dengan aksi pluralisme. Islam yang mendapat dokongan lokal adalah Islam yang tidak memaksakan. Tanpa dokongan budaya tempatan, agama Islam menjadi sebuah agama yang asing. Hari ini, pendakwah Salafi berusaha membuang segala unsur lokal ini dengan alasan ia adalah bidaah.

Toleransi dan kompromi budaya yang pernah disaksikan oleh rantau ini digugat dengan pendekatan keras ala Timur Tengah yang sama sekali tidak berhubungan dengan kita. Itulah puncanya gerakan Salafi, atau nama lainnya Wahabi dipandang serong oleh masyarakat dan menjadi duri dalam daging.

Jangan kelirukan penganut agama Kristian



“Mengapakah penganut agama Kristian dan gereja sengaja mahu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak selesa penganut agama Islam dengan tiba-tiba bertegas mahu menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia?”

Mungkin demikian antara persoalan dan pertanyaan yang muncul dalam fikiran orang awam sejak belakangan ini. Hal ini tidaklah menghairankan kerana gambaran yang diberikan oleh kebanyakan media arus perdana adalah seolah-olah orang Kristian di Malaysia tiba-tiba sahaja mula menggunakan kalimah “Allah”.

Satu lagi sentimen atau hasutan yang disebarkan secara amat halus oleh puak tertentu adalah bahawa “bahasa Melayu” adalah milik “orang Melayu” dan apa-apa bahan yang ditulis menggunakan bahasa itu ditujukan khusus kepada orang Melayu.

Akibat hasutan terancang yang dilakukan puak etnosentrik, ultra kiasu, fanatik dan rasis tertentu, orang ramai terus terkeliru dan tidak tahu fakta sebenar yang sebenarnya berada di depan mata.

Makalah ini tidak bertujuan mempertikaikan atau memperlekeh mana-mana pihak – khususnya mahkamah dan agama Islam – tetapi sekadar berkongsi pelbagai maklumat (fakta) yang wajar diketahui umum. Sekurang-kurangnya pembaca akan tahu pelbagai perkara yang mustahil disebarkan menerusi media arus perdana yang dikuasai golongan politik tertentu.

(Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini, biar saya nyatakan bahawa kandungan makalah ini mungkin tidak sesuai bagi sebahagian pembaca beragama Islam kerana terdapat pelbagai unsur dan fakta mengenai agama Kristian. Anda boleh membaca makalah ini atas pilihan sendiri. Harap maklum.)

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ibrahim Ali dilaporkan menghasut orang Melayu membakar kitab Bible versi “bahasa Melayu” di Pulau Pinang pada Januari 2013 dan tindakan menghasut itu disokong penuh oleh penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad (Free Malaysia Today, 6 Februari 2013).

Selewat-lewatnya sejak awal tahun ini, saya berusaha mendapatkan maklumat yang tepat dan objektif daripada rakan-rakan pelbagai kaum beragama Kristian berhubung penggunaan kalimah “Allah” dalam Al-Kitab (Injil/Bible) versi Bahasa Malaysia.

Untuk rekod, rakan-rakan pelbagai kaum yang saya maksudkan bukan kelompok yang baru memeluk agama Kristian. Sebaliknya mereka adalah daripada keluarga yang beragama Kristian sejak turun-temurun; jauh sebelum kelahiran Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin dan Ridhuan Tee Abdullah.

Rakan-rakan beragama Hindu, Sikh, Buddha, Islam dan sebagainya yang berfikiran matang turut berkongsi pandangan dalam dialog santai mengenai isu ini dari semasa ke semasa. Usah lupa bahawa Nabi Muhammad juga menggalakkan dialog antara agama.

Menangkis tohmahan, hasutan dan penyelewengan fakta


Pada 16 Mei 2013, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang beribu pejabat di Petaling Jaya mengedarkan kenyataan bertajuk “Bila, Mengapa dan Bagaimana Kristian Menggunakan Kata Allah” untuk rujukan dan panduan para penganut agama Kristian.

Sebagai seorang penganut agama Hindu yang mengamalkan konsep inter-faith serta mendalami pelbagai agama utama di Malaysia, saya mendapati bahan edaran itu sangat berguna dalam usaha menangkis pelbagai tohmahan, kritikan, penyelewengan fakta dan hasutan yang dilakukan puak tertentu.

Suatu fakta menarik dan penting untuk diperhatikan adalah berhubung penterjemahan kitab suci agama Kristian kepada Bahasa Malaysia. Gambaran umum yang cuba diberikan puak tertentu adalah seolah-olah Bible versi Bahasa Inggeris diterjemah kepada Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.

Untuk rekod, Al-Kitab adalah terjemahan berdasarkan teks asal Bahasa Ibrani dan Yunani. Kita perlu menyedari serta menerima hakikat (fakta) bahawa kata/kalimah “Allah” dalam Bahasa Ibrani dan Arab mempunyai bentuk akar yang sama.

Kitab Bible dalam versi Bahasa Arab juga menggunakan kalimah “Allah”. Sehingga hari ini, tiada sebarang masalah di negara-negara Islam lain apabila kalimah “Allah” dikekalkan dalam kitab suci agama Kristian. (Mungkinkah keimanan penganut Islam di negara-negara itu lebih kuat berbanding orang Melayu di Malaysia?)

Menurut kenyataan CFM, lebih 60 peratus penganut agama Kristian daripada kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia pada masa kini membaca Al-Kitab versi Bahasa Malaysia, menggunakan Bahasa Malaysia secara lazim serta berdoa juga dalam Bahasa Malaysia. Usah kita lupa – atau buat-buat lupa – bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.

Malah, Al-Kitab versi “bahasa Melayu” yang mula-mula diterjemahkan pada tahun 1731 sudah sedia menggunakan kalimah “Allah”. Maka, jangan percaya pada fitnah, pembohongan dan hasutan yang disebarkan puak tertentu bahawa gereja-gereja di Malaysia tiba-tiba mula menggunakan kalimah “Allah” untuk mengelirukan kaum tertentu dan memujuk kaum tertentu memeluk agama Kristian.

Kitab salat-as-sawai (Katekismus Kristian) versi “bahasa Melayu” ditulis pada sekitar tahun 1514 dan terbit (dicetak) hampir 30 tahun kemudian. Pada 1629 pula terbit Injil Matius versi “bahasa Melayu”. Kitab-kitab ini (serta banyak lagi) menggunakan kalimah “Allah” apabila merujuk kepada Tuhan atau Pencipta.

“Fakta yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa sejak agama Kristian datang ke Nusantara (Kepulauan Melayu) lebih 500 tahun dahulu, kalimah ‘Allah’ sudah digunakan dalam teks dan kitab agama Kristian yang diterjemah ke bahasa Melayu yang merupakan bahasa perantaraan (lingua franca) pada waktu itu,” kata Perzeus James, pensyarah di Sekolah Perakaunan dan Perniagaan, Kolej FTMS, Bukit Jalil.

Malah, semua orang yang tahu perkembangan tamadun manusia dan agama-agama utama dunia pasti akan menyedari dan mengakui hakikat bahawa kalimah “Allah” sudah digunakan jauh sebelum kelahiran Rasulullah dan sebelum baginda menerima wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibril.

Jangan kelirukan penganut agama Kristian

Dalam pelbagai hujah di media arus perdana dan dalam kalangan puak tertentu, pandangan (kebimbangan) yang diluahkan adalah bahawa genarasi muda Melayu akan “keliru” dan keimanan mereka tergugat sekiranya kalimah “Allah” digunakan dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.

Pernahkah kita terfikir atau berfikir tentang kekeliruan yang (mungkin) boleh wujud dalam kalangan penganut agama Kristian di Malaysia sekiranya penggunaan kalimah “Allah” oleh orang “Bukan Islam” (Tidak Islam) diharamkan?

Kebimbangan ini turut dikongsi CFM dan beberapa rakan beragama Kristian yang saya temui. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Allah” adalah istilah Bahasa Arab bagi “Tuhan (Yang Esa)” sementara “Tuhan” adalah “Allah yang mencipta alam semesta”.

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (edisi pertama dan kedua) juga mengesahkan bahawa “Tuhan” membawa makna “Allah yang mencipta alam semesta”. Sementara itu, Kamus Inggeris-Melayu Dewan menjelaskan “God” sebagai “Tuhan; (in Islam) Allah”.

Ada pihak yang pernah bermati-matian menegaskan bahawa semua perkataan dan istilah dalam Kamus Dewan “hanya harus dilihat dari perspektif pandangan Melayu dan bukan dari kaca mata kaum-kaum lain” (The Malaysian Insider, 18 April 2011).

Maknanya, terbukti bahawa “dari perspektif pandangan Melayu”, tiada salahnya jika kalimah “Allah” digunakan apabila merujuk kepada Tuhan. (Kecuali ada puak yang mahu menegaskan dan menyebarkan fahaman – ajaran sesat – bahawa ada lebih daripada satu Tuhan!)

Di sisi yang lain pula, CFM berpendirian bahawa dalam Bahasa Malaysia, “Allah” bermakna “Tuhan” dan “Tuhan” bermaksud “Lord”.

“Apabila kita membaca Al-Kitab, ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu ‘Allah’ (dalam Al-Kitab) tidak boleh digantikan dengan ‘Tuhan’,” kata kenyataan rasmi itu.

Sejak zaman kanak-kanak di Aulong Lama, Taiping, saya sering ke gereja (selain ke rumah-rumah ibadat agama-agama lain). Sesungguhnya penganut Kristian menggunakan istilah “Tuhan” (Lord) apabila merujuk kepada Jesus (Nabi Isa) iaitu “Lord Jesus” (Tuhan Yesus).
Maka, secara logik, sekiranya kalimah “Allah” (God) dalam Al-Kitab ditukar/diubah menjadi “Tuhan” atas desakan puak-puak tertentu yang takut bayang-bayang sendiri, maka akan timbul kekeliruan pula dalam kalangan penganut agama Kristian. Kebimbangan yang berasas ini turut dilahirkan CFM dan beberapa rakan beragama Kristian.

Kita sering diminta supaya “simpati” terhadap nasib anak-anak Melayu yang mungkin terkeliru jika kalimah “Allah” dikekalkan dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia – seolah-olah anak-anak Melayu di Malaysia memang sangat suka membaca kitab itu!

Apa kata kita menggunakan “empati” untuk memahami kekeliruan yang bakal wujud dalam kalangan anak-anak muda beragama Kristian jika istilah “Tuhan” digunakan untuk menggantilah kalimah “Allah” dalam Al-Kitab. Jangan lupa bahawa istilah “Tuhan” (Lord) sudah sedia ada dalam kitab berkenaan bagi merujuk kepada Jesus.

Larangan tambahan bakal menyusul ?

Contoh yang dikemukakan oleh CFM boleh membantu kita memahami hakikat ini. Dalam Yesaya (41:13, 43:3 dan 51:51), terdapat ayat “For I am the Lord, your God …”

Ayat berkenaan diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu …” dalam Al-Kitab: Berita Baik (2001) terbitan rasmi The Bible Society of Malaysia.

“Ia akan mewujudkan situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa ‘Lord, God’ (Tuhan, Allah) sebagai ‘Tuhan, Tuhan’. Pengulangan kata ‘Tuhan, Tuhan’ menunjukkan sifat jamak dalam Bahasa Malaysia; dan seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan banyak Tuhan. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” kenyataan CFM bertarikh 16 Mei 2013 menegaskan.

Rata-rata penganut agama Kristian – serta rakan-rakan “Bukan Kristian” yang memahami ajaran sebenar agama masing-masing – merasakan bahawa jika hak menggunakan kalimah “Allah” dalam Al-Kitab dinafikan, tindakan itu sebenarnya bertentangan dengan hak kebebasan beragama mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11 (3) menyatakan dengan jelas bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal berkaitan agama masing-masing. Selain daripada itu, usah kita lupa bahawa apa-apa fatwa (arahan) yang dikeluarkan tidak terpakai terhadap orang Bukan Islam (Tidak Islam).

Penganut agama Kristian juga bimbang bahawa sekiranya mereka akur pada “arahan” dan “larangan” menggunakan “Allah” dalam Al-Kitab, maka arahan dan larangan susulan akan datang bertali-arus.

Misalnya, penggunaan istilah “Al-Kitab”, “firman”, “rasul”, “iman”, “ibadah”, “Injil”, “wahyu”, “nabi”, “syukur”, “solat” dan “doa” yang sebenarnya sedang cuba disekat oleh pihak tertentu sejak 1986.

“Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata ‘Allah’, bermakna hak untuk menyunting kitab sudi agama kami telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini akan menjadi suatu perkara yang memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan,” kata kenyataan CFM yang tentu sahaja tidak disiarkan media arus perdana.

Saya memuji ketegasan CFM dalam mempertahankan hak terhadap kandungan Al-Kitab dan hak orang Kristian menggunakan Bahasa Malaysia. Dalam pada itu, sama-samalah kita berharap dan berdoa (mengikut agama masing-masing) supaya puak tertentu yang masih takut pada bayang-bayang sendiri akan segera mendapat petunjuk daripada Tuhan Yang Esa.

Baru-baru ini, apabila saya mengulangi pendirian bahawa satu-satunya pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempamerkan “pemikirannya yang begitu sempit” dan “dakwah negatif” dengan menyeru saya “kenapa tidak sahaja memeluk Islam” (19 Julai 2013).

Memandangkan pada kali ini saya mengemukakan hujah-hujah yang menyokong pihak gereja dan agama Kristian, saya mengandaikan bahawa pertubuhan itu akan segera menyeru saya memeluk agama Kristian.

Apa-apa pun, terima kasih sahajalah atas keprihatinan dan minat anda terhadap pegangan agama saya. “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 6)


Bila,mengapa dan bagaimana Kristian menggunakan kata ' Allah '


Tujuan dokumen ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata ‘Allah’. Ia juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata ‘Allah’ dalam agama Kristian.

Terdapat banyak (tidak tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh menggunakan kata ‘Allah’ kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam yang merujuk kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Ia merupakan masalah pelik di Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain , di negara Arab – penganut Kristian berbahasa Arab menggunakan kata ‘Allah’.

Umat Kristian sendiri kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita berdoa kepada 'Allah' dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, kita tidak menggunakan kata ‘Allah’.

Walau bagaimanapun, lebih 60% daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab) sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah 'Allah'. Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di Melaka

Sejarah Makna dan Penggunaan

1. Kata 'Allah' adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi di antara tuhan-tuhan, sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R. Gibb & J. H. Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L. Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini.

2. Dari segi sejarah, penganut Kristian berbahasa Melayu di Asia Tenggara telah menggunakan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan. Buktinya adalah seperti berikut :

• Wujudnya Kitab salat as sawai atau Katekismus Kristian di dalam Bahasa Melayu telah ditulis pada tahun 1514 dan diterbitkan sekitar 1545,

• Telah ada versi cetakan Injil Matius di dalam Bahasa Melayu oleh A.C. Ruyl pada tahun 1629,

• Kamus Melayu-Latin telah dicetak di Roma pada tahun 1631 (Dictionarium The Malaicum-Latinum dan Latinum - Malaicum)

• Terjemahan Kitab Kejadian oleh D. Brouwerius (1662),

• Terjemahan M. Leijdecker (1733),

• Terjemahan H.C. Klinkert (1879),
• Terjemahan W.A. Bode (1938), dan

• Pada tahun 1731-1733, telah wujud Al-Kitab Bahasa Melayu lengkap mengandungi kata ‘Allah’ iaitu terjemahan untuk ‘God’.

3. Oleh itu, sejak awal lagi, kata ‘Allah' telah digunakan dalam liturgi, doa-doa dan ibadat orang-orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tetapi selama berabad-abad itu, tidak ada bantahan atau kegemparan mengenai penggunaan kata 'Allah'. 

Bahasa


Bantahan terhadap penggunaan kata 'Allah' kebanyakannya berpunca dari wacana politik, atau di kalangan mereka yang membantah dengan tuduhan bahawa penterjemahan dan penggunaan kata ‘Allah’ baru sahaja berlaku. Ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut:

1. Dalam bahasa-bahasa Semitik, kata 'Allah' telah digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak abad ke-5 SM, sehingga masa perkembangan Islam dan penyebaran Bahasa Arab pada abad ke-7 M.

2. Penterjemahan Al-Kitab bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan teks-teks dari Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata 'Allah' mempunyai bentuk akar yang sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata 'Allah' pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, para penterjemah sebenarnya mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan mengekalkan perkataan 'Allah'.

3. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata 'Allah' digunakan sebelum kedatangan Islam. Ia bukan ciptaan umat Islam dan kewujudannya tidak bermula di dalam Al-Quran.

Haruskah Kristian Menggantikan kata ‘Allah’ dengan ‘Tuhan’ ?


Ini tidak mungkin atas sebab-sebab berikut :

1. Dalam Bahasa Melayu, 'Allah' bermakna ‘Tuhan’ dan ‘Tuhan’ bermaksud ‘Lord’. Ini jelas apabila kita membaca Al-Kitab, ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ digunakan di dalam Al-Kitab, dan kedua-duanya mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu 'Allah' tidak boleh digantikan dengan 'Tuhan’.

2. Kata Tuhan telah digunakan untuk Yesus Kristus iaitu Tuhan Yesus. Sekiranya Kristian menggantikan kata 'Allah' untuk Tuhan, ia menimbulkan banyak kekeliruan dan tidak keruan yang merujuk kepada Tuhan dan Yesus
kerana:

• Makna ‘Allah’ dan Tuhan adalah berbeza.

• Ini sangat jelas melalui satu contoh sahaja. Di dalam Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51. “For I am the LORD, your GOD...” diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu...”(ALKITAB : Berita Baik. 2001. Edisi Kedua. Terbitan The Bible Society of Malaysia).

• Ia akan mewujudkan situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa alkitabiah 'Lord God’ sebagai Tuhan Tuhan. Pengulangan kata Tuhan Tuhan menunjukkan jamak di dalam Bahasa Malaysia, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan banyak tuhan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

• Umat Kristian berbahasa Malaysia tidak akan dapat mengesahkan ketuhanan Yesus Kristus dan mengajar doktrin Tritunggal kerana dua perkataan ini adalah kata-kata asas 

Kesan-kesan Larangan Kata ‘Allah’

1. Dinafikan untuk menggunakan kata ‘Allah’ adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut agama dan amalan pilihan masing-masing. Perkara 11 (3) jelas memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.

2. Pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan 'Allah'. Kerajaan (semua rakyat Malaysia, termasuk Kristian) membawanya ke Mahkamah Rayuan dan ia masih belum selesai.

3. Selain itu, terdapat juga pelanggaran hak menggunakan kata-kata penting dalam Al-Kitab Bahasa Malaysia. Lihat arahan 5 Disember 1986 daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan bahawa, sebagai tambahan kepada 'Allah', kata-kata : Al-Kitab, Firman, Rasul, Iman, Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Solat dan doa adalah tidak boleh digunakan dalam Al-Kitab. Di samping itu, membuat larangan melalui fatwa hanyalah relevan dengan umat Islam sahaja dan tidak terpakai kepada bukan Islam.

4. Melarang penggunaan kata 'Allah' dan istilah-istilah lain adalah tidak adil. Kristian Bumiputera perlu diberi penghormatan dan kebebasan untuk memanggil Tuhan dalam satu-satunya bahasa yang mereka. Ini adalah penting bagi identiti agama dan budaya mereka.

5. Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata 'Allah', bermakna hak untuk mengedit Kitab Suci agama utama dunia telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini akan menjadi satu perkara memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan.

Kesimpulan

Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti menggunakan kata 'Allah' kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata 'Allah' dan 'Lord' kepada 'Allah' dan 'Tuhan', begitu juga bahasa-bahasa lain dalam Al-Kitab.